Thursday, June 30, 2011

Kau pun same jek.

Assalamualaikum. alhamdulillah dia dah sihat, datang sekola. :) tu bukan tajuk utama yang nak dicerita. ok, pasal cinta. what? cinta. ilek la, tak cite lagi.

tadi masa blogwalking, jumpa blog budak. oh, tidak lah budak sangat. umur? tak mo bagi tahu nty dia perasan. kesian la dekat dia, hmm.. awak, kalau awak baca ni awak jangan la marah kita. kita cuma nak cakap benda yang betul je. act, dulu kita pun macam awak.

awak pun muda lagi, belum masuk fasa UPSR. cheh ayat.. tapi tak pe ah, awak belajar rajin2 k? kita tahu awak sayang dia teramat, macam tu jugak kita. :'> Mencintai tidak semestinya Memiliki. cinta kita pada Allah tu lebihkan dahulu.

kadang kita sendiri terpaku, kenapa kita tak boleh sayang Allah melebihi segala-galanya? kenapa? nangis..

Tutup muka tanda malu,

kenapa cinta kita dekat Allah tak boleh melebihi segalanya? :\

renung2kan, dan selamat beramal. <-- tiru kak Anis, yey! Anis Syakirah ok, bukan Anis Syafira. LOL. :p

Entry aku sejak kebelakangan ni (hamboi kemain susa aku nak taip kebelakangan) bukan main berwarna warni. geli pun ada, tapi nak bagi orang lagi baca. kena la warna2. ke hodoh? cecite.


UPDATE!!
Ade sape2 tak nak beli jam? Jam gshock.

Boleh tekan sini untuk tengok gamba jam --> http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/267924_222143424492281_100000898763470_672710_3363031_n.jpg

Harga: RM20.00
Keadaan: Masih elok, agak kotor dekat bahagian tali. KOTOR SIKIT SAHAJA
Warna: Putih (++ biru)

Kalau nak beli inbox dekat FB nada tau? kalau sape2 yang belum add, add nada. afta add jangan lupa hantar PM (private message) supaya approve. nada tak suka approve orang, sorry. JANGAN LUPA INBOX. ;)


Assalamualaikum.
Aku suka kau.

Wednesday, June 29, 2011

Amin..

Assalamualaikum. tolong cepat sembuh, aku tak nak tengok kau sakit. aku menangis. jadi jangan sakit, kau pemberi semangat aku. macamana aku nak senyum kalau tengok kau sakit?

harini setiap kali buat solat hajat aku doakan supaya kau sembuh. hati aku tersentak lepas dengar kawan aku cakap kau sakit. ok, cepat sembuh.

Ya Allah,
bagi lah dia sihat.

Monday, June 27, 2011

My blog speaks for me.


Assalamualaikum. tadi baru je lepas tengok2 album kak Amirah and ade satu album gamba2 dekat ABIM, ma school. tengok tajum album pun dah sentap, After 3 years. yes abim banyak beruba. alhamdulillah beruba kepada yang lebih baik. maknanya ade banyak sangat kemudahan untuk kiteorang. BUT..

*BUT - explain the usage of 'kinda', 'pretty' and 'sort of' in the previous sentences.
ni matlutfi kata. aku salin balik jaa..

aku rindu masa dulu2, masa budak dulu2. lepastu kan, aku bayangkan kalau satu hari nanti. bila aku da besa, da keja, da kawin, da ade anak, da masuk Universiti nty. mesti la sangat rindukan ABIM, and teringat la time dulu2. time nakal dulu2. phew, sadis je denga. ni nak nangis ni

tapi hidup perlu diteruskan, ayatt~
jap nada! kau nak tetiba jiwang nak mampuih haktuih ni nape? tah la doe.

Assalamualaikum.

Beautiful Lies

what will you do
when dreams dont come true?

will you just cry?
when you know it wont dry?

will you try to forget?
when all you feel is regret?

when the peoples you trust
only make you frust?


with all the sweet lie
the evantually make you cry

i guess what im doing
is to forget everything.

credit: Izzah Hadirah.

Perempuan. Kita sama asal dari rusuk kiri yang hilang. Kita punya hati yang rasa mahu disayang. Aku yakin kau tidak gemar dirampas bahagia, jadi mengapa merampas bahagia yang lain? -Ska-

perkongsian bersama. Assalamualaikum.

Sunday, June 26, 2011

Trend.

Assalamualaikum. so guys lets talk about trends. you know.. what is trend? trend is benda yang orang ikut2kan. kalau kita tak ikut orang kita ni macam kuno. ok, tahu tak kuno ape? pi bukak kamuih dewan bahasa dan pustakaq.

Macam sume orang tahu, sekarang ni macam2 da jadi trend. nak aku listkan contoh2nya? aku list ape yang ade dalam pale hotak and tahu.

  1. DSLR. (yang paling popular oh sekarang ni)
  2. Owl necklale. (or rantai yang panjang nak mampos)
  3. Shawl/Pashmina.
  4. Vans.
  5. Fixie.
  6. Domo.
  7. Angry Bird.

and others.. to much la untuk listkan. betul tak? and im one of them, da terikut ikut nak sangat dslr. tapi tak belaja pun nak dapat 5A. ape nada, kau ingat 5A n Mumtaz datang bergolek dekat kau ke? puih la we, kalau tak usaha macamana nak datang 5A and Mumtaz. bak kata sir Azman,

kalau kita usaha kuat macamana sekalipun. kalau Allah tak izin kita dapat 5A and Mumtaz, 9A or 21A (SPM bape A we?) kita tak kan dapat. tak kira la kita usaha banyak mana pun. kun faya kun

oh ustaz, saya ingat sampai harini. tapi saya malas lagi ah nak belaja ustaz, astagfirullah. insyaAllah afta selesai update ni terus nak buat keja sekola. nak gosok baju and kemas buku. ready for tomorrow, school yaw! ;>

"Hablu minallah wa hablu minannas"

Jika hubungan kamu baik dengan Allah, maka baiklah hubungan kamu dengan manusia

Assalamualaikum.

Saturday, June 25, 2011

Erti menghargai.

cuba, cuba kau belajar.
apa itu erti menghargai.
apa itu erti syukur..



kadang langkah kita tersilap. tutur bicara. adab dan juga tatasusila.
kau yang mula, kau yang harus akhiri. jangan pernah salahkan sesiapa.
cuba jangan main tunding jari. jangan salahkan orang lain. kalau ternyata itu kau, angkara engkau. hah

hidup. kadang tak indah.
macam roda la, sekejap dekat atas sekejap dekat bawah.
adil bukan? ya, Allah itu Maha Adil.

maaf atas perbuatan nada sebelum ni. kurang ajar or what ever. tolong maafkan semua kesalahan nada. doakan nada, upsr and psra. :'> tak lama da, ya Allah.

//blog dah beruba. hiks, okey tak?

Assalamualaikum.
selamat pagi...

Friday, June 24, 2011

Ala jangan la marah saya, saya budak baik.




Assalamualaikum. macam biasa ah sebelum nak buat post kena letak gamba yang tak berapa gedik. eh, sebenarnya tak gedik. baik je nada ni. kan kan kan? sebelum pape, nak cakap terima kasih banyak banyak sebab korang da buat kita terharu ah sampai keluar hingus meleleh leleh. ok, sebenarnya tu tipu. terharu je. tak keluar hingus meleleh leleh pun.

kat sekola kita buat lek buat peace dekat sume orang. tapi ramai la tanye "we. ape kakak tu cakap kat kau?" aku dengan slamber badak kucing lembu itik kambing jawab "benda yang lepas, jangan dikenang"(tipu je) lawak tak? lawak tak...

kalau asyik tipu kan. camane nak dapat 5A? ye laaa...
nak buat lawak je. ish

lepastu nak cakap terima kasih dekat korang yang da bagi kata2 yang macam phewwww la kan. kalau buat karangan dapat A++ doe. terima kasih la sangat2. *terharu ni. :'>

lepastu nak cakap jugak sorry sebab ayat dekat dalam tu memang kasar. rasa macam nak delete post tu tapi tak nak sebab komen banyak gila (batak komen ni. nty jangan lupa komen banyak2 lagi tau. hoho).

harini Maharaja Lawak final kan? Minggu ke 13. ya Allah, sape menang we? ahh. tak saba nak tunggu keputusan. tadi aku ngan 'dia' mara2 kata yang ni menang yang tu menang. aku opkos la pakwe aku punya group. JOZAN. sekejap!! sejak bila pakai aku? tadi kan pakai kita. ahh, ghasak lah. <-- ni ayat cik Epal tau. terpengaruh sebab dia selalu cakap. hohoho

Nak tanya korang dua soalan ni, jawab eh:
  1. Patut tak kita/aku/saya/nada tuka link blog ni?
  2. Nikon ke Canon yang best? sebab..??
terima kasih daun keladi,
lain kali baca lagi,
jangan lupa komen sekali,
tidur nanti basuh kaki.


wehh!!! bangga jap sebab dapat buat pantun sendiri. tetiba ade mentol lampu atas kepala menyala, idea dapat dengan secara tiba2. ewwahhh!!!

and last sekali nak tanye gak ni, ade pape cadangan tak untuk tambah pape kat blog ni? nampak kosong ah. bye korang, thank you baca and for those kata2 semangat. lovesss!!!

Assalamualaikum.

Thursday, June 23, 2011

Entry berpassword.

Assalamualaikum...


sume orang tahu Nada Badrul Hisham ni kuat. ala kau nada, watlek watpeace suda. lagi kau ingat pasal menda tu. lagi la kau sedih sakit hati, bla3. aku tak kesa pun kalau kau nak tegur aku. tapi jangan la tegur depan orang ramai doe. tak tahu malu ke we? uish. kau tenga bace ke?

"Aku tahu kau kuat, Nada." -Iza Huda-
"Da la we, jangan la nangis. Buat bodo je.." -Samihah-
"We Nada.. jangan la nangis!! kau ni, gedik la." -Anis-
"Nada, ape kakak tu cakap? Da la tu." -Iza Sofia-


bukan senang nak cari kawan macam ni. aku ulang, bukan senang. kawan yang ade time susa. and Samihah terima kasih jugak sebab kau bagi aku basahkan kau punya baju, terima kasih sangat2. iza huda terima kasih buat aku gelak nak mati. anis pun same jugak, dengan perangai gila kau tu. hehehehe.

smile. to hide inside.



nak tahu password dia ke? mwehehe. kalau aku baik hati aku bagi la dekat korang. tinggalkan link blog korang dekat tempat komen. and.. untuk sesape yang da tau password dia. tak mo cite kat orang lain k? senyap2.

Assalamualaikum.
Nada, chill yo. benda da lepas.

Wednesday, June 22, 2011

contest hitam putih itu retro QILAKIN

Assalamualaikum. harini aku da update tiga post, mwehehehe. so aku ade join contest hitam putih retro QILAKIN. <-- boleh tekan link sebelah kiri ni untuk pegi straight ke blog mereka.

ni ha banner dia.


syarat2 sume bole tengok dekat blog depa eh? hikshiks. jadi gamba yang nada pertaruhkan is

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

exercise la tangan

.
.
.
.
.
.
.

ok. ni ha

caption: Time ni kiteorang dekat pantai. Seronok sangat. Menjerit-jerit, kutip ketam. Ambik gamba banyak2. Main2 pasir, lari2. Time ambik gamba ni actually tak ready lepastu Samihah main capture je. Tengok2 cantik pulak gamba ni. Hohoho, xD Nada yang kiri sekali. :)


gamba ni aku ambik dari facebook iza huda. kak, ambik gamba ni tau. kau jangan mara doe, aku suka gamba ni. hope kau tak kesa k?

aku nak tag:
Hasya Qistina.
Siti Sofiyah.

terima kasih. :) bye

J-J-J-Jay Bee.

Assalamualaikum. hai korang sume macamana cuti.. best? eh jap!! mane de cuti. ok, tak tahu nak kata ape thats why lah tanye camtu. Ok. nak tanye, sekola best? ha. tu la maksud dia, hehehehehe. sekola best? kawan2 korang baik2 tak sume? cikgu2 ke, keja sekola banyak? ha... pi buat sana.

aku buat post ni sebab
bosan and malas doe nak buat keja sekola. tapi keja sekola tu best, subjek mate. nak tahu tak? iteww kan sama cam ayah iteww, banyak we persamaan. malas la kan nak bagi tahu satu2. antaranya ialah, aku n abah suka subjek math. hohoho, family aku sume suka math. kecuali adik aku n kakak. eh, abang tak tahu plak. -.-

sekola aku cam biasa la. tak de menda yang best pun. ummm, cikgu dekat sekola tak best ah. ok, sorry terus terang. ;\ tapi da kenyataan nak buat camne. cikgu cam straight to the point sangat. garang nak mampus, suka sangat mara2. memang la mara tu tandanya sayang. tapi tak yah la selalu mara2, kadang2 kiteorang pun nyampah. ok, bukan
kiteorang tapi aku je. fine

Happy Birthday to you,
Happy Birthday to you,
Happy Birthday to Amira,
Happy Birthday to you.

Happy Birthday to you,
Happy Birthday to you,
Happy Birthday to adek,
Happy Birthday to you.


Happy Birthday to kak Amira i think. hehehehe. maksud nada happy
belated birthday. sorry yo lambat wish, tak tahu la. bace blog akak baru tahu. Happy Birthday dekat adek jugak sebab esok birthday kau kan dek? da la aku je yang pack kan kau punya jajan tu ha. kuang asam punya budak. tahu main je. -.-

adek, n kak Amira... sorry sebab tak de hadiah. dek, kalau kau nak hadiah mintak dekat mama la, akak tak de duit doe. mane keja lagi. mesti kau nak mintak kamera kan dekat mama? tamak la kau dek. akak nak mintak kamera pun mama tak bagi. kamera lomo bole la mama bagi kat kau. aku tumpang je nty. keh3.



gamba curi dari google je. sorry la... malas nak edit gamba. tengok tu nada, malas lagi. pesal kau ha? we!! UPSR nak dekat. keputusan untuk pertengahan tahun alhamdulillah meningkat. UPSR and PSRA. nombo dalam kelas pun meningkat walaupun bukan top 10. i'm sorry mama and abah. nada janji insyaAllah masa UPSR and PSRA betul2 nty nada score. amin...

harini dekat sekola banyak kali gelak. ain ah punya pasai ni, tak habi2 nak gelak. oh lepastukan tadi aku chat ngan my dearest cousin fatin. rindu kau la sial, da lama aku tak jumpa kau ngan fatihah. rindu kau nak mampos la kan. aku rasa last sekali kita jumpa raya tahun lepas ke akhir tahun, tahun lepas. ye dakk? ke tahun ni kita ade jumpa. lupa doe.. ;\

tu la da lama sangat tak jumpa. tapi kita chat tak banyak kan, story pasal tu dan ini. pesal aku da tak bukak cite pasal zaim bila chat ngan kau eh? oh.. emm.. entah!!

* walau raga kita terpisah jauh. namun hati kita selalu dekat, bila kau rindu pejamkan matamu. dan rasakan a-a-a-a aku. kekauatan cinta kita tak kan pernah rapuh, terhapus ruang dan waktu. percayakan kesetiaan ini, pada ketulusan a-a-a-a aishiteru.

*yang membantu aku untuk terus hidup di atas dunia. tanpamu ku lemah. pasti aku tak berdaya. kerna kau maha kaya cinta. wo ohh...

*pejamkan matamu untukku. biarkan dunia berkata kata. usah kau ragu, di sini kau dan aku...


jiwang mak nyah haktuihh. puihh!! aku bosan ni tak tahu nak buat ape. nak edit blog la, jeng jeng jeng...
bye koran sume, cium pipi kanan cium pipi kiri. ok laki tak, mwhehehe. night. ;*

Tutorial: Macamana nak centerkan gamba di sidebar.

Assalamualaikum..

senang je nak buat ni, tak payah nak pening peningkan kepala. senang aje.
  1. Dashboard.
  2. Design.
  3. Add a Gadgjet.
  4. Text bukan picture.
  5. pegi Edit HTML dekat bahagian Text tadi, lepastu masukkan kod gamba korang.
ok da? kan dekat gamba korang tu ada kan, sebelum kod gamba tu letak la <center> senang kan? yes!!

kalau tak paham bole tanya dekat tempat komen. no problem la harap2.
bye.

Monday, June 20, 2011

euwks. #3

first, terima kasih sebab jadi pendorong aku.
second, kau buat aku rajin datang sekola.
third, kau buat aku nak jadi pandai macam kau.
fourth, kau buat aku sayang kau. hari2

harini aku tengok kau sangat hensem. senyap

love someone who will bring you straight to jannah.
da banyak kali aku ulang2 kan ayat ni? hiks.

aku senyum hari2. sebab kau
aku nak kau tahu yang aku senyum hari2 tu sebab kau.

Assalamualaikum.

euwks. #2

Dia tahu apa yang terbaik buat kau.
jangan pernah kau persoal.

jika Dia memakbulkan doa mu,
harus kau ingat. dia itu pemurah.
dia juga ingin menguji kau.

jika Dia tidak memakbulkan doa mu,
itu kerana dia punya sesuatu yang lebih baik buat kau.
rahsia Allah. mana kau tahu.
jadi. jangan pernah persoal.

"aku suka dia. aku nak dia suka aku balik. :'<"
"dulu. kau sendiri kata dekat aku. hati dan perasaan manusia mana boleh kau paksa. cuba kalau ade orang gemok tu suruh kau suka dia balik sebab dia suka kau. kau nak? tak nak kan. jadi mana boleh paksa."
"ye, tu aku tahu."
"lagipun kau nak upsr, tak payah la we nak menggatal sangat. kecik tak seda diri. poyo je la kau ni."

aku tahu. aku perlu kawan. yang boleh teman aku. susah, senang.
we, ingat senang? memang la petik jari sepuluh orang datang.
tapi betul ke dorang ikhlas kawan dengan kita? hati dorang. macamana?
time senang je dorang dengan kita. time susah, batang hidung pun tak nampak.

antara salah satu faktor jugak untuk kita belaja rajin2 dan jadi pandai. sape nak kawan ngan orang bodo? tak de kan. sebab tu kena belaja rajin2. ramai kawan. tapi jangan sala pilih. nty menangis. cuma buat setakat ni, tak ramai yang aku nampak nak kawan dengan aku. ok. tahu. terima kasih.

and aku nak mintak maaf sebab kadang2 dalam hati aku tak ikhlas kawan dengan korang. ye, aku ade terkecik hati or tak suka or bla3 sume tu kan. tapi tak pe, aku paham. sume orang ade perasaan. think before you say, it may hurt other. guna akal yang Allah bagi. :)


hidup tak selalu indah.
langit tak selalu cerah.
suram malam tak berbintang.
itulah lukisan alam.

/alhamdulillah dapat jugak beli shirt domo. beli dua. :) satu putih satu hitam. yey suka!! beg tak beli lagi. ade nampak kat jusco tapi mahal. kalau jumpa yang mura insyaAllah beli. tapi tadi ade beg domo jugak. kecik ah tapi. hmmm. angry bird punya beg ade, yang besar sekali pun ade.

Assalamualaikum.

Saturday, June 18, 2011

euwks.

"jadi kau nak kata dia ni perampas la?"
"entah la. aku tak de hak nak halang dia sayang or suka sape2. aku bukan tuhan."
"jadi? kau tak kesah la kan?"
"bukan macam tu ah."

sunyi.

"aku tak nak ade orang lain yang suka dia selain dari aku!"
"nada. mana boleh macam tu. macam kau cakap, sume orang ade hak masing2."

jangan tanya aku kenapa aku suka kau.
jawapan aku cuma entah.
yang tersirat, biar antara aku dan yang Esa.

tuhan itu adil. harus tahu itu.
cuma kau yang tak tahu menilai.

hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku . . .

Thursday, June 16, 2011

Contest Blink Blink.


Assalamualaikum.Tadi masa tenga blogwalking blog. Lepastu aku pegi tengok dekat shoutbox, owner blog sendiri suruh join kontest yang dia buat. weh, kalau da owner suruh mane bole lepas. jadi aku pon join ah.

agak terkejut sebab hadiah dia superbb mantop.. kalau nak tengok hadiah dia bole pegi dekat blog Ainaa and Hanan. agak terkejut sekali lagi sebab Ainaa ni dajah 5. hehehehe, dek, saje promote. xD

hadiah dia rantai owl. memang da lama sangat nak rantai tu. hadiah kedua ross vintage ring. tak berapa berkenan. pom boleyy. and ade lagi beberapa hadiah. bole tengok blog dorang k?

nada da follow da blog korang dua. banner da letak, jadi tinggal ape lagi? ok, kena tag orang..

nada nak tag kak Anis Syakirah untuk join kontest ni. akak join eh, blog akak kan omey gitewww. join tau, hadiah dia bet. heheheheh.

---

sorry sebab da lama (walaupun tak lama mana) tak update. busy we, daja 6 ni ha banyak sangat kijo sekola cikgu bagi. so tak menyempat pulak nak update blog. esok nada pegi ppg dekat bagan lalang ye anak2, bukan bangang ye.

hari sabtu balik. maybe penat. kalau rajin online insyaAllah. ecehhh. hari ahad busy kot. hari isnin sekola. lepastu tak lama lagi nak upsr. oh ok. ;\

tak mo letak harapan tinggi mana pun. sebab yang join kontest ni sume meletop kebabom blog dia. jadi kalau menang tu alhamdulillah rezeki. tema blog ni simple and just nice untuk tengok. hope menang k? sape je yang masuk kontest tak mo menang, ce cite...

//aspa, kau hensem doe. hahahha, cakap je we.
///harini aku datang sekola sebab kau. tahniah bro.
////harini aku sakit hati. rasa macvam nak nangis pun ade. watlek suda.

byeee.....

Tuesday, June 14, 2011

Cerita kita.

Tutt. tutt. tutt. *mesej masuk

From: Bie.
Text: dear siap cepat. nty i datang jemput u dekat ruma. teman i pegi shooting eh?

Oh. kau rupanya. hehehe

Text: ok. i siap sekarang. boleh je, no problem bie. :)

------

senyap. sunyi je dalam kereta. biasanya dia yang riuh. aku gelak aje. kalini dia senyap. mungkin penat. dari terus bisu, baik aku mula.

Aku: "penat ke? macam ngantuk je. malam2 pun bole lagi pegi shooting."
Dia: "camni la nak cari duit. kalau tak, haish. susa la nak hidup sekarang ni awak."
Aku: "oh. betul jugak tu. nak cari duit pun sekarang susa. da la barang naik harga."
Dia: "ha tahu pun." *menguap
Aku: "mengantuk la tu. hehehehe. sian awak kan . . ."
Dia: "dah2, tak pe. da biasa da camni."
Aku: *usap kepala
Dia: "hehehehehe."

kesian aku tengok dekat kau. emm. tapi tak pe, aku tak kesa la nak teman kau. aku sayang kau. :*

------

bosan, tak tahu nak buat ape dekat set. hmmm. layan twitter je la. apa bole buat. demi awak kan? hihihiks.

Dia: "awak tak penat ke tunggu saya ni?"
Aku: "buat ape nak penat. kita sayang awak la."
Dia: "ye tahu. :)"
Aku: "da tahu tanye lagi. ish3. ;p"
Dia: *menguap
Aku: "awak . . ."

cahaya set terang sungguh. wajah kau kelihatan begitu jelas.

Dia: "ye saya? ade ape awak."
Aku: "saya sayang awak. ingat sampai bila2 tau?"
Dia: "iye."
Aku: "awak berpeluh. sian awak kan, penat . . ." *lap muka dia pakai tisu
Dia: "ni la sebab kenapa saya sayang awak. :">" *cium pipi aku

kau buat aku malu, sayang. ni jugak la sebab kenapa aku sayang kau.

"ZANN!! DA NAK START NI. REST TIME HABIS. CEPAT MASUK BALIK!!!!"

Dia: "ingat sampai bila2, saya sayang awak."

------

"Nada bangun!! pegi sekola la. sape suruh tido lambat. bangun la, nty tertinggal bas."

Ceh. mimpi.
terkedu seketika. kalau itu kau zizan, aku pengsan. tak tipu.
jangan tanya ah nape aku mimpi dia semalam.

kalini aku tak berani bagi tau abah yang aku mimpi zizan. mimpi tu terlalu _______. ok senyap.

kata2 kau. dalam mimpi tu. masih berlegar legar di fikiran.
aku tak berani bagi tahu sesiapa.
dan entah kenapa aku bagi tahu skrg. :\

ahh. mimpi yang terlalu tidak logik akal.
terlalu mustahil. nada, jangan perasan.
mainan tidur. syaitan.

kejap. aku tidur baca doa ke semalam? oh, tidak. :\
patut pun.

selamat malam semua. mimpi yang indah. jangan lupa baca doa. basuh kaki. harap mimpi dapat jumpa nabi. :'>
assalamualaikum.

Monday, June 13, 2011

Abah, tengok anak abah ni.

Abah. Tengok la ni, anak abah da besa.
Abah. Tengok la ni, dia da daja enam bah.
Abah. Tengok la ni, dia nak amik UPSR. and PSRA
Abah. Tengok la ni, dia nak jadi budak baik. Nak dapat 5A and mumtaz.
Abah, tengok la ni.

Ma. Tengok anak mama ni, dia da rajin sekarang.
Ma. Tengok lah anak mama ni, dia budak baik tau.
Ma. Tengok la anak mama ni, dia nak belaja rajin2.
Ma. Tengok la anak mama ni,.

Ma, abah. Tengok la anak mama n abah ni. Dia da besa. Dah darjah enam.


Ma, abah. Tengok anak mama n abah ni. Dia cantik kan? Hihihi. k diam. Walaupun kadang2 dia agak annoying. Tapi ni la anak mama n abah. Yang mama n abah selalu marah selama ni. Yang mama n abah selalu buat dia nangis. Tapi dia tak kisah. Walau dia benci mama n abah dia macamana sekali pun, tu tetap mama n abah dia. Dia sayang mama n abah dia. sampai bila bila

Ma, abah. Dia ni kan, ade suka dekat sorang laki ni. Tapi dia tak nak couple sampai bila bila dah. Dia kan da janji dengan kakak dia nak jadi budak baik. Couple tu haram. Lagipun suka dalam diam kan lebih baik. Mama n abah jangan marah tau? Kita suka dia. Tapi kita akan tumpukan pada pelajaran. Dia kan nak dapat 5A.

Ma. Abah. Anak mama abah ni selalu sangat buat silap. Selalu sangat kena marah dengan cikgu, dengan mama abah jugak. Tapi anak mama abah ni nak beruba, bermula dari hari ni. Dia janji, dia nak buat yang terbaik. Dia akan buat sebaik mungkin. Demi mama abah.

Pengorbanan mama abah tak terkata. Kalau nak hitung satu2 pakai jari. Tak cukup jari Nada nak kira, guna jari kaki pun tak cukup. Berjuta juta mama abah belanjakan untuk Nada sorang je. Tak kan lah Nada nak balas dengan keputusan 5E? Kejam namanya. sebak

kadang dunia itu indah.
kadang dunia itu kelam buat kau.

belajar menjadi yang terbaik dahulu.
tapi jangan sekali kau sombong bodoh.
sedar kau di mana di permulaannya.
dari ibu kau. dari ayah kau. mereka membesarkan ka.

"Mama abah tak mintak lebih. Mama nak Nada belajar rajin2, dapatkan 5A . . . dapatkan mumtaz. Tu je. Tak banyak, Nada."

Ma. Dulu mama penah kata dekat Nada kan yang satu hari nanti kalau Nada gagal, Nada akan ingat pesan mama. Kan? Ma, sebelum Nada gagal. Nada nak ingat dulu. Bila da senang nty, Nada nak mama bangga. Ni anak mama, pegang keputusan 5A dan mumtaz di tangan.

bersusah susah dahulu.
bersenang senang kemudian.

Ma. Bah.
Tunggu UPSR nanti.
Tunggu keputusan Nada nanti.
InsyaAllah.

"Nada. Ingat!! Kalau kita berusaha macamana sekalipun. Kalau Allah tak izin, bukan rezeki kita. Berdoa dan betawakkal tu penting. Berusaha jangan lupa." -sir Azman-

sedang cuba untuk pertingkatkan dan solat di awal waktu. :)

Selamat malam kawan. Tidur nyenyak. Mimpi yang indah. Jangan lupa, nama Nada selalu kau sebut dalam doa. Untuk 5A dan Mumtaz. InsyaAllah, aku beri yang terbaik. bye . . .

Eh sial la, puii!!

Assalamualaikum. Hai korang sume, so hows sekolah? Seronok. Eleh, nty satu hari nty mesty korang akan rindu sekolah punya ah. Kakak sedara Nada pun kata, tak kira camane pun kita benci sekola kita tu. One day kita akan sangat rindukan sekola. So, just enjoy your life as a student. Nty bila da besa tak bole nak rasa sume ni da. Thehehe.

I'm great and i'm enjoy my life now on. Bersyukur kepada Allah sebab da anugerahkan Nada family yang best walaupun tak sporting. Ilek ah, sume benda tu tak penting pun. Janji ade mak bapak yang baik. Alhamdulillah, sekali lagi. :) I have no idea untuk memanjangkan lagi post ni. Nada nak cite pasal Zizan n Bieber ni.

As you all know, i am not a belieber anymore. Kay sangat teruk sebab tu bukan nak bagi tahu. Lagipun Nada tengok sekarang ni macam da ramai je tak minat Bieber. Oh maybe sebab korang baca post tu and think that was true aight? Me too. But bukan sebab post itu sahaja yang menyebabkan Nada da tak berapa berkenan ngan si Bieber ni. Sebelum tu pun rasa cam erghhh. Susa ah nak kata.

And you guys guess what? I'm deadly in love with Zizan Razak. Guys, just shut your mouth. Nada pun tak tahu kenapa Nada minat sangat dekat Zizan as you guys know ya. Dekat FB, Twitter bla3 sume Nada da kata. Cam gedik pulak kan. Dulu minat Bieber lepastu nak kecoh2 pertahankan Bieber. C'mon Nada, jangan kecoh ah. YEKSS!! Pastu Nada bila da tak minat Zizan kemain kau kutuk Zizan pe sume en. Oh no! I'm not like dat, people. maybe

Hai abang Zizan, kita tengok twitter abang Zizan kan, kita rasa cam semburu sikit ah. Tipu je sebenarnya banyak. k diam. Tapi kita buat dek je, buat ape nak kisah. Abang Zizan pun artis kan. Kita kena paham tu. Abang Zizan banyak kawan artis. Thehehehe, seronoknyaa kalau dapat jumpa abang Zizan kan? :> #wishdreamcometrue

Kejap lagi Nada nak offline sebab Facebook seems like to bored. And Nada nak siapkan kerja sekolah. Alhamdulillah sebab abah bagi Nada bukak Facebook and online. Jadi Nada kau jangan nak ambik kesempatan. Ingat kepututsan kau tu bagus sangat ke hah? Tak pe Bah, Nada buktikan dekat abah satu hari nanti Nada akan berjaya buat mama n abah menangis. TANGISAN GEMBIRA.

Nada nak dapatkan kejayaan. Nada nak dapatkan dslr. Nada nak dapatkan kebahgiaan. Nada nak dapatkan kebebasan bila da dapat 5A and Mumtaz. Oh, tahniah Lisa for your trial sebab kau dapat 5A and Mumtaz. Thumbs up friend, you're my idol to get an 5A and Mumtaz too. I wanna be a good girl like you. Good girl? Nahh, just kiddin'. Hohoho, you're nice girl kay? kbye

And about Bieber (again) tu I dont know that I am still a belieber or not. But still ah layan lagu2 dia. Susa we nak lupakan dia. Thanks kakSya for introduce him to me. Awh. :') Theheheehe. Bieber is-so-handsome-what. Lagi omey dari abang Zizan kita walaupun abang Zizan kita tu macho sebenarnya. Tapi pape pun, Zizan Razak tetap di hati. and him too. :'>

So da banyak sangat celoteh kat atas tu ha. Da la tak de gamba, padan muka hang. Hohoho, so. gtg, the solat is calling us. buhbyee!!

like usual, aku sayang zizan.

Sunday, June 12, 2011

couple? yeks.

gembiranya mereka. masing2 punya pasangan masing2. ada yang berpegangan tangan. ada yang berkepit doploh pat jam. oh gembiranya mereka.

gelak tawa mereka boleh kau dengar. itu sudah cukup menandakan mereka gembira. bersama pasangan. tapi begitukah cara gembira? ha ha ha.

oh, aku anak muda. mereka juga masih muda. perlukan itu semua. tapi mengapa dengan cara begini? menyesal. sungguh menyesal.

hai kakak. hai abang. aku bukan sesiapa untuk beri nasihat. tapi tidak salah bukan. kau islam, aku juga islam. sedih kadang2 melihat perubahan zaman yang begitu dasyat. inikah dunia yang Nabi inginkan?

mama cakap. mama tak nak anak mama jadi macam mereka diluar. mama tak nak anak mama lawan cakap mama satu hari nanti. mama mahu aku jadi yang terbaik, untuk menegakkan islam yang kini ditenggelam arus zaman.

tapi bukan aku ingin persalahkan orang tua kalian. tidak sama sekali. orang tua kalian dengan orang tua aku berbeda. terima seadanya. kalau kau marah dan benci pada mereka sekalipun. mereka tiada ganti. cuma satu.

kini aku mula mengerti. kenapa mama ingin aku jadi yang terbaik. kakak, nada paham. abah, terima kasih. sebak. bukan niat aku untuk melawan kehendak mereka. cuma dulu aku belum mengerti. maaf.

dunia. kau semakin tua. kami juga.

cepatnya masa berlalu. macam baru semalam aku cuti sekolah. oh lupa, masih budak sekolah. tapi berlagak macam dah tua. euwks. kerja sekolah aku tak sentuh langsung. kalau nak aku terus terang, aku lupa ape kerja sekolah yang cikgu bagi. :\

insyaAllah malam aku siapkan. macamana nak jadi murid yang pandai and membanggakan mama n abah kalau buat kerja sekolah pun malas. macamana nak dapat dslr.

bye.
sayang zizan razak.

Hai kawan.

hai kawan. jangan kau cepat sangat terpengaruh dengan arus deras dunia. jangan kau cepat sangat percaya dengan kata2 manis lelaki. hai kawan.

hai kawan. sekarang dah malam kenapa kau tak tidur lagi. oh ya aku tak mengantuk sebab tu lah aku tak tidur. kadang manusia mudah percaya dengan kata2 yang dilemparkan. kerana manusia kadang berpegang pada janji, dan mula taat setia. sanjung menyanjung.

kawan. itu hakikat dunia. kau perlu terima. tapi jalan kau yang tentukan sendiri. samada kau mahu yang baik untuk kau, atau jalan yang sebaliknya. hidup mati jangan kau persoal. bukan urusan kau. cuba menjadi yang terbaik sudah cukup.

ingat. jangan kau terlalu mudah percaya dengan kata2. bukan semuanya baik. tapi jangan pula kau sentiasa bersangka buruk. hiduplah seperti biasa, jadi seperti kau yang biasa.

oh, aku tak mintak untuk kau mengikut arus deras peredaran dan perubahan zaman. cuma kau perlu menerima hakikat yang terpampang di depan mata.

hesh. cukup.

ha ha ha. sudah. berhenti bermonolog kawan. aku tahu kau tak boleh lelapkan mata. tu lah sapa suruh tidur lambat, padan muka hang. haktuih,

amacam wa sudah touch-up sikit blog. tak banyak. oh, aku nak lupakan kenangan silam. jangan tanya ah kenapa aku boleh tulis cam tu. idea tetiba muncul dalam pale hotak.

tidur nyenyak, jangan mengigau. jangan lupa bangun awal solat subuh. gosok gigi. mandi. online? oh bukan, kau kena buat kerja sekolah. esok sekolah.

aku rindu sekolah. aku tak nak sekolah. ahh! itu hakikat. terima lah. kau pasti akan rindu kan sekolah tak kira apa. jangan tipu diri sendiri kawan.

selamat malam. aku sayang zizan razak.

Saturday, June 11, 2011

KL Gangster.

Assalamualaikum. Apa macam cuti panjang best? Cuti sudah habis bro. <-- Sape tengok cite KL Gangsta tahu ah ayat mane dalam cite ni. Sumpa gempak sangat cite ni. Eceh, siap sumpa bagai. Tadi layan tengok cite ni. Abang2 gangsta dalam ni badan sume tough. Tak sume ah, yang si Bajai ke hape tah nama dia tu yang geng ngan Dragon tu tak, Shark pun tak.

Wa tabik ah sama lu Shark a.k.a Syamsul Yusof, sumpa gempak k. Dalam wayang tu, time Zizan (pakwe wa) buat lawak habis satu panggung gelak. Hahahahahaha. Yang tak leh blah ayat dia dalam tu time dia kata --> "Susah betul ade enjin ferrari ni." and "Keta wa da jadi barbeque!!". Sangat tak leh bla pakwe wa sorang ni. hohoho, hensem ah dia. KURUSSS.Tapi perut boncet. xD



Lepastu dalam ni kan ade babak yang Zizan mati kena tikam dengan Shark tu kan? Kay, sebelum tu aku dah rasa da cam Zizan nak mati. Tahan sebak weh. Last2 wa nangis gak, SEDIH KOTTT. :'< Kalau dia mati betul2, eh tak tak. Tak de makna. Syamsul matikan watak dia dalam cite ni sebab dia kan banyak lagi aktiviti. Maharaja Lawak n macam2 lagi etc.

Overall cite ni memang best. Aku bagi 5 bintang. Better kalau korang nak tengok cite ni minggu depan kot. Sebab orang sangat ramai. Panggung tadi pun penuh. Nak beratur masuk dalam panggung pun sesak. Rasa cam nak tengok je sekali lagi cite ni tapi tak nak nangis untuk kali ke dua. Sedih k time Zizan mati.

Action dalam ni sume gempak2. Jai a.k.a Ady Putra sangat hensem. Badan tough nak mampos, macam abang dia Malek a.k.a Aaron Aziz. Aku jeles time Aaron kena peluk dengan mak dia. EEEE, best nya. Da ah badan tough, hensem plak tu. Duyai, cair k. I teringin nak kawin dengan abang hensem dan tinggi dan juga badannya tough. Zizan da makin tough oke.

Tapi aku tak nak kawin ngan retisss, euwks. Nty terkenal plak ah kan, ape2 kita buat sume tahu. Kontrovesi lah, macam2. Ok, tidak kelakar pun. Korang tenga baca ke? HOMAIGOD, terharunya. Kay tu melampau. Btw, KL Gangster ni ade KL GANGSTER 2. Tahukk dop? Eh, aku dah kata en.

Aku nak bagi tahu ni, kalau aku pakai earphone kan . . . aku sakit telinga bila pakai earphone belah telinga kanan. Jangan tanya ah kenapa kan. TOYAII. Euwks, bahasa cam minah rempit. YEKSSSSSSSS, pe aku merepek doe. Oh, tadi aku chat ngan kazen kesayangan muah muah tu.. Weh, kalau kau baca ni. Bila kau nak datang ruma aku? Nty sleepover sama2.

Ikhlas dari saya Nada (Peter Pan) yang menulis dan sayangkan Zizan Razak. Jangan jeles, kalau jeles cakap.

tadi mama kol kata ade orang jual beg domo tapi time mama sampai baru je habis. patu mama kata nty mama cari lagi, terima kasih mama. sorry ah sebab kadang2 nada tak suka mama. TAPI ANAK MANA YANG TAK SAYANG MAK. kan aaron aziz kacak hensem? tapi tak boleh ah kalah zizan, zizan tetap dihati.

Bye. :*

Friday, June 10, 2011

KL Gangster rawk! Movie gempak 2011.

Assalamualaikum. Hai korang sume, sorry ah semalam post macam berterabur kebabom sume en. Sebab semalam memang tak tahu nak cerita hape. Satu hape pun tak tahu nak cite ape. K dah eh? Hohoho. Today nak cite pasal KL Gangster. Ops! Aku belum tengok lagi kay cite tu tapi nak tengok gila sebab ade Abang Long Fadil berlakon, hahahaha. So, korang tak kisah en? wekk. ;p

Eh jap sebelum tu. Semalam aku layan Omegle, lepastu abang wa tak bagi layan Omegle sebab tak elok. Ye ah, aku kan webcam. Bla3, dia bagi ceramah ape sume. Lepastu aku bukak ah Cleverbot, kay cam bangang je aku chat ngan menda alah pe benda tah ni. Korang try ah chat ngan dia. Pakai bahasa melayu suda, dia paham. Sume bahasa dia boleh. LOL. Aku dah start pakai LOL sebab abang aku aja. Pft ah kau, hehehe.

Kay, sambung balik pasal KL Gangster. Aku malas doh nak type perkataan Gangster banyak kali. So, aku cakap KL ke lah eh? Aku ade cakap ngan mama n abah aku nak tengok cite ni. Kay, dah lama dah aku kata dekat mama n abah aku nak tengok cite ni. First of course ah sebab Zizan belakon. Lepastu, aku dah tengok dia nye The Making Of. Bapak gempak doh. Sebab tu ah aku nak tengok. Bahasa dia memang cam ____ sikit en. Tapi tak pe ah. Gempak pe weh.

Aku tahu cite ni ade bukan dari tv. Mula2 ah, sebab aku tengok dekat Pawagam ah. Haritu aku nak tengok cite Kung Fu Panda 2 yang tak jadi tu. Pastu aku tengok2 ade cite pe lagi, nampak ade cite ni. KL ni ha. Lepastu aku nampak Zizan belakon, pheww. Can best pulak ah kan. Lepastu tengok pelakon2 dia. WALAMAK! Hensem mak ai. Lagi2 Aaron Aziz.

Tadi aku chat dengan Azfar pasal KL and macam2 lagi ah kan. Lepastu haritu chat ngan dia pasal gshock, pasal supra. Pasal macam2 pasal ah kan. LOL. Tengok tu aku pakai LOL lagi, gedik ah kau Yusuf, sape suruh ajar aku. Dush dush. Btw, Azfar kata KL Gangster ade yang kedua punya. Aku tak sure ah samada aku pi tengok yang kedua ke tidak sebab aku nak periksa kan. Kalau cite tu keluar tahun depan memang boleh sangat ah aku tengok. Kalau akhir tahun ni tak tahu ah.

Hai abang Zizan, kita LOVE abang Zizan ah. Abang Zizan LOVE kita balik kay? Hikhikhik. Jangan marah kay Juliana Evans, denga cite kak Ju couple ngan abang Zizan eh? FINE AH KAN. Tahu ah omey kan abang Zizan tu, kau pulak cantik kan. DAH! FINE! Hehehehe, aku sayang dia kay. Tak yah sebok. Wek. :p


Bye.
Peter Pan sayang Abang Long Fadil.

Thursday, June 9, 2011

Abang Long Fadil, Zizan Raja Lawak.

credit to Hasya.

Assalamualaikum, hiks. Hai korang sume. Harini rasa macam nak tulis panjang gila kalau boleh kasi penuh satu blog ni sampai korang lebam mata dah tak larat nak baca. Tipu je. Sebenarnya aku nak cerita pasal LOVE. Kay, maksud aku CINTA. Tapi rasa cam tak patut je sebab aku budak umur 12 tahun yang tak pernah sedar diri dia 12 tahun. Hiks.

Sekarang ni aku tengah layan lagu depat dalam MP4. Walaupun tak bukak MP4 sebab tengah dengar dekat Laptop. Sebab tadi baru je lepas donlod lagu (adik aku kata download tu donlod). Korang ade tak lagu pape yang best yang aku boleh donlod. Tanye je~

Aku tak tahu lah nak update aku sebenarnya. Aku nak update pasal LOVE. Kay, kita memang gedik. Sorry!!! :'< Nak nangis. EEEE. Nada, gediknya kau. Eh silap, Peter Pan. LOL. Eh, sedap pe nama Peter Pan. Lepasni panggil ah kita Petter Pan pulak. Tak lawak.

Aku dah edit blog ni sikit. Dekat bahagian LOVE tu. LOVE lagi, asyik2 LOVE. -.- KFINE!!! Aku rasa kan macam nak . . . ergh!! Aku lupa. Ade sape2 tak boleh bagi idea nak aku update ape. (Eceh kau Nada, bajet hot lah kan konon ade orang yang nak baca blog kau. BLAH AH NADA. BOOO!! BOIKOT) Aku serious ah.

------

Ok, aku nak sentuh bab melampau sikit ni. Lepas ni mesti penuh komen aku ade orang nak kutuk or perli bla3 lah kan sebab tetiba aku cakap camnih. Sebab aku ni kan budak 12 tahun yang tak tahu pape. LOL, aku bukan budak. Kbye. Ok, tak nak bye lagi. Nak sambung lagi.

Aku selalu nampak dekat Facebook yang korang ade letak gambar pegang tangan bersama awekss yang cun. Lepas tu kiss. Alololo, SHOO SHUWET LAH KORANG NI. Lepastu kan lepastu kan, ade gambar tu yang elok manis bertudung. Alamak! Muka punya lah cantikss. EEE, suka nyaaa! Hihihihi. Lepastu dah ah kurus badan cam ikan kering, pakai seluar fit. FUYOOO!! Ketak iman wa tengok. Ye! Alala sukenyewwwwwwwwwww!!!! euw.

Lepastu kan awak, yang tengok gamba awak tu like beratus. Kita jeles ah tengok gamba awak yang meletop kebabom tu ramai gilos like. Kita jeles kay. Aku tak nak cakap banyak ah sebab mesti ramai sekarang aku pasni. Aku tak kisah, dosa bukan aku yang tanggung. Aku tengok pun, alala sweet gila. Bila lah aku ngan pakwe aku nak jadi camnih pulak kan. Amik gambar sama2, sebelah2. EEEE, sweet kay.

Hai awak, kita tak kisah dan tak nak marah awak. Sebab kita rasa macam kita ni 2x5 je pun. Tapi kita rasa macam ... entah lah awak. Kita nak jujur dan terus terang, tapi takut ade orang berceramah dekat tempat komen pulak pasni. Aku pun macam korang letak gambar konon omey dekat Facebook lepastu berjuta nampak gamba aku lepastu like.

Lepastu kalau yang dah jatuh cinta dengan kau tu kau nak buat camne? Tetiba kalau dia mintak couple. Mintak benda yang tak senonoh, kay jangan pikir lain Nada. Astagfirullah. Kay, aku dah melampau sampai terlajak kesudah. Kay, mesti korang tak paham pe aku cakap. K diam.

EEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE. Rasa cam nak delete je semua gamba yang ade kat FB tapi rasa sayang sebab dah banyak orang like. LOL. Abang aku cakap, ... Aku dah lupa dia cakap pe. -.-

Kalau tempat komen aku tak penuh pasni siap korang. Aku nak merajuk tak nak update sampai setahun. Ha! Padan muka. Biar korang rindu aku. Sape suruh tak nak komen. Pasni biar komen panjang2 auw? Contoh -->

EEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE. SUKANYEWWWWWWWWWWWWWW KITA BACA. UPDATE AH LAGIKKKKKKKK. HIKS.

Ade paham? xD Aku tak sabar nak tengok KL Gangster, sedara aku dah tengok dah cite tu. Rasa macam nak bunuh je dia sebab dia dah tengok awal lagi dari aku. BOOYAH Naimie. EEE, menci kau. Kau selalu tengok wayang awal kan?

------

Aku tak tahu dah nak update ape. Aku saje je tulis camnikk supaya post ni jadi panjang so then korang penat nak baca sampai lebam sume lah kan. Kan aku ade mention kat atas tadi. KAY, TIPU.


bye.

Wednesday, June 8, 2011

Deep Conversation.

Aku: "Hai. Kenapa kau online lambat harini? Aku tunggu kau lama tahu tak . . . "
Dia: "Sape suruh kau tunggu aku online."
Aku: "Sebab aku sayang kau."

1 minutes and no respondssssss.

Aku: "Kenapa kau selalu senyap and tak pernah tanya aku pape?"
Dia: "Aku nak tanya kau ape doh?"
Aku: "Tanya ah pape."
Dia: "Kau ni, aku nak main game lah."

10 minit aku tunggu kau.

Aku: "Dah siap main game belum?"
Dia: "Kejap lah, aku tengah perang ni."
Aku: "Ok, aku tunggu. :)"

5 minit.

Aku: "Kenapa kau selalu online sekejap sangat?"
Dia: "Bosan lah online, tak tahu nak buat ape."
Aku: "Habis. Kau duduk rumah tu tak bosan lah?"
Dia: "Entah."
*He is offline. You messages will be sent to his inbox.

Cet. Kau selalu macam ni kan, sampai hati . . .

------

Hai.
Kalau orang benci kita, kenapa kita menangis? Sebab kita sedih.
Ye, kenapa kita sedih? Sebab dah tak ada orang nak sayang kita.

Kenapa kita perlu sedih? Allah kan ada.
Allah selalu ada untuk kita, untuk sayang kita selalu.
Tapi kita selalu lupa Allah, bila susah . . . baru nak ingat Allah.

#Kenapa kita sayang seseorang tu sangat2 dan mengharap seseorang tu dapat terima kita. Setiap masa kita fikir pasal dia. Tapi dia? Korang pernah terfikir tak dia langsung tak pernah fikir pasal korang. ##Aku cakap je.

Kau harus tahu beza.

Kenapa menyampah bila seseorang cuba bermonolog? Salah kah dia. Hahahaha, teruknya bahasa aku. Sebab aku juga cuba untuk bermonolog. Konon . . .

Kalau disebut tentang kawan. Semua punya kawan. Bohonglah kalau kau kata kau tak punya kawan. Mampukah kau hidup tanpa kawan? Jangan buat lawak.

Ya, aku tahu Allah itu maha adil. Dia sudah menetapkan dari 100 ribu tahun dulu lagi apa yang bakal terjadi. Jangan kau sibuk urusan Dia, Dia itu maha mengetahui.

"Jika ilmu pengetahuan mu sudah berakhir dan engkau tidak mengetahui apa yang selanjutnya. Di situlah mulanya ilmu Tuhan. Ilmu dia tidak terbatas. Dia maha mengetahui."

Jangan kau soal kenapa jalan hidup kau begitu. Dia tahu, apa yang baik buat kau. Kelak, kau punya jalan cerita yang lebih indah. Percayalah, Allah itu Maha Adil.




Jangan kau cari aku hanya kerana kau ingin sesuatu dari aku.
Aku seperti orang bodoh yang dipermainkan.
Ya, aku maksudkan kau.
Tidak sedarkah?

#5 Tutorial, Remove subscribe to:Post Atom

Assalamualaikum, semalam ade orang tanya Nada kat FB camane nak buang subscribe to:Post Atom yang ade kat bawah sekali tu. Cam semak en? Ok.

  1. Sign in.
  2. Dashboard.
  3. Design.
  4. Edit HTML *tick expand widget

Search for this code:

<b:include data='feedLinks' name='feedLinksBody'/>

Ok? Delete kod tu. Dah siap. :) Bye.

Tuesday, June 7, 2011

Entah lah, tak tahu nak letak tajuk pe.

Assalamualaikum, hai korang sume. So macamana dengan Nada punya tutorial? Ok kan. Hehehehe, terima kasih jugak untuk sape2 yang dah tanye and mintak tuto. Kalau time bosan2 boleh lah buat jugak en. Hehehehe. :)


Day 30 - A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days.

  1. Kita dah mengaku dekat 'dia' yang kita dah suka dia and sejak daripada tu, kita and 'dia' rapat. :)
  2. Kita dah dapat ramai kawan yang baik2 and sudi kawan dengan kita.
  3. Dah belajar macam2 pasal blog, (sampai boleh buat tutorial. xD) macam2 pasal life. hehehehe

Yey!!!!! Tepuk tangan untuk kita sebab dah habis buat Challenge Days 30 ni. Hohohoho, bangga mak nyahh. Okayy, tutup cerita pasal Challenge Days tu sebab dah habis dah pun. Sekarang ni nak cite pasal blog, kayy. Pasal camane nak boleh start berblogging sampai sekarang. Bukan susah k.

Aku ingat lagi fess time aku berblogging, sumpah! Aku tak kisah ah blog aku buruk ke cantik ke. Asalkan aku ade blog. Tapi dulu, aku tak tahu pun ape kegunaan blog ni sebenarnya. Makin lama aku blogging, macam2 benda aku tahu. Daripada orang, daripada blog2. Ingat senang ke nak tahu. -.- Dulu, aku selalu tanya kak Baitil. Sekarang ni aku dah tak berapa nak rapat dengan dia. :<

Dulu, aku tak kisah ah blog aku ni ramai orang datang ke tak. Yang penting bagi aku orang follow blog aku. Patu bila aku fikir2 balik sekarang ni, buat ape orang follow blog kita kalau dia tak ikhlas. Dulu, bblog pertama aku...mane ade shoutbox. Kuno kan? Aku tak tahu pun shoutbox tu adalah satu benda asas untuk letak dalam blog. Pehh, kuno.

Sebelum apa2, aku nak cakap terima kasih dekat semua orang yang dah tolong aku macam2 dalam dunia blogging ni. Lagi2 blog yang tutorial korang berlambak gila babun tuh, thanks!! Sebab aku ikut je ape korang buat. Dulu jugak, masa aku dah up sikit dalam blog ni. aku still tak tahu lagi guna Edit HTML, sebab aku tak penah tahu menda alah tu. Yang aku tahu pakai Page Elements tu lah, dekat HTML Java/Script. Hehehehe, wa tahu wa kuno. FINEEEEE. :'<

Ok, tutup cerita. Harini aku duduk rumah bapak bosan pagi tadi sebab kat rumah tak de sape. Maksud aku, muka yang same je ah yang ade dekat rumah. Lepastu, sekarang ni (malam ni) ramai datang rumah aku. Sedar2 aku ah, sebab nak celebrate birthday abang sedara aku. Punyalah semangat semua kan nak datang. Tadi aku pegi dapur, nenek ngan mak long aku tengah masak mihun. Yang klako nya mak long ngan nenek aku letak mihun tu dalam besen besar nak mampos. Hahahahaha, sebab tak de bekas nak letak. Masak punyalah banyak.

Tengok gambar bawah ni, harini . . . wa menggedik jap. Lepastu bawah gambar ni ade video wa membebel sorang2 sebab bosan nak mampos. Hehehehe, sorry ah bahasa cam kasar an. Layan~~




Bye korang. Sayang korang.

Harini wa gaduh kejap ngan kakak wa. Dia buat wa nangis. Wa menci dia, tapi kadang2 je ah wa sayang dia. kbye

#Fourth tutorial, Blockquote.

Assalamualaikum, kita nak ajar camana nak buat blockquote korang jadikk cantik. Korang tak tahu ape tu blockquote? Kayy, blockquote tu macam ni;

Hai, nama kita Nada. Selamat berkenalan, jangan sombong2 lah weh.


Kayy, dah paham kannnnn? Bagus ah korang ni, cepat belajar. (aku cakap sorang2, euwww) Aku sebenarnya nak panjangkan ayat ni sikit supaya dia jadi satu ayat yang panjang, kayy ape aku merepek. Jom mula. Macam biasa, sign in blogger dulu. :)

  1. Design.
  2. Edit HTML
  3. *tick expand widget (kalau tak tick tak jadi weh, baik tick.)
  4. Cari kod ni --> .post blockquote { (ctrl+F untuk mudah)
Kalau dah jumpa tu tak payah buat muka. Paste kod bawah ni dekat bawah .post blockquote { tadi.

background:url(URL GAMBAR); padding:5px;
Border:2px dashed #00000;
colour:#FFFFFF}
blockquote:hover {
background: url(URL GAMBAR) repeat right bottom ;
border:2px dashed #000000;
-moz-border-radius-topleft: 10px;
-moz-border-radius-bottomright: 10px;
}



Lepas dah paste kod tu korang edit ah cam biasa. Kalau nak cari gambar comel2 boleh pergi SINI and SINI. Untuk colour code tu boleh pergi SINI. Senang kannnnnnnn? Kalau tak paham macam biasa, tak payah duduk sorang2 buat muka blur sebab tak paham. Boleh tanya dekat tempat komen or shoutbox or direct terus ke Facebook. Jangan lupa credit jugak kayy?

Satu lagi, yang dashed tu pun korang boleh tukar kepada dotted, dashed, solid, double, groove, ridge, inset, outset. Or pape je lagi yang lain, tu je yang aku tahu. Selamat mencuba. :)

Nak request pape tutorial ke? Boleh tanya dekat tempat komen, shoutbox or direct terus ke fb. Thank you fr reading oyeh. Hahahahahaha.

Bye korang semua, selamat malam . . . eh pagi. xD Pukul 1 weh!!

Monday, June 6, 2011

#Third tutorial, Background Sidebar Tittle.

Assalamualaikum. HAI KORANGGGG. :)

Harini kita rajin nak buat post manyak manyak kan, jadi harini pun kita rajin nak buat tutorial sebab Hasya tanya macamana nak bagi Sidebar Tittle tu ade kotak dan ade background belakang dia. Sape2 yang dah lama tak tahu camane nak buat, ha! Boleh lah belajar. Hope berguna kayy.


Untuk sape2 yang belum tahu ape tu Sidebar Tittle, korang boleh tengok gambar atas nihh. Kalau tak jelas, boleh tekan eh? Sorry ah, kita tak reti nak bulatkan sebab pakai picnik je. Hohoho. So, jom mula. :)

  1. Sign in. (macam biasa)
  2. Design.
  3. Edit HTML.
  4. Cari kod h2 { (tekan ctrl+F untuk senang cari)
  5. Dah jumpa? Okay, sekarang gantikan kod yang dekat bawah h2 { tu korang buang semua. Pastikan jangan ah buang sampai ke bawah. Korang just buang yang ade dalam bahagian h2 { tu je. Paham kan? :)
  6. Dah buang tu, gantikan dengan kod ni:
margin:1.5em 0 .75em;
text-align: center;
font-size:95%;
line-height: 1.4em;
text-transform:uppercase;
letter-spacing:.2em;
color;#000000;
-moz-border-radius: 40px 10px;
border-radius: 40px 10px;
background:url('URL Gambar')
}
Ok dah? Good. :) Yang URL Gambar dengan #000000 tu korang boleh tukar dengan apa yang korang nak. URL gambar boleh cari dekat sini. (TEKAN SINI) Untuk kod warna boleh cari kat sini. (TEKAN SINI).

UPDATE!!!
Kalau dalam Edit HTML korang tu banyak sangat kod h2 { and korang tak jumpa cari. Kayy, cuba cari kod ni --> /* Headings

Kalau dah jumpa kod tu, kat bawah kod tu ada kod h2 {. HA! Edit ah kat situ. :)

Lepastu korang tekan Preview dulu! Tengok jadi ke tak, kalau dah jadi...tekan lah Save Template. YEY! Dah siap pun. :)

Kalau korang tak paham boleh tanya dekat tempat komen bawah tuuuuuu. Kalau ade masalah or pape, Nada cuba tolong ah kalau boleh. Tutorial ni credit untuk Mania. Thanks dek. :>

Hope berguna kayy? Babai.
#muchlove