oh, dah tua rupanya aku,
tahun depan dah form 2.
*sigh*
aku perlu semat dalam hati,
aku punya azam yang tersendiri.
tahun depan;
tak boleh main-main dah.
belajar sungguh-sungguh.
membazir betul modal yang mama & abah keluarkan.
untuk aku.
ye, untuk aku sorang je;
pun dah cecah ribuan ringgit.
nanti,
ape yang aku bagi?
kosong.
takde ape.
kau boleh bayang,
kalau kau jadi ibu ayah; nanti.
kau keluarkan modal yang tinggi,
& harapan kau pun setinggi langit;
namun apa yang diberi sebagai balasan?
kosong.
punah. hancur.
perit bukan?
nah, seperti itu jugalah perasaan ibu ayah kita.
*sigh*
cukuplah.
cukuplah setahun yang perit,
setahun yang ajar aku macam-macam.
ajar aku kuat,
ajar aku faham.
hidup ni;
mesti punya matlamat.
ya, mesti.
biarlah aku berlajar sungguh-sungguh dulu macam kakak;
baru boleh pasang angan-angan sampai ke bulan.
kalau keputusan pun warna merah bersepah, ape guna?
takde sape nak.
akan ada pada suatu nanti;
aku mahu jadi kebanggaan ibu ayah.
memegang segulung ijazah.
sebagai bukti, hasil titik peluh mereka;
bukan sia-sia.
itu,
sebagai ganti.
dan nanti,
biar mereka menangis;
gembira.
dan tersenyum sambil berkata;
"ini, anak aku. ini; yang aku mahu."
dan nanti,
aku mahu bawa mereka meronda;
satu dunia.
dari hasil titik peluh aku sendiri.
ya, itu;
sebagai ganti.
dan juga bukti.
bahawa modal yang mereka keluarkan;
dulu.
bukan sia-sia.
insyaAllah.
mungkin,
semua apa yang aku perkatakan disini;
terlihat seperti sebuah angan-angan kosong.
nah.
seorang doktor yang berjaya pun;
semuanya bermula dari angan-angan nya yang kosong.
kan? :)
2:10 AM
28 Dis 2012
Nada.