Saturday, June 11, 2011

KL Gangster.

Assalamualaikum. Apa macam cuti panjang best? Cuti sudah habis bro. <-- Sape tengok cite KL Gangsta tahu ah ayat mane dalam cite ni. Sumpa gempak sangat cite ni. Eceh, siap sumpa bagai. Tadi layan tengok cite ni. Abang2 gangsta dalam ni badan sume tough. Tak sume ah, yang si Bajai ke hape tah nama dia tu yang geng ngan Dragon tu tak, Shark pun tak.

Wa tabik ah sama lu Shark a.k.a Syamsul Yusof, sumpa gempak k. Dalam wayang tu, time Zizan (pakwe wa) buat lawak habis satu panggung gelak. Hahahahahaha. Yang tak leh blah ayat dia dalam tu time dia kata --> "Susah betul ade enjin ferrari ni." and "Keta wa da jadi barbeque!!". Sangat tak leh bla pakwe wa sorang ni. hohoho, hensem ah dia. KURUSSS.Tapi perut boncet. xD



Lepastu dalam ni kan ade babak yang Zizan mati kena tikam dengan Shark tu kan? Kay, sebelum tu aku dah rasa da cam Zizan nak mati. Tahan sebak weh. Last2 wa nangis gak, SEDIH KOTTT. :'< Kalau dia mati betul2, eh tak tak. Tak de makna. Syamsul matikan watak dia dalam cite ni sebab dia kan banyak lagi aktiviti. Maharaja Lawak n macam2 lagi etc.

Overall cite ni memang best. Aku bagi 5 bintang. Better kalau korang nak tengok cite ni minggu depan kot. Sebab orang sangat ramai. Panggung tadi pun penuh. Nak beratur masuk dalam panggung pun sesak. Rasa cam nak tengok je sekali lagi cite ni tapi tak nak nangis untuk kali ke dua. Sedih k time Zizan mati.

Action dalam ni sume gempak2. Jai a.k.a Ady Putra sangat hensem. Badan tough nak mampos, macam abang dia Malek a.k.a Aaron Aziz. Aku jeles time Aaron kena peluk dengan mak dia. EEEE, best nya. Da ah badan tough, hensem plak tu. Duyai, cair k. I teringin nak kawin dengan abang hensem dan tinggi dan juga badannya tough. Zizan da makin tough oke.

Tapi aku tak nak kawin ngan retisss, euwks. Nty terkenal plak ah kan, ape2 kita buat sume tahu. Kontrovesi lah, macam2. Ok, tidak kelakar pun. Korang tenga baca ke? HOMAIGOD, terharunya. Kay tu melampau. Btw, KL Gangster ni ade KL GANGSTER 2. Tahukk dop? Eh, aku dah kata en.

Aku nak bagi tahu ni, kalau aku pakai earphone kan . . . aku sakit telinga bila pakai earphone belah telinga kanan. Jangan tanya ah kenapa kan. TOYAII. Euwks, bahasa cam minah rempit. YEKSSSSSSSS, pe aku merepek doe. Oh, tadi aku chat ngan kazen kesayangan muah muah tu.. Weh, kalau kau baca ni. Bila kau nak datang ruma aku? Nty sleepover sama2.

Ikhlas dari saya Nada (Peter Pan) yang menulis dan sayangkan Zizan Razak. Jangan jeles, kalau jeles cakap.

tadi mama kol kata ade orang jual beg domo tapi time mama sampai baru je habis. patu mama kata nty mama cari lagi, terima kasih mama. sorry ah sebab kadang2 nada tak suka mama. TAPI ANAK MANA YANG TAK SAYANG MAK. kan aaron aziz kacak hensem? tapi tak boleh ah kalah zizan, zizan tetap dihati.

Bye. :*

No comments: