Friday, December 28, 2012

cita-cita

lagi beberapa hari je lagi untuk masuk tahun 2013.

oh, dah tua rupanya aku,
tahun depan dah form 2.

*sigh*

aku perlu semat dalam hati,
aku punya azam yang tersendiri.

tahun depan;
tak boleh main-main dah.
belajar sungguh-sungguh.

membazir betul modal yang mama & abah keluarkan.
untuk aku.
ye, untuk aku sorang je;
pun dah cecah ribuan ringgit.

nanti,
ape yang aku bagi?
kosong.
takde ape.

kau boleh bayang,
kalau kau jadi ibu ayah; nanti.
kau keluarkan modal yang tinggi,
& harapan kau pun setinggi langit;
namun apa yang diberi sebagai balasan?
kosong.

punah. hancur.
perit bukan?

nah, seperti itu jugalah perasaan ibu ayah kita.

*sigh*

cukuplah.
cukuplah setahun yang perit,
setahun yang ajar aku macam-macam.

ajar aku kuat,
ajar aku faham.

hidup ni;
mesti punya matlamat.
ya, mesti.

biarlah aku berlajar sungguh-sungguh dulu macam kakak;
baru boleh pasang angan-angan sampai ke bulan.
kalau keputusan pun warna merah bersepah, ape guna?
takde sape nak.

akan ada pada suatu nanti;
aku mahu jadi kebanggaan ibu ayah.
memegang segulung ijazah.
sebagai bukti, hasil titik peluh mereka;
bukan sia-sia.
itu,
sebagai ganti.

dan nanti,
biar mereka menangis;
gembira.
dan tersenyum sambil berkata;
"ini, anak aku. ini; yang aku mahu."

dan nanti,
aku mahu bawa mereka meronda;
satu dunia.
dari hasil titik peluh aku sendiri.
ya, itu;
sebagai ganti.
dan juga bukti.
bahawa modal yang mereka keluarkan;
dulu.
bukan sia-sia.

insyaAllah.

mungkin,
semua apa yang aku perkatakan disini;
terlihat seperti sebuah angan-angan kosong.

nah.
seorang doktor yang berjaya pun;
semuanya bermula dari angan-angan nya yang kosong.
kan? :)

2:10 AM
28 Dis 2012
Nada.

Monday, December 24, 2012

22 haribulan doblas dua ribu doblas

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Jadi, 2 hari lepas Nada dengan family pergi kenduri kahwin abang Iqbal. Cousin belah mama. Senanye bukan cousin rapat pun, kire macam 2 pupu jugaklah. Pakcik Nada punye saudara mara. Haaa gitu lah~ Tapi disebabkan family Nada & family pakcik Nada ni rapat jadi kitorang pun dijemput sama :) Hehehe (habis rosak program diet gue hahahaha) & kitorang pakai wane sedondon! huu




Monday, December 17, 2012

throwback

Assalamualaikum~




buat kakanda yang jauh disana,
sesungguhnya daku merinduimu. harapnya, kakanda baik2 sahaja disana. nantikanlah ketibaan adinda sekeluarga pada tahun hadapan. semoga kakanda sihat sahaja. meskipun kita sering berperang mulut & sebagainya, ketahuilah; adinda amat merinduimu. kerana, kakanda lah satu2nya kakanda adinda. ahaks

adikmu yang sentiasa comel,
Nada.

*peace*

Wednesday, December 12, 2012

12/12/12

Sebagai seorang remaja yang normal, saya juga punya perasaan seperti remaja-remaja lain yang inginkan seorang lelaki kegemaran dalam hidup. Akan tetapi, risiko untuk mempunyai lelaki kegemaran ini sgtlah tggi. Apa dia? Mungkin, kita akan merinduinya atau mungkin setiap pekerjaan yang kita lakukan asyik teringatkan si 'dia'. Atau mungkin, apa-apa sahaja kemungkinan yang bermungkin.

Saya pun masih tak faham sebab dan musababnya untuk mempunyai lelaki kegemaran sedangkan Allah itu amat cukup bagi kita. Hm, mungkin dulu; saya juga punya lelaki kegemaran seperti yang lain. Ya, dan saya sedang cuba sedaya upaya untuk melupakan. InsyaAllah


Tapi, saat saya ingin melupakan. Ada yang hadir dalam jiwa. Tanpa disuruh, apalagi diundang. Macam mana ni? Allah, bantu aku :'( Aku tak mampu. Perasaan yang sememangnya fitrah hadir dalam jiwa mana2 manusia sekalipun. Perasaan ingin disayangi & menyayangi.

Bila fikir2 balik. Rugi je sayang orang yang belum tentu sayang kita. Walhal, kita masih punya mereka2 yang mampu kita sayang sepenuh hati. Siapa? Semestinya mereka yang halal buat kita. Ibu, ayah, keluarga & lain2. Kita juga punya sahabat2 yang sentiasa di sisi.


Allah, maafkan aku kerana mengharap cinta yang belum pasti itu; sedangkan kasih sayangMu lebih besar dari apa pun. Allah, maafkan aku kerana masih belum mampu istiqamah dalam jalan ini. Allah, maafkan aku kerana belum bisa jadi yang terbaik buat mereka2 yang patut aku sayangi. Allah, terima kasih buat segala nikmat iman & islam yang telah kau berikan; buat segala nikmat yang telah kau curahkan.

Allah, jadikanlah aku seorang manusia yang sentiasa bersyukur. yang selalu istiqamah. yang mampu membahagiakan kedua orang tuanya. yang tidak melukakan hati sesiapa. yang sentiasa tersenyum gembira pabila musibah melanda. kerana aku tahu Ya Rabb; segala musibah & ujian yang kau berikan itu, utk mengajar aku apa erti kehidupan yang sebenar.

Ya Allah, jika benar dia untukku. kau peliharalah hubungan kami. jangan kau cemari. Kau peliharalah dia Ya Allah. perjalanan ini masih jauh. jika kerana dia, aku leka dalam mengingatiMu. kau kikislah perasaan ini dari hatiku. Semoga Engkau selalu redha. Aamin

Friday, December 7, 2012

Trip to Bandung 28 Nov - 2 Dis

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, baru2 ni Nada & adik dapat pergi Indon~ Wohoo. Nada pergi sana pun sebenarnye tujuan asal dia bukan semata-mata untuk Shopim sahaja. Macam ni, mamabah ade join group Kelab Haji Muda (KHM). Lepastu KHM ade sumbang dana untuk pembinaan masjid dekat sana. Jadi kitorang datang Indon sebab nak rasmikan masjid tu. Haa kirenye mcm tu lah. Masjid tu dah siap, alhamdulillah. oh & 5 hari hanya di Bandung sahaja hiks


Hari pertama.
Sampai2 sana, pergi makan dulu lepastu Shopim kejap dekat Factory Outlet Herritage :)






Hari kedua.
Shopim lagi~!! hehehe. Harini pergi Pasar Baru :) yang sangat terkenal dengan tempat yang teramat sibuk & padat dengan orang yang nak shopim! hahhaaha bestttttt sangat shopim sini sebab barang dia murah2 & byk pilihan. Nak tawar? Senang sangat ah cite dia. Tak sah kalau pergi Bandung ni tak pegi Pasar Baru.








Hari ketiga.
Hari perasmian masjid yang KHM ade beri sumbangan tu. Semua pakai pakaian seragam~ Huhuhuhuhuhu conoknyewwwwwww *tibe* semua pakai tudung kaler sama. Hijau & biru muda. Baju? hitam legam


& yang paling teruja (maknyah) kitorang sampai2 dekat perkampungan yang tempat masjid tu dibina, kami sangat dialu-alukan. Well, VIP kan? hahahahahah xD Sampai sana, pergi rumah ketua kampung (rasanye) makan2 dulu baru pergi masjid tempat nak rasmi tu. Sampai masjid pun, duk depan sekali uoolllssss




lepas habis solat jumaat & makan






Hari keempat.
pegi Tangkuban Parahu & shopim siket lagi :p









 

paling selalu beli bende ni dekat Indon

yang ni best hahahahaha satu badan berkilat uollsss



reject shoes hahahahaha


Hari kelima.
ok dah jom balik dah rindu Malaysia dah ni




See ya~
Assalamualaikum.

Loves, me xx

Tuesday, November 13, 2012

Jangan berhenti bersyukur

Banyak yang saya dah lalui awal November yang lepas.

Bagi saya, November yang lepas begitu kejam. Saya tak pernah sangka yang semua ni akan jadi. Sama sekali tidak. Perkara yang terjadi diluar pemikiran manusia normal. November yang lepas buat saya jatuh, buat saya kecundang, tak mampu bangkit, kecewa, hancur dan lemah. Saya sedih. Saya kecewa.

Tak, ini bukan tentang seorang lelaki yang saya cintai yang telahpun tinggalkan saya terkapai-kapai disini bagai orang gila yang penuh dengan pengharapan mengharapkan jejaka tercinta kembali ke pangkuan. Tidak, ini bukan cerita cinta yang membabitkan mana-mana lelaki. Tidak sama sekali.

Hari berganti hari,
Saya masih disini. Memikir soal diri, yang jatuh kecundang disebabkan manusia yang iri hati & mahu mendapat kepuasan sendiri, tanpa memikir soal hati kami, dihiris hari demi hari, menanggung peritnya hati.

Bila saya pandang dari sudut yang sebelah lagi, Dia punya sebab dan musabab tersendiri mengapa jalan cerita ini; diatur sebegini. Bukan saja-saja Dia beri semua ni, Dia tahu kami punya kemampuan diri. Lebih dari yang mereka-mereka ketahui. Dia mahu kami buktikan pada dunia, & pada semua. Kami kuat, kami mampu. Sebabtu Dia percayakan kami. Jadi, mengapa kami tidak percaya diri kami sendiri?

Fikir punya fikir, mungkin semua yang terjadi berasal dari diri sendiri. Salah & silap dari diri sendiri. Yelah, mama kata "Biarlah orang nak sakitkan hati kite macam mane pun, kite jangan sesekali sakitkan hati dia. Sikit pun jangan." Lagipun, benda dah jadi. Abah kata, "Soroklah salah kite macam mane pun, kalau Allah nak tunjuk, tak kisahla siapa pun yang akan bagi tau."

Sebenarnye, semua yang jadi ni; bukan makin membebankan diri saya sebenarnye. Allah nak ajar, Allah nak saya belajar. Ape erti sebenarnye jadi kuat. Allah betul-betul nak ajar. Supaya dapat ambik pengajaran dari ape yang jadi, supaya tak buat lagi. & pengajaran untuk mereka yang mengerti & mengetahui.

"You don't have any choice unless just to be strong."

Allah..............

Sayangnye Dia pada kita :'( Tak lepas pandang kite. SIKIT PUN tak. Syukur, syukur, syukur sangat3!! Allah masih sayang. Dalam berjuta umat Muhammad atas muka bumi ni, bukan semua yang diberi perhatian lebih dari Dia sampai macam ni sekali. kan? :'( Allahu......... Bila dengar lagu Rahmat Ujian kan, rasa nak menangis berkali-kali.

Dan bilamana semua ni jadi, baru saya boleh nilai betul-betul siapa yang ikhlas. Allah.... Banyaknye hikmah yang boleh saya peroleh dari semua apa yang terjadi;

Mama abah yang mengerti. Tak pernah berhenti bagi kata semangat & nasihat. Masih mampu terima diri yg hina ni. Allah allah allah :'( Tak pernah sangka pun yang benda macamni akan jadi. & dapat mama abah yang macam ni. Allah............

Ma, abah. Biarpun mama abah tak baca blog Nada ni, Nada betul-betul nak mintak maaf dari hujung ke hujung. Nada banyak buat masalah. Conteng arang dekat muka mama abah. Nada tak dapat nak bangga-kan mama abah macam kakak, abang dengan adik buat. Nada nakal. Nada tak dengar kata. Nada tak macam kakak; kakak dahla hafal Qur'an, dengar kata, lemah lembut, sopan santun, suara pun tak rock kapak. Tapi Nada? Berlainan sangat dengan kakak.

Bile orang tau Nada ni adik kakak dengan abang, semua pun macam "Eh, awak adik Huda?" "Eh, awak adik Muhammad?" "Eh, awak kakak Yusuf?" & Nada pun macam, "Haah, saya adik Huda." "Haah, saya adik Muhammad." "Haah, saya kakak Yusuf." pastu dorang pun macam "Lah yeke?!!!! *buat muka terkejut macam baru lepas jumpa pocong lompat-lompat* bezanye awak dengan kakak awak/abang awak/adik awak." "Awak dengan kakak awak beza macam langit dengan bumi lah." "Eh, kenapa kakak awak baik awak ni nakal?" "Abang awak cikgu tengok baik je." "Kakak awak putih tapi kenapa awak gelap sikit?" "Kakak awak tu diamje, awak ni bising. Dia sopan je." etc etc etc.

Semua tu? Nada dah biasa kena, ma abah... Sedih sangat, Allah je tahu. Tapi nak buat macam mane kan? Nada dengan kakak, abang & adik memang beza macam langit dengan bumi pun. Betul lah ape yang cikgu2 selalu cakap dekat Nada tu. Takde yang salah sikit pun. Nada memang bising dari adik beradik yang lain. Nada memang nakal kalau nak beza dengan adik beradik yang lain. Nada memang tak putih macam kakak. Tak pandai macam kakak dengan abang. Kakak? Kakak lulus dengan cemerlang SEMUA peperiksaan besar dia. Upsr, Psra, Pmr, Spm. Semua subjek yang dia ambik, semua lulus. Semua dapat A. Semua dapat Mumtaz. Pmr, kakak ambik 9. Spm, kakak ambik 11. Semua tu lulus. Semua tu A. Nada? Upsr entah ke mana, ade C pulaktu. A pulak tak cukup. Tak dapat masuk sekolah asrama macam kakak. Kakak? Dah sampai Mesir sana tu ha. Lagi 6 tahun, kakak jadi doktor. Nada? Ape je Nada bagi dekat mama abah? :'(

Bile benda ni jadi. Semua ni jadi dekat Nada, mama abah mesti sedih sangat-sangat kan? Lagi-lagi bile tau daripada cikgu sendiri. Mesti mama abah kecewa sangat-sangat dengan Nada. kan? :'( Mama pun pernah cakap dulu, mama penat ada anak macam Nada. Takpun, dulu mama selalu jugak cakap; "Entah-entah, masa mama beranak dulu. Tertukar dengan anak orang lain kot." Ma, walaupun mama main-main masa mama cakap macamtu. Tapi ma, sedih dia; Allah je tahu. Tapi ma, abah; sekarang mama abah boleh terima Nada lagi? Abah cakap, "Walau ape pun yang jadi, Nada tetap anak kami. Mungkin Nada tak menonjol macam kakak dengan abang. Tapi Nada lebih pada benda lain. Tak semestinya Nada tak pernah bagi apa-apa pada mama dengan abah. Mama dengan abah Nada jadi anak kami. Siapa kata kami tak sayang Nada? Mama abah sayang Nada sangat-sangat." "Setiap orang buat silap Nada. Nama pun manusia, takde siapa yang sempurna. Abah pun pernah buat silap. Semua ni dah jadi, mama abah ade dengan Nada selalu. Kalau ade apa-apa lepasni, Nada cerita je dekat kami. Kami selalu ade, insyaAllah."

Allah allah allah..................... :''''''''''(

Hari tu. Nada ingat lagi, ma abah. Dengan jelas. Setiap butir bicara yang keluar dari mulut kalian. Allah...... Nada betul3 nak mintak maaf. Nada betul3 tak mampu (buat masa sekarang) nak bagi keputusan yang baik macam kakak bagi. & Nada betul3 nak berterima kasih yang tak terhingga.

Buat mama,
yang penat bertarung nyawa. bermati-matian lahirkan Nada. sehingga Nada mampu lihat dunia yang indah. lukisan yang Allah lakar. dapat tatap wajah mama, abah. dapat rasa nikmatnya rahmat Allah. dapat rasa ade adik yang baik hati, abang yang memahami, kakak yang selalu disisi. tapi sekarang? ape yang Nada bagi? Allah....... :'( TERIMA KASIH BANYAK MA! Nada sayang mama sangat sangat sangat sangat sangat!

Buat abah,
yang dah berpenat lelah cari rezeki. membanting tulang empat kerat. nak bagi anak-anak abah makan, nak bagi anak-anak abah sekolah. nak bagi anak-anak abah ni merasa betapa nikmat rezeki Allah. dapat rasa boleh pegang laptop. dapat belajar kemudahan yang ade sekarang. abah yang selalu tunaikan semua hajat Nada atas usaha sendiri. abah yang selalu mengerti tak kira apa yang terjadi. abah yang Nada selalu cari kalau mama marah. hihihi :''''') abah yang selalu memahami sehingga kini! abah yang selalu mengaku Nada ni anak abah. Arghhh!!! Nada sayang abah dunia akhirat! Nada pun nak mintak maaf dekat abah :'( abah dah penat-penat bagi Nada sekolah. sekolah bagus pulak tu. yuran mahal-mahal..... tapi ape yang Nada bagi? Allah................

Mama abah pun, hari-hari bukannye semakin muda (walaupun orang kata nampak muda hehehehehehehe) tapi semakin meningkat usia. Nada tak tau, Nada mampu ke tak nak bagi mama abah bangga dekat Nada; macam yang kakak abang selalu buat. Nada tak pasti. Cuma, Nada nak mama abah tau. Hari-hari, Nada selalu doakan mama abah. doakan seluruh keluarga kita! Supaya nanti, dekat 'sana'; kita dapat sama-sama kumpul semula macam harini, depan pintu Syurga (insyaAllah!!!) Aamin ya Allah, Amin amin amin!


Raya 2012.

Kawan-kawan yang selalu disisi. Allahurabbi...... Tak pernah terfikir dek akal, Allah beri kawan-kawan yang macamni. Terima diri seadanya. Diri yang hina, yang tak pernah beri apa pada mereka. Yang selalu kecoh dalam kelas tu, yang selalu bising bila sama-sama tu. Yang selalu bercakap tak berhenti tu. Yang selalu gedik terlebih tu. Tapi, Allah beri kawan-kawan macam ni? Allahu allah.................

Dari januari hingga ke hari ini, kami lalui semuanya. Dengan dari dulu kes Raja tangan kena bedah masuk hospital. Kami sama-sama risau. Sebab sama-sama buat (hahahahaha) dengan dulu macam-macam yang jadi. Sama-sama kongsi. Allahu :') Kami dah berjaya lalui semua ni? Allahurabbi.......

Macam mana saya tak sayang mereka semua ni? Mereka berenam ni; yang selalu ade dekat dengan diri ini, saat diri jatuh tak tahu bagaimana mahu bangkit kembali. Semoga ukhuwah yang terjalin ini kerana Allah. Semoga rindu yang bakal lahir dalam diri nanti, kerana Allah. Semoga kita semua dapat perbaiki diri, insaf dari masa silam yang menghantui. & semoga nanti, kita sama-sama dapat memimpin tangan, menuju firdausi. Amin ya Allah, Aamin!

Terima kasih buat Anis,
yang selalu cuba untuk menceriakan keadaan. tak kira apa yang terjadi

Terima kasih buat Izzati,
yang merepek tak berhenti. buat kami tak kering gusi

Terima kasih buat Izzah,
yang selalu simpati, atas apa yang terjadi pada diri ini

Terima kasih buat Munirah,
yang setia mendengar, diam memahami

Terima kasih buat Sarah,
yang sentiasa ceria, walau semua diam membisu tak berkata

Terima kasih buat Hasya,
yang memahami tak kira apa


&  buat kesayangan saya dunia akhirat (insyaAllah) Samihah & Izzah Huda. Moga Allah selalu redha kita, selalu redha dengan apa yang kita buat lepasni. Selalu redha dengan persahabatan yang terjalin dari dulu, hingga kini. Semoga Allah selalu redha semua. Terima kasih berjuta kali, sehingga tak mampu diungkap & dibalas dengan kata-kata buat kalian; yang selalu ada, tak kira masa. yang mengambil kira, jika diri berdukacita. yang selalu sedia menadah telinga. Semoga Allah selalu redha kalian berdua, hingga keakhirnya. Tiada balasan yang setimpal untuk kalian berdua, hanya Allah mampu memberi apa sahaja! Semoga syurga tempat kita. Amin ya Rabb. Aamin!

Izzah, Hasya, Anis, Izzati, Sarah, Munirah & me @ Cameron Highland.

Samihah, Izzah Huda & me @ Samihah's.

Saya betul-betul bahagia kerana punya kawan seperti mereka. Punya keluarga yang memahami tak kira apa. Walaupun saya nakal tak terkata. Setiap satu dari mereka, terima saya seadanya. InsyaAllah, Nada akan ubah mana yang perlu. Tapi Nada tak janji, semudah itu. InsyaAllah, Nada akan cuba buat yang terbaik :) Untuk mama & abah. Untuk kakak, abang & adik. Untuk Anis, Izzati, Izzah, Munirah, Sarah, Hasya. & untuk Samihah & Izzah Huda. juga, untuk yang lain. Doakan tau?! ;)


Sekarang, saya mampu cakap. Saya bahagia. Alhamdulillah. Semua yang jadi dalam hidup ni, punya hikmah yang Allah sembunyi. Kita yang kena cari sendiri. Hidup ni penuh seni. Semua ujian yang diberi, pasti punya hikmah tersendiri. Allah tak bagi ujian untuk kita ni saja-saja, mesti ade sebab kenapa! Remember that. ok?


******

Saya tak tau, siapa yang baca. Apa yang saya type, dari mula. Saya tak minta simpati sesiapa semasa menaip ini. Saya cuma mahu berkongsi rasa, supaya yang lain tahu akan keadaan saya. Saya cuma mahu mereka-mereka yang lain juga tahu, bahawa saya sedang bahagia & cuba telan apa yang ada depan mata. Mungkin pahit, tapi terpaksa jugak. kan? & saya mahu mereka-mereka tahu, saya sedang cuba untuk jadi yang paling kuat antara semua! :D

& saya nak mintak maaf pada sesiapa yang terasa. Saya tak berniat apa-apa. Cuma mahu berkongsi cerita duka yang terpendam lama dalam jiwa. Saya pun nak mintak maaf pada sesiapa yang tak tahu asal usul cerita. Apa yang jadi sebenarnya. Maaf ya? & pada yang tahu ceritanya, terima kasih kerana memahami. Terima kasih kerana menerima. & pada yang membenci saya, kerana mungkin tahu asal usul cerita dari mereka-mereka. Tidak mengapa. kalian tidak tau apa-apa. Moga Allah selalu redha kalian! & saya mohon supaya cerita ini ditutup segera. Berhenti menjaja cerita pada mereka yang tak tahu apa.

Maafkan saya jika sepanjang post ni, ade tersalah type (typo) atau terkasar bahasa. Terima kasih pada yang membaca & memahami apa yang dirasa saya! Terima kasih juga pada yang bertanya, "eh tak update ke?" Haaa dah update ni! Panjang punye. Mesti semua penat baca. kan? Hahaha takpeeeeeee. Tak baca pun, takpeeee ;)



Lepasni,
jangan tanye dah "kenapa nampak matured?"
sebab apa yang jadi dalam hidup saya,
mungkin terlalu advanced dari usia.
Hahahahhahahaha, pape jelah~~~


Tolong doakan yang terbaik buat saya, ye? Hehehehe. Besok saya nak pergi Port Dickson insyaAllah :) Duk hotel je kot haha patu gi pantai jap patu balik hahahaha. Sehari je duk PD. Nanti insyaAllah kalau masa tak halang Nada update lagi ;) Terima kasih semua!



Lots of love, me. xx

Friday, October 26, 2012

Hari Raya AidilAdha 1433H

Assalamualaikum! Hihihihi, so hows your Hari Raya Haji / Hari Raya AidilAdha? Hehehe me is just fine. Nada raya dekat kayEl aje. Mungkin, besok baru Nada balik kampung (Perak). Tu pun kejap je la rasanye. & my OOTD todayyyy simple aje haha; jubah plain hitam + shawl harimau lol. Pakai selendang yang Raya AidilFitri tahun ni.












--> sorry for the bad quality picture, update gune phone je ni lol. & i didnt ever bring my baby canon tsk tsk. Nanti kalau Nada balik kampung Nada update lagi i-allah. Till here, ;)

Loves, me.

Wednesday, October 24, 2012

Buat kamu-kamu;

Perasaan seronok bila dapat berebut dengan adik depan pintu setiap kali mama abah balik kerja waktu Maghrib. "Siapa cium mama abah dulu dia menang!!!!!!" Dan kami pun mula bertolak-tolak, semata utk menang sahaja.

Ah! Semua kebahagiaan yang diberi, nikmat yang melimpah, rasa bahagia yang tak sudah, bisa saja direntap dalam sekelip mata! Jika kamu lansung tidak mensyukuri apa yang kamu peroleh dari tuhan kamu. Betul kan?



Dan mungkin juga kerana kita tidak prihatin dengan keadaan sekeliling. Orang di persekitaran kita. Samada mereka minum atau tidak, bagaiman kondisi dan keadaan kesihatan mereka. Bagaimana pakai mereka? Mungkin itu juga salah satu faktor yang menyebabkan nikmat bahagia bisa direntap begitu sahaja. Bahagia bukanlah milik kita selamanya. Cumanya, harus pandai mensyukuri. Itu sahaja.

Nikmat bahagia yang diberi semalam, ditarik hari ini.
Kerana diri sendiri, yang tak reti mensyukuri, pemberian Illahi.

Kawan yang disisi pun, perlu disyukuri, kerana hadirnya dia, mendengar luahan dan isi hati. Dan segalanya, yang diperolehi, dari dulu; hingga kini.

Hakikat yang perlu aku terima; bahagia yang dulu aku sangka aku mampu pertahankan selamanya bisa ditarik nikmatnya begitu saja. Kerana Tuhan itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Tahu mana yang baik dan tidak utk kita. Dan disebabkan itu, dalam apa jua situasi kamu-kamu. Jangan pernah lupa untuk mensyukuri. Tak kira apa.

Sebenarnye aku masih keliru, dengan apa yang aku cuba sampaikan dan apa yang cuba aku perkatakan disini. Ah! Ayat pun semua tunggang terbalik. Seperti akalku, yang ligat berfikir.

Dan aku terus melayan perasaan. Di suatu sudut, di dalam rumah; sepi tanpa suara. Aku bermonolog, "Knp tak boleh jadi macam kakak?" Huh. Keluhan berat aku lepaskan.

Nada, semuanya salah kau! Kalau kau tak mulakan, semuanya tak akan terjadi. Nada! Sekarang, kau tak boleh nak salahkan sesiapa lagi.

*sigh*

Ape2 pun, kamu-kamu perlu juga untuk mempersiap diri; untuk menghadapi, sesuatu yang belum pasti, suatu hari nanti. Supaya kamu tidaklah kecewa nanti. Mengerti?

Buat kamu-kamu yang selalu berada dalam kotak cinta saya,
terima kasih untuk segalanya,


Buat kamu-kamu yang lain,
diri ini yang sentiasa hina disisi-Nya apa lagi sering melakukan salah dan silap, ingin meminta maaf, dari hujung tudung hingga ke hujung benang stoking. Maafkan segala kelancangan dalam pertuturan, pandangan, sindiran, perbuatan dan banyak lagi. Maafkan lah ye?

Dan buat A,
terima kasih terima kasih dan terima kasih! Walaupun aku tau tak lama lagi kau akan lupakan aku tapi jangan harap aku nak lupakan kau! ;) Mana mungkin aku nak lupakan kau. betul tak? Maaf sekali lagi ye. Semoga kamu, A; terus berbahagia selamanya! Aku doakan kau selalu. Insyaallah.

Nada.
12:00.