Monday, October 31, 2011

Thanks a lot abah :">

Assalamualaikum, thanks abah for give me this:
Its's Nikon L120.

Walaupun dia bukan dslr tapi nada bersyukur sangat, alhamdulillah. Ekceli, ni bukanlah nada punya. Means, bukanlah hak milik nada sepenuhnya. Cuma nada yang pegang cam ni. Ya Allah, terharu tak terkata masa abah bawak bali cam ni dari dubai. Masa ambik abah dekat air port semalam;

*dah nampak abah dari jauh*

Nada: ABAHHHHHH!!!! :)
Abah: *hugs*
Nada: Fuyo, banyaknya beg abah. Apa abah beli ni? Ni apa pulak ni. Besarnya plastik -/-
Abah: Bawak la masuk dalam kereta dulu. Hati-hati. Tengok dalam kereta.

*masuk kereta*

Nada: *tutup mulut*

*abah masuk kereta*

Nada: THANK YOU ABAHHHHHHHHHH!!!!! ♥♥♥

Saya punya bukan warna hitam but merah, ni:


Takde langsung niat nak menunjuk, sorry.

Bye.

Monday, October 24, 2011

Sekolah (2).

Saya rindu masa ni.

Saturday, October 22, 2011

Sekolah.

Assalamualaikum. Dah lama kan aku tak update? Haritu, aku memang nak update pun tapi sebab blogger ni buat masalah. Aku ingat masalah besar sangat lah kan. Sebab dekat tempat new post aku ni dia jadi lain. Sebab tu lah aku tak nak update. So tadi aku mintak tolong dekat kak Anis. And kak anis berjaya betulkan dia. Mwehehehe, thanks kak Anis.

19/10/2011
Aktiviti kiteorang dekat sekolah masakan. Ade dua benda yang cikgu bagi buat. 1: Rojak buah. 2: Lempeng pisang/kelapa. So group nada nak buang lempeng pisang. Ok seriously sedap sangatt!! Dan hari tu memang best. Best tak terkata. Seronok sangat. Budak laki pun semua gempak je en. Hihihi.

Lepas je rehat pagi kiteorang ambik barang ape semua pergi belakang. Dekat tempat wuduk lelaki. Masak kat situ. Ahh, serious best gila. Dengan budak laki semua sempoi. Bekerjasama, memang best ah. Lepastu cikgu Che Azizah suruh budak laki ngan budak perempuan tolong masak lempeng. Pastu aku pun try-try lah masak, hahaha memang best.

Ade sekali tu, uwais nak terbalikkan lempeng. Lepastu habis merecik minyak apa semua kena kiteorang. Gempak ah kau uwais, memang tak pernah masuk dapur. LOL ;p Lepastu anuar pulak yang terbalikkan. Lepastu nasrul. Huaa, memang best haritu. :">

Gambar bawah ni, nada masukkan sikit jeh:







22/10/2011
Semalam pun antara hari yang best dekat sekolah. Boleh kata semua hari dekat sekolah ni sekarang best. Apa yang best pulak harini? Kiteorang dapat main bola jaring. Sebab masa hari khamis tak sempat nak main lama-lama. Sempat main sekejap je. So semalam lawan balik untuk tentukan lah. Sebab tak adil, masa kiteorang main cuma 10 minit je. Ataupun tak sampai 10 minit sebab hari khamis hujan. So cikgu decide nak buat esoknya. Tu pun payah nak pujuk cikgu buat rematch balik.

Tapi keputusan tak menyebelahi kelas nada. Kalah 8-9 dengan kelas 6 Hamzah main bola jaring. Tak puas hati tu memang ada. Sebab beza kiteorang 1 markah je. Yang 1 markah tu pun boleh kata markah nasib je sebab masa tu dah nak habis masa. So bola yang pegang masa tu center 6 Hamzah. So pass sekejap je dah sampai kat tangan GA/GS. Haih, sabo je. Tapi memang best!!!

Lepas habis nada lawan dengan 6 Hamzah. 6 Uthman lawan 6 Abu bakar pulak sebab nak tentukan sape yang masuk final. Keputusan dia 6 Abu bakar menang. Tengok cara dorang main pun dah tau dah 6 Abu bakar akan menang. Dorang main serious gila. Best tengok. Farzanah ngan Nurin ah memang gempak dorg main.

Sementara tu aku pulak tengok budak laki kelas aku lawan dengan kelas 6 Hamzah. Dorang lawan galah panjang. Tengok dorang main memang comels. Siap main kepung lagi tu. Dorang main pelik sikit. Bak kata anuar: "Ni galah panjang senior. Kau ape tahu?" Keputusan dia kau tak tahu lah sape menang.

------

Nanti rindu sekolah. Nanti rindu kawan. Nanti rindu semalam. Nanti rindu minggu lepas. Nanti rindu minggu depan. Nanti rindu awal tahun. Nanti rindu akhir tahun. Nanti rindu jamuan perpisahan. Nanti budak lelaki. Nanti rindu nak tengok dorang main bola. Nanti rindu semuanya. Peritnya nak tinggalkan sekolah ni. kalau boleh:

Nak satu sekolah dengan korang semua tahun depan. HAHHA, tapi mustahil.

I miss this :'>

Counting days...

Sunday, October 16, 2011

Aku bukan sombong.

Assalamualaikum. Long time no see ah bloggers and readers. Saya bukan merajuk dah tak nak post ok. Saya cuma tak berapa nak sibuk dan tak ada cerita yang best pun sebenarnya nak bagi tahu. Cumanya nak kata: Saya dah betul-betul freedom ni. Freedom yang tak terkongkong. Freedom yang sangat best.



Kalau saya dah ada cerita nanti saya update lah, bukan tak nak update. Saya pun memang rindu sebenarnya nak update cerita baru dekat blog. Ye lah, asyik-asyik bukak blog nampak benda sama je kan. Nampak post sama je kan. Dan, saya pun malas nak edit blog. Takpelah, rupa blog yang skrg ni tak huduh pun kan?

Sekarang ni pun kan dah banyak benda jadi. Baru-baru ni dengar macam-macam cerita pasal sekolah. Pasal disiplin, pasal ustaz tu buat cani buat camtu. Pasal kena panggil dengan cikgu disiplin (mualimah asma) dan bla3. Dan aku rasa macam darjah 6 tahun ni ________. #Tak cakap teruk pun.

Tak lama lagi nak buat aktiviti bebas. Tak lama lagi dah ada minggu koko. Tak lama lagi nak ambik keputusan upsr & psra. Tak lama lagi nak naik graduasi dengan form3. Tak lama lagi nak pergi lawatan. Tak lama lagi nak hepy dengan kawan-kawan kat Langkawi. Tak lama lagi nak pindah abim dah..

Tak lama lagi dah. Tak kan lama. Kejap je.



Tak tahu lah nak kata seronok ataupun sedih nak pindah sekolah dah. Memang lah seronok dah nak habis sekolah, tak buat pape. Main je dengan kawan-kawan. Takde exam, takde kertas, takde homework, takde kena bebel dengan cikgu dah. Lepastu boleh holiday akhir tahun. Yang seronok tu lah. Yang tak seronok?

Dah tak jumpa kawan-kawan dah tak lama lagi. Dah tak dapat nak lari satu blok menjerit-jerit main kejar-kejar. Dah tak dapat nak tengok budak laki bising dalam kelas main bola. Dah tak dapat nak tengok budak laki ngan budak perempuan gaduh. Dah tak dapat tengok suasana kecoh yang kita buat selalu tu, :">

Nanti rinduuu.

Rindu dengan kerja sekolah yang cikgu bagi. Rindu bawak beg berat setiap hari. Rindu naik tingkat atas sekali. Rindu perhimpunan panas terik. Rindu kena leter dengan cikgu-cikgu abim. Rindu kawan. Rindu sekolah. Rindu cikgu. Rindu kertas set ramalan yang berpuluh-puluh. Rindu nota yang cikgu bagi. Rindu masuk makmal komputer. Rindu masuk makmal sains. Rindu masuk bengkel k.h. Rindu bising dalam pusat sumber. Rindu berebut nak beli coklat kat pusat sumber. Rindu borak-borak kat kantin. Rindu nangis sama-sama masa ppg. Rindu tusyen sabtu. Rindu ambik gambar masa tusyen sabtu. Rindu jadi sibuk dengan kerja sekolah bertimbun.

Semuanya rindu.

Time never wait for you, go and run,
Go grab the sweetiest moment,
With your dearest friend,
for dis year.

Saya tak kan pernah jumpa kawan seperti anda lagi dalam dunia ni batch tahun 6 2011. Kita tetap hebat, walau apa pun. Cuma satu, jangan pernah lupa kami semua. tau? *nangis*

#Saya belum redy nak berpisah lagi. serious belum
Bye.

Sunday, October 9, 2011

Hari ni.

9/10/11
tarikh yang sangat sedap untuk gua. gua tak kan jumpa tarikh ni lagi. sampai bila-bila.

UPDATE.
Gua saja nak update sikit. Tak comel lah kalau entry kosong tak de gambar ape semua kan. Tapi entry kalini memang gua malas nak upload gambar. Kang kalau upload gambar orang kata menunjuk la whatever.

Ekceli nak cakap i dah beli phone baru you. Kfine ah menunjuk en? Sorry. Ala, phone gua bukan XPERIA ke C3 ke N8 ke iPhone ke apalagi HTC ChaCha, whoaa. Kaya lah sangat gua nak pakai semua phone tu kan. Gua punya phone sony aje. Yang boleh mesej, call, dengar lagu, bluetooth dan seangkatan dengannya lah.

Nak tahu gua pakai phone apa? Gua pun malu la nak tunjuk number series dia. Nanti lu orang yang sama sekolah dengan gua nganjing gua kat sekolah. Ngejek gua. Kang jakgi ada letew yang kata gua bajet konon ada phone padahal pakai phone biasa je.

Phone gua phone slide. Sony Ericsson jenama dia. Gua beli dekat mines. Gua punya simcard maxis. Nombor gua 012 --- ----. Harus di censored di situ. Rahsia maa. Dengan kawan gua sendiri pun gua tak bagi tahu. Apalagi lu orang. Huahuahua. (gelak tipu je tu jangan percaya)

Gua pakai W100i. Gua percaya, lepas lu orang dah tahu nombor series ni lu orang bukak incik gugle tekan images nak tengok rupa phone gua kan? Dah agak dah. cet

Amacam, cantik? Hahahha. Gua yang pilih kot. Ekceli nak phone W580i tapi dah tak keluar sebab tu dah lama. Ha, ni mesti ada yang pegi bukak gugle search pulak number series W580i tu. Tahu dah.

Sesi show off tamat.
tu je. bye

Saturday, October 8, 2011

Thanks follower, :">

I'm just wondering, sape yang follow saya. Siapa yang selalu baca blog saya. Siapa yang follow saya saje-saje. Dan siapa yang tertunggu-tunggu post baru dari saya. Hehe. Saya tahu angka 143 tu tak lah banyak mana nak dibandingkan dengan blogger yang lain. Tapi dengan angka 143 tu saya dah cukup terharu tahu?

143 means I LOVE YOU. kan? :>

Tapi ada sekali tu kan, follower saya turun. Dan saya rasa sangat lah kecewa. Hm, takpelah. Dan sape yang still follow sekarang. Awh, :'> Thank you soooooo much. Heee.

Boleh saya tahu siapa yang follow saya dalam 143 orang tuu? ;)

Friday, October 7, 2011

Entry berpassword II.

Assalamualaikum.
#dah lama kan aku buat post tak bagi salam. haish


Sekarang ni hari-hari hujan kan? Hujan rahmat kata orang.
Macam tu jugak lah aku, hari-hari hujan.

So harini aku nak share story dengan korang tapi seriously cerita ni memang sangat rahsia la. Dan aku dah tulis panjang lebar dah. Tapi aku malu lah nak show dekat semua orang sebab yang baca blog aku ni bukan sorang je. Aku segan lah. Hm, lagi satu aku tak tahu aku nak bagi password tu dekat sapa. Tengok lah kalau aku tak bagi dekat kau tak payah nak membebel sangat.

Ha lepastuh satu lagi. Jangan lah mintak password tu dekat sekolah. Malu lew nak cakap. Hehe. Mintak dekat facebook je ok? Tak pun im ke. Tengok ah camne. Tapi jangan mintak kat sekolah. Segann. :p

Dah baca? Harap rahsiakan. Faham kan ye.
Saya sangat sedih.



Saya penat lah.

-Nada