Sebagai seorang remaja yang normal, saya juga punya perasaan seperti remaja-remaja lain yang inginkan seorang lelaki kegemaran dalam hidup. Akan tetapi, risiko untuk mempunyai lelaki kegemaran ini sgtlah tggi. Apa dia? Mungkin, kita akan merinduinya atau mungkin setiap pekerjaan yang kita lakukan asyik teringatkan si 'dia'. Atau mungkin, apa-apa sahaja kemungkinan yang bermungkin.
Saya pun masih tak faham sebab dan musababnya untuk mempunyai lelaki kegemaran sedangkan Allah itu amat cukup bagi kita. Hm, mungkin dulu; saya juga punya lelaki kegemaran seperti yang lain. Ya, dan saya sedang cuba sedaya upaya untuk melupakan. InsyaAllah
Tapi, saat saya ingin melupakan. Ada yang hadir dalam jiwa. Tanpa disuruh, apalagi diundang. Macam mana ni? Allah, bantu aku :'( Aku tak mampu. Perasaan yang sememangnya fitrah hadir dalam jiwa mana2 manusia sekalipun. Perasaan ingin disayangi & menyayangi.
Bila fikir2 balik. Rugi je sayang orang yang belum tentu sayang kita. Walhal, kita masih punya mereka2 yang mampu kita sayang sepenuh hati. Siapa? Semestinya mereka yang halal buat kita. Ibu, ayah, keluarga & lain2. Kita juga punya sahabat2 yang sentiasa di sisi.
Allah, maafkan aku kerana mengharap cinta yang belum pasti itu; sedangkan kasih sayangMu lebih besar dari apa pun. Allah, maafkan aku kerana masih belum mampu istiqamah dalam jalan ini. Allah, maafkan aku kerana belum bisa jadi yang terbaik buat mereka2 yang patut aku sayangi. Allah, terima kasih buat segala nikmat iman & islam yang telah kau berikan; buat segala nikmat yang telah kau curahkan.
Allah, jadikanlah aku seorang manusia yang sentiasa bersyukur. yang selalu istiqamah. yang mampu membahagiakan kedua orang tuanya. yang tidak melukakan hati sesiapa. yang sentiasa tersenyum gembira pabila musibah melanda. kerana aku tahu Ya Rabb; segala musibah & ujian yang kau berikan itu, utk mengajar aku apa erti kehidupan yang sebenar.
Ya Allah, jika benar dia untukku. kau peliharalah hubungan kami. jangan kau cemari. Kau peliharalah dia Ya Allah. perjalanan ini masih jauh. jika kerana dia, aku leka dalam mengingatiMu. kau kikislah perasaan ini dari hatiku. Semoga Engkau selalu redha. Aamin