Wednesday, May 22, 2013

cukuplah; kamu,

Allah bagi kita sakit dulu,
derita dulu,
perit dulu,

supaya bila nanti;
kita dapat rasa betapa manisnya sebuah nikmat.

nanti.

Allah turunkan hujan dulu,
turunkan ribut, kilat, petir,
baru Dia munculkan sang pelangi.

biar kita tahu,
bagaimana peritnya rasa,
pedihnya jiwa,
sakitnya perasaan.

biar.

dan Allah tidak akan menguji hambaNya sesuai dengan apa yang dia mampu.
tak akan.
tak.

cukuplah; kamu,
menyeksa;
jiwanya,
perasaannya.

dia sakit,
pedih,
perit,
luka,
calar,
ya; dia.

dia.

Saturday, April 13, 2013

teknologi sekarang ~(-..-)~

Assalamualaikum. dah lama tak hapdet blog kan? sebab mungkin Nada rasa macam takde siapa nak baca blog ni. sebab sekarang ni kan masing2 dah sibuk dengan application baru. al-maklumlah, handphone semua dah canggih. teknologi pun dah bertambah maju. kemudahan pun dah banyak.

macam sekarang ni kan, mana main dah mesej2 ni. sebab apa? Whatsapp kan ade! weChat, chatOn, viber, bla bla bla. sebab benda tu sume kan free? tak perlu duit. dan masing2 pun ada wifi dekat rumah. jadi, mudah la.

dan sekarang ni pun kalau nak update berita terkini pasal diri sendiri, xdek nye nak guna blog dah. ada, tapi jarang la. sebab kalau dekat blog kan kene type berjela-jela. em.. yeke? dan lagipun, disebabkan dah banyak apps, blog ni sendiri tak terlayan dah. orang pun dah tak ingat nak bukak. lainlah kalau bloggers famous amos meletop kebabom tu. mestilah ada yang nak baca. kalau 'blogger' macam kita2 ni?

lagipun....

Instagram kan ada. kalau nak update gamba kite sekarang dekat mana etc aplod je gamba, tarok caption, tarok location.

kalau blog? nak kene transfer gamba dulu dari kamera. nak edit2 lagi. nak type dkt blog lagi. blablabla....... tak mcm dekat fon en, skrg apps untuk edit gamba pun dah banyak. dan sume tu lawa! lagi2 vsco.......

jap3!!! apa motif aku type sume ni senanye?

Saturday, March 9, 2013

PRU 13

saya bukan nak berkempen disini.


tidak.
sama sekali;
tidak.


cumanya;
semoga nanti,
yang menang undian,
adalah parti yang selayaknya.


senyum.


yang adil.
yang mampu memerintah berlandaskan Islam.
dan yang paling penting;
yang sentiasa meletakkan Allah nombor satu.
tak kira apa; walau dimana.


senyum lagi.


"One day, our ummah will rise."


:)

Friday, March 8, 2013

kalau orang nak cakap kita sombong?

"kita hidup atas dunia ni untuk siapa?"

diam.

"kita hidup untuk Allah."

diam lagi.

"jadi, kenapa kita mesti kisah tentang apa yang orang cakap pasal kita? kita hidup bukan untuk cari redha manusia. kita hidup atas muka bumi ni, hanya untuk mencari redha Allah."

angguk. faham.

"biar apa orang nak kata tentang diri kita sekalipun. yang penting, kita tau kenapa. kalau orang nak cakap kita sombong? biarkan dia. orang nak cakap kita berlagak? biarkan dia."

"ingat, kita hidup bukan untuk cari redha manusia. redha Allah tu yang utama. biar satu dunia nak benci kita, yang penting kita tau; Allah redha. insyaAllah."

"wallahu a'lam."

dia berhenti menulis. berfikir sejenak. betul apa yang ustazah kata.

sengih.

Thursday, February 28, 2013

Trip to Mesir 2013

Alhamdulillah. 10-18 februari haritu family Nada & family pakteh pergi mesir. tujuan utama nak pegi Mesir tu pakteh nak tengok konvo kak Madihah (anak pakteh) & abang Syafiq (suami dia) so kitorag ni pun nak ikut sekali sebab kak Huda kan dekat Mesir. alang2 dah pergi tu boleh jumpa kakak terus.

bla3..... memang seronok sangat! sebab trip kalini pegi Mesir rasa lebih santai. yelah, sebab pergi dengan family SAHAJA kan. sume kak Madihah, abang Syafiq & abang Muaz (anak pakteh yang belajar dekat sana jugak) yang uruskan. memang lepak je. takde terkejar masa sangat. sebab sebelum ni Nada alhamdulillah penah pergi Mesir jugak. tapi dengan travel agent. rasa lagi best pegi kalini la :p

& alhamdulillah kitorang semua berpeluang pegi Sinai.

sangat penat.
separuh hari dalam bas siap kene eskot bagai dengan kete kebal sume. Nada duk dalam bas dah cuak je dengan minyak tetibe takde tengah padang pasir. Allah.....

tapi Alhamdulillah. semuanya berjalan dengan lancar! ;)

one of the family potret. Fayyum Musa (kalau xsilap)

dan masa dekat tempat ni kan (yang dalam gambar atas ni) rasa macam sekeliling kitorang ni sume macam wallpaper je. subhanAllah! tak terkata betapa indahnya pemandangan. & kitorang siap main luncur pasir bagai sampai kasut penuh dengan pasir je hahaha

Alhamdulillah.
:)

Wednesday, February 27, 2013

random lifeee

entahla.
terasa macam nak update blog lagi.

rindu kot.
mungkin.
:)

walaupun mungkin xdek sape yang baca. ya, tapi mungkin satu hari nanti aku boleh bukak blog ni dan baca apa yang pernah aku tulis dulu.
haha... maybe

banyak je mende yang jadi sepanjang aku tak update ni. ofkos la.
cuma sekarang tak bape nak bukak laptop sangat.
hari sekolah? lagilah. abah say "no"
so, its a really; no.

baby canon (terchenta) ((lah konon)) pun tak bape nak sentuh dah.
sedih.

:/

since i'm in form 2, this year.
for me,
it was a struggle year.
tak sangka form 2 pun banyak keje.
atau,
aku je yang rasa banyak?
atau,
sebab kami batch pertama pbs?

kadang tu kesian jugak tengok cikgu2 sume pegi kursus jauh2 semata untuk pbs kitorg ni je.

haila.....

tapi en,
seronok lah kot takde pmr.
hahaha
even pbs lagi susah.
sigh
:|

dan,
Alhamdulillah.
for everything.
every-single-thing

i have my parents to support me,
my friends of course,
my beloved teacher :)
and everyone around me dat always support me & love me (the way i am) ((maybe))

hahahha

am i try to speak english here?

wattttt?!!!??!!!!
HAHAHAHAHAHHA