Thursday, June 2, 2011

Sampai hati kau...

Assalamualaikum. Benda yang ak tertunggu tunggu. Yang aku tertanya tanya selama ni. Aku dah tahu semua. Aku tak nak berteka teki lagi. Aku nak bagi kau yang sakit hati. Sumpah, hati aku berkecai lepas aku tahu. Kau angkara semua ni. Jangan tanya aku ape salah kau pada aku. Kau sendiri boleh tafsir. Kau sendiri boleh faham. Tolong jangan kenal aku. Jangan panggil aku kawan lagi. Aku tak kenal kau. Kalau aku kenal kau sekalipun, aku buat buat tak kenal kau je lah. Senang kan? Sakit hati aku. Kau ape tahu?

Ye. Aku maksudkan kau Nurul Izzah Sofia. Kau terkejut tak aku sebut nama kau? Kau rasa macam nak nangis tak bila aku type nama kau dalam blog aku yang cantik gila ni. Kau marah tak? Sakit hati tak. Memang tu pun yang aku nak cakap. Yang aku nak sampaikan. Kalau boleh, aku nak tulis berjela jela panjang untuk kau. Tapi, aku tidaklah sekejam yang lain. Sumpah aku sedih.

Kau tak tahu lagi ape salah kau sampai aku boleh type nama kau? Mesti lepas ni kau sedih. Kau nangis. Kau nak tulis dalam buku kau, Aku benci Nada. Nada tu berlagak bagus. Ataupun, Aku penat dengan semua ni. Kau nak dia? Ambiklah. Aku tak kisah dah. AKU PENAT!!!!!. Begitu? Cukup mudah bagi kau kan. Aku ingat kita kawan. Aku ingat kau setia. Aku, aku, aku, aku . . . aku terlalu percayakan kawan.

Ye. Mungkin aku nampak terlalu kejam disini kerana aku tak berhati perut dan sebagainya. Izzah, adakah kau masih terus membaca? Ataupun kau sedang menangis. Ataupun kau sedang gelak tanda kau seronok aku sedih. Ohh, aku tak boleh tafsir hati manusia. Allah saja yang tahu. Aku tak tahu lah apa yang mendorong aku untuk berbuat begini. Sekejam ini. Kenapa aku jadi sekejam ini Izzah? Salah kau, bukan aku.

Mesti kawan2 kau dan kawan2 aku dah mula benci aku lepas baca apa yang aku type sekejap tadi. Ahh, manusia. Tak pernah nak setia. Aku tak percaya sesiapa.... Kau pun tahu. Mesti lepas kau bagitahu dia, kau rasa sangat puas. Sumpah, demi Allah . . . aku tak rasa ini kau. Kau yang aku kenal dulu.

Salah kau apa pada aku sampai aku sanggup buat macam ni? Kau bagi tahu dia yang aku suka dia. kau bagi tahu dia yang aku minat dia. Kau bagi tahu dia segala galanya. Padahal, aku nak mengaku sendiri ... yang aku suka dia. Tapi kau, kau dah bagi tahu dulu. Sia sia. Aku janji, lepas ni aku tak nak suka sesiapa. Menyusahkan diri. Maaf, aku terpaksa jujur sekarang. Bagi aku, kau nyemak je dalam hidup aku. Kau buat aku rasa macam tak boleh hidup.

Aku menangis. Tangan aku menggeletar. Kaki aku sejuk. Aku pening. Kau tahu kenapa semua ni jadi? Sebab aku tak pernah sangka yang aku akan buat macam ni dekat kawan baik aku yang aku sayang. Tapi tu dulu ... kisah dulu. Aku mintak maaf. Dah buat kau nangis, dah buat kau sedih.

Mesti semua orang benci aku. Sebab semua orang sayang kau, Izzah. Aku tahu, kau mesti benci aku. kan? ;'<



Aku sayang kau. Aku rindu kau yang dulu. Kita yang dulu. Ketawa sama sama. Bagai dunia kita yang punya. Kau gelak, aku gelak. Kau gembira, aku gembira. Kini? Maaf. Mungkin aku teruk. Kerana disebabkan seorang lelaki ini. Aku benci kau. Mungkin kita boleh jadi kawan, sebab aku seronok dapat kawan dengan kau. Tapi kita tak boleh jadi macam kita yang dulu.

Aku sayang kau, Nurul 'Izzah Sofia. Aku tahu kau pun sayang aku. :)

Kak Fateen, Nada sedih. ;'<

Selamat Malam. Assalamualaikum . . .