Friday, January 31, 2014

"eee kenapa dia pakai tudung pendek"

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, harini saya dapat menghirup udara segar. Kenapa saya cakap udara segar? Sebab saya sekarang ni, alhamdulillah, dah selamat sampai kampung! Wohooooo siapa tak excited? Hahaha cut it. 

Persepsi saya pada orang yang pakai tudung tak berapa nak cukup kain (mintak maaf ye cakap macam ni kalau ada yang terasa) masa saya mula2 masuk sekolah Semi Abim dulu, (masa tu  saya tingkatan 1) macam, "eee kenapa dia pakai tudung pendek" "weh ko tak tahu ke pakai tudung camtu tak boleh" dll lagi. Setiap kali saya lalu sebelah, atau nampak orang yang pakai tudung singkat, automatik hati akan terdetik macam tu. Mungkin sebab sekolah saya mewajibkan pakai tudung sekolah labuh, lepastu bila saya pakai tudung labuh, tetibe saya rasa macam aku dah cukup baik dari korang sume. Camtu lah kot.

Tapi jahilnya saya dulu, menilai orang suka hati camtu je. Allah. Padahal diri sendiri tak sedar sebenarnya, masa dulu saya lagi teruk dari tu. Pernah satu hari, dulu, saya cakap dengan kakak saya, "kak, ngape lah dorang pakai tudung camtu, kan tak elok nampak apa yang tak perlu, tak reti nak beli tudung labuh sikit ke, tak ada duit ke nak beli, hish, pelik2 lah dorang ni." Kakak diam. Kakak pandang je saya, pastu kakak cakap, "Nada, tak baik, cakap orang macam tu, kita tak tahu, dia hidup dalam persekitaran macam mana, orang sekeliling dia macam mana, tak elok cakap camtu, jangan sebab kita ni dah pakai tudung labuh dari orang lain, suka hati kita je nak cakap macam tu dekat orang lain, kita tak tahu, entah2, nanti dia lagi baik dari kita."

Sentap.

Betul, saya sentap sangat. Tapi sentap ni lah yang bagus kan sebenarnya? :) Masa tu baru rasa macam, ya Allah, haahlah, kenapa aku nak suka hati je cakap macam tu, sedangkan diri sendiri pun macam tu dulu. Dan kakak cakap, bersyukurlah Allah letak dalam hati Nada, untuk pakai tudung labuh. Allah.

Dulu, saya teruk. Pakai tudung pun tak cukup. Sedangkan, kakak saya pakai tudung labuh. Dia tak pernah pun marah saya, kenapa pakai tudung tak cukup. Takde pun paksa saya suruh pakai tudung labuh. Takde. Tak pernah langsung2. Sungguh.

Tapi alhamdulillah, aturan Allah tu cantik sangat. Kalau saya tak masuk Abim, saya rasa saya tak terbukak hati pun nak pakai tudung yang (takdelah) cukup kain (sangat). Saya bukan nak cakap saya dah cukup baik, tak. Saya sendiri pun banyak lagi yang tak betul. Tudung saya pun takdelah labuh macam kakak, macam yang lain. Banyak lagi yang kena perbaiki. Tapi, kita pelan2 kayuh la. Mana boleh dari merangkak, terus berlari.

Saya betul2 respect dekat orang yang, dia tak sekolah agama pun. Tapi cara dia berpakaian, masyaAllah. Nak kata tu, sejuk mata memandang. Macam mana istiqamahnya dia dalam sesuatu perkara yang dia buat, lillahi ta'ala. Hebat orang ni. Ramai je saya jumpa, orang yang dulunya macam 'tu', tapi Alhamdulillah, sekarang ni, seorang yang hebat. Cantik dan sopan dalam berpakaian. Macam mana Allah tu Maha Membolakbalikkan hati2.

:)

Sekarang ni pun, saya masih merangkak. Belum sampai tahap berdiri pun. Kalau saya ada salah, tolong tegur saya. Kalau saya tak betul, mintak betulkan saya. Kalau saya jatuh, tolong, angkat saya. "Syurga Allah tu kan luas, tak kan kita nak masuk sorang2 je? Mestilah nak tarik orang lain sama."

Konklusinya, kita memang berhak untuk menilai seseorang, sebab kalau bukan orang lain, siapa lagi yang nak betulkan salah silap diri kita, yang nak tegur kita. Sebab kita tak kan tahu kelemahan dan kekurangan diri sendiri kalau bukan ada orang yang tegur. Tapi, bukanlah dengan cara mengkritik atau menghentam seseorang. Nasihat dengan penuh berhemah, doakan dia supaya Allah bukak pintu hati dia. dan hati kita juga, untuk terus istiqamah. Insyaallah.

Assalamualaikum, x

Thursday, January 30, 2014

Life is about fighting to be a better person than who you are before

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sepatutnya nak post benda lain, tapi takpelah, tangguh dulu, sebab terasa nak cakap pasal benda lain pulak.

Macam post yang lepas, saya ada tulis, life is about fighting to be a better person than who you are before/yesterday. Dan rasanya ramai antara kita yang selalu dengar ayat, semoga hari ini lebih baik dari semalam, dan esok lebih baik dari hari ini. Hari2 sebenarnya kita kena usaha untuk jadi yang lebih baik dari yang sebelum ni. Apa definisi baik? Baik ialah kalau kita hidup dalam aturan yang dah ditetapkan oleh Allah. Tidak buat perkara maksiat dan sebagainya. dan orang yang baik tak akan cakap dia baik, dan sebab diri kita sendiri pun tak tau sama ada kita dah cukup baik atau belum.

Life is about fighting to be a better person than who you are before.

Saya selalu cakap dekat diri saya, jangan tinggal solat, dengar cakap mama abah, jadi anak yang baik dan dengar kata, istiqamah buat sesuatu perkara, rajin2kan lah diri buat kerja rumah, kerja sekolah, study, dalam kelas beri tumpuan sepenuhnya, belajar tu kerana Allah, hormat cikgu, sayang cikgu, selalu mintak maaf kalau diri sendiri buat salah, jaga percakapan dengan kawan, jangan mencarut, dll. Selalu sangat pesan. Hari2 sebelum pergi sekolah cakap depan cermin sorang2, selalu. Dan saya selalu jatuh.

Sedih sebenarnya tengok diri sendiri, nak berjaya, ye, memang semua orang nak berjaya, termasuk saya. Nak dapat semua A dalam periksa, ye, nak jugak. Nombor tinggi dalam kelas, mestilah nak kan. Tapi, usaha? Selalu marah dekat diri sendiri. Kenapa tak boleh jadi macam kawan2 yang lain? Kenapa pemalas sangat nak belajar ni? Kenapa selalu sangat menghadap internet? Kenapa tak boleh jadi rajin? Cemburu sebenarnya tengok kawan2 yang hebat. Periksa dapat markah tinggi, solat dhuha tak tinggal. Cemburu sebenarnya. Selalu rasa macam, kenapa tak boleh jadi macam dia orang? Kenapa kawan2 yang lain boleh tak online, kenapa saya tak boleh jadi macam tu? Kawan2 yang lain boleh belajar dekat rumah, kenapa saya tak? Kenapa pemalas sangat? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Tapi berjaya, nak.

Dan sungguhlah, life is about fighting to be a better person than who you are before.
Assalamualaikum, x


Saturday, January 18, 2014

Confession

Walking through my old posts,
read all the comments,
read every single line of it,
my posts,
how active I was before,
here,
and I realized,
how much I changed;
to be a better person.




so please, I beg you, any of you who have read my past, or trying to find my past, forgive me, and please, don't judge me, as I were 'that' me, I have flaws, we all do, but, I'm very sure that, every single one of us really want to be a better person, right? aha, life is about fighting to be a better person than who you are before.

;)

and thank you so much to who ever who still love me for who I am and accept my flaws and guide me to be a better person, everyday day, you're the best and may Allah bless you for your kindness, hugs, Assalamualaikum, x

Friday, January 17, 2014

Tips untuk travel


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Setiap kali nak mula post mesti tak tau nak mula dengan ayat apa dulu, padahal dalam kepala dah siap karang dah nak taip apa, isi apa dalam post blablabla, cumanya bila nak mula post tu je ha tak tau camne nak mula. Cuma yang paling penting, tadi saya tengok gambar2 lama dekat laptop ni ha, terjumpalah gambar2 masa pergi Mesir tahun lepas, bulan 2. Dan saya pulak memang takde cerita lagi pasal trip pergi ke Mesir tu, tambahan pula, memang saya nak share tips kalau nak travel :) Tak adelah tips sangat pun, cuma saja nak share ilmu yang sikit ni.

Mungkin sebab sebelum ni malas nak update blog kan, jadi tak banyak pun gambar yang saya upload dekat blog sepanjang berada di Mesir. Tapi syukur Alhamdulillah, dapat merasa pergi Sinai. Peh, perjalanan nak pergi Sinai dari Kaherah? Memang jauh, lagi jauh dari Selangor nak pergi Kelantan. Adalah dalam separuh hari duduk dalam bas sahaja, dapat pulak kerusi yang memang tak seronok nak duduk, huhuhuhuhu T_T

Dalam post yang ni saya ada cerita sikit lah, sikit aje, gambar pun sekeping je letak hahaha kedekut & malas punya pasal kan masa tu. Jadi harini sebab terlebih-lebih rajin dia, jadi, marilah kita. Sambil2 tu, saya share lah apa yang patut, Insyaallah! Semua gambar yang saya akan upload ni, daripada kamera phone, jadi kualiti gambar tak seberapa lah, dan gambar pun tak banyak (walaupun banyak sebenarnya tapi tak boleh nak lawan gambar dalam kamera la hehehehehehehehheheheheh) oh dan kalau tak ada masalah, saya nak share video jugak!

#1 Berapa helai baju kena bawak ek? Hari2 kena pakai baju lain2 ke?
Berapa helai baju yang nak kena bawak bergantung kepada berapa banyak hari kita ada dekat situ. Contohnya macam saya, saya pergi Mesir 8 hari macam tu jugak rasanya, ataupun tak sampai 8 hari, seminggu jugak lah, sebab lepastu pergi transit ke Oman pulak. Kalau kita pergi ke sesuatu tempat tu, seminggu contohnya, bawaklah dalam 3/4 helai baju sahaja, sebab kalau kita lama dekat situ, mestilah ada basuh baju jugak kan? Ataupun mesti nanti ada beli2 baju dekat sana. Takkanlah tak nak shopping kot? :p

Macam cuaca dekat Mesir masa tu boleh tahan jugak sejuk dia, (paling sejuk yang saya pernah rasa, 14 degree. Yang tu masa dekat Sinai, sejuk dia Masyaallah!) jadi, kalau dah cuaca sejuk, mestilah kurang berpeluh bukan? Kalau kurang berpeluh baju pun mestilah kurang berbau, ha, lagipun kan mesti kita pakai sweater ataupun yang seangkatan dengannya, jadi kalau kita pakai baju sama sepanjang dekat sana pun orang tak perasan punyalah, dalam gambar pun takkan tahu :p




#2 Tudung jenis macam mana yang nak kena bawak?
Hah! Ini soalan femes dikalangan kaum perempuan lah hopkossss! Kalau saya, saya jenis yang pakai tudung bawal & selendang. Tudung sarung ni jarang2 pakai, sebab kalau pakai nampak tombam sangat mak jemah. Jadi, saya ambil langkah selamat untuk pakai bawal lah hahaha. Sepanjang saya dekat Mesir tu saya banyak bawak tudung bawal, sebab rasanya memang tak ada kot bawak selendang. Tapi saya cadangkan, kalau nak travel, mudah bawak selendang & tudung sarung (bagi yang memang pakai tudung sarung) Sebab kenapa kena bawak selendang???????? Bukan ke selendang tu leceh nak pakai?????? Lambat ah saya nak bersiap nanti!!!!!!!!

Hahahaha rilek dulu, camni, sebab kalau bawak selendang, tak perlu nak gosok sangat. Betul tak? Sebab kalau bawak tudung bawal mesti nak gosok punya! Sebab kalau kedut camne nak pakai? Tapi lainlah kalau ada yang pakai tudung bawal tu sebagai selendang, kan? Alah, sekarang kan macam2 trend hahaha. Tapi lebih selamat bawak selendang lah saya rasa. 1st, takyah nak fikir kedut2 bagai. Lagipun, korang bawaklah selendang yang tak mudah kedut. Tapi kalau nak bawak jugak tudung bawal, korang wajib kena beli iron untuk travel tu. Sebab kita tak tau kan samada hotel/rumah sewa yang kita nak duduk nanti ada iron atau tidak. Tapi lainlah kalau korang memang jenis yang lantak haku lah kedut ke tak janji aku pakai tudung kesah ape aku, gitu.




#Bawak kasut yang sesuai
Kasut adalah perkara yang paling penting kalau kita nak travel! Lagi2 kalau nak jalan jauh kan, macam shopping ke? Hahahaha tapi mana ada travelling yang tak jalan jauh -_- sebab mestilah kalau kita travel kita nak tengok tempat orang kan, ye tak? Seksa weh kalau kita bawak kasut yang tak sesuai, sebab kita akan berjalan sepanjang masa. Pastikan kasut tu tak terlalu complicated untuk dipakai dan dibukak. Contohnya macam kasut yang banyak gila tali berbelit-belit dekat betis camtu ke. Hah, memang tak lah! Nanti susah kalau kita nak tanggal kasut tu masa nak ambik wudhu' ke, atau nak masuk kedai yang kena bukak kasut. Betul tak? Hah, jadi konklusinya bawaklah kasut yang sesuai dan selesa.



ni bukan anak orang Mesir ye hahaha


#4 Bawak beg yang sesuai
Maksud beg yang sesuai di sini ialah, beg sandang atau handbag yang kita akan bawak sepanjang kita travel tu, nak2 lagi kalau travel jauh macam pergi overseas. Ini untuk perempuan ye. (Tapi ada jugak kan lelaki yang travel bawak beg? Kalau yang ada anak tu hopkos lah si bapak kena angkut susu anak, pampers dan barang keperluan baby yang lain.) Kalau saya, maksud beg yang sesuai disini ialah yang selesa kita bawak, yang tidak terlalu berat, yang tidak terlalu besar dan terlalu kecil, yang boleh simpan barang2 keperluan. Jangan jakgi ko gi bawak beg yang kecik muat masuk dompet je, memang tak ah. Mana nak campak barang2 lain? Bawak beg yang besar sangat pun tak boleh jugak sebab kalau beg tu terlalu besar, nanti bila terlalu banyak sangat barang ko campak dalam tu, beg akan jadi berat dan tak selesa nak bawak. Saya pakai beg ni masa dekat Mesir, saya pun tak tahu kenapa saya bawak beg ni, beg ni kecik je tapi mungkin sebab kain beg ni lembut lepastu muat masuk barang2 yang saya bawak masa tu kot?



Oh hah! Lepastu kan tips tambahan, kalau kita pergi negara orang kena berhati-hati, lagi2 kalau kita bawak beg sebab takut kena ragut dsb kan. Pastikan sepanjang masa pegang beg kuat2. Kalau bawak beg jenis sling bag, tolong sangat2 silang beg tu dan letak di bahagian depan untuk lebih selamat, sebab kalau silang tapi letak dekat belakang pun tak guna jugak. Sebab kalau silang beg dan letak bahagian depan, kita boleh nampak kan apa yang berlaku kan? Hahahaha lagipun kalau nak ambik barang pun senang ;)


 


#5 Luggage
Kalau korang travel ke sesuatu negara tu tujuan utama untuk shopping, memang dah niat awal2 dah ni memang sampai sana nak shop till you drop kan, bawak baju 2 helai, tudung sehelai, seluar 2/3 helai je. Pastu ko shopping lah sampai lebam. Sebab apa? Yelah, ko bayangkan ek, kalau ko dah bawak baju sampai 5/6 pasang lepastu nak shopping lagi. Mana nak sumbat baju2 tu semua? Mana muat beg kan? Hah, dengan baju kotornya lagi. Mana nak letak? Jadi, bawak je baju sikit. Lepastu ko shopping banyak2, hahahaha :p oh, dan jangan lupa sediakan satu extra luggage! Sebab konpem beg beranak nanti, dan takyah lah nak kena beli beg baru.

#6 Duit
Kalau pasal duit ni, saya rasa saya bukan orang yang sesuai untuk cakap pasal duit ni sebab kalau travel jauh2 pun bukannya saya yang pegang duit. Cumanya, kalau kita pergi negara orang, pastikan kita bawak duit spare, sama ada duit Malaysia atau duit USD. Tapi kalau bawak duit USD lagi mudah nak tukar. Lagi2 kalau pergi Mesir, nak tukar duit Malaysia ke duit Mesir, susah. Jadi, untuk memudahkan urusan kita sendiri, bawaklah duit USD spare. Tukar siap2 dekat Malaysia. Lepastu bawak, kot2 kalau dah kering sangat tak ada duit, boleh tukar nanti :)




Terima kasih sebab baca sampai habis! You did it! Semoga ilmu yang tak seberapa ni, bermanfaat untuk semua yang baca! Nanti kalau rajin, saya update lagi ye esok hahahaha. Assalamualaikum, x

Thursday, January 16, 2014

Hlovate

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tadi saya tengok dekat bahagian edit post sebab saja2 lah kan nak tengok dah ada berapa banyak post, ada lah dalam 400 lebih camtu hahaha dan rupa2nya blog ni dah tua gak lah. Bolehlah tahan tua dia, sebab dah 4 tahun camtu lah? Post pertama, 30 Nov 2010 :) Diri sendiri pun tak percaya ui. Dan yang bestnya saya tak pernah tukar lagi link blog ni sejak 4 tahun yang lalu. Proud myself! Hahahah!! Sebab sebelum ni saya ada blog jugak pastu blog dulu tu suka sangat tukar2 link.

Hlovate, kan? Siapa yang tak kenal? Ok mungkin yang tak berapa nak minat baca novel tak kenal lah kot siapa Hlovate? Tapi rasanya ramai je yang kenal dia ehehehe. Setiap orang yang minat baca novel, macam saya, hopkos lah ada penulis kegemaran dia sendiri kan? Kalau saya mestilah Hlovate!! Tapi saya minat jugak Ustazah Fatimah Syarha, Hilal Asyraf dll sebab sangat ramai penulis lain yang sama2 hebat jugak. Cumanya, yang peberetnya Hlovate lah.




Ini antara penulisan ataupun karya daripada Hlovate. Sebenarnya ada beberapa lagi buku yang terbaru, Anthem dan ada buku yang Hlovate kata takde dekat kedai buku, cuma boleh beli online, Hlovatulis. Kalau nak tahu apa2 update ataupun cerita daripada Hlovate, like facebook Hlovate sendiri. Hlovate :) Haritu saya tengok dekat photos Hlovate dekat facebook tu ada lagi beberapa buku Hlovate yang baru!

"Kenapa engko minat sangat ngan Hlovate?"
Kenapa? Sebab kalau ada antara korang yang terfikir atau terlintas dalam fikiran rasa macam tu, ok, sila beli dan baca buku Hlovate dulu. Serious talk! Tak mampu nak bagi tahu kenapa suka sangat dekat dia hahahahah over engkooo. Rasanya pada saya, salah satu benda yang saya suka sangat dekat Hlovate ni sebab cara dia menyampaikan sesuatu perkara tu, mendalam sangat maksud dia ha macam tu. Dah lah kena ayat dia. Um, korang faham tak ni?????

Ok senang cerita camni (ah takdek tak kira aku nak gak korang paham pebende yang aku cuba nak sampaikan) setiap satu buku yang Hlovate tulis, tema cerita dia lain2. Macam saya, saya dah baca semua novel yang dekat dalam gambar tu kecuali Gurindam Jiwa, Versus & Pelangi. Eh tapi Anthem saya dah baca tau. Rooftop Rant, mula2 saya nak mula baca buku ni, rasa macam "Ish, ni mesti tak best, yelah, tengok ah cover dia Masyaallah cantik sangatlah pulak, tajuk buku pun macam tah pape je" tapi ni saya nak bagi tau bila dah mula baca je, hah, setepek! Memang best, sama best macam buku2 yang lain jugak. Dan yang tak sangkanya, Rooftop Rant ni, dia punya tema cerita tentang sebuah keluarga yang berpecah belah. Macam mana watak utama dalam tu survive hidup dalam keluarga yang takde siapa peduli pasal diri dia. Engko boleh bayang? Nak kata best ke tidak Rooftop Rant ni, ada lah dalam 2-3 kali jugak menangis.

Cara penulisan Hlovate. Cara penulisan yang bersahaja, menggunakan perkataan yang sempoi, dan dalam kesempoian sesebuah ayat, ada maksud yang mendalam. Sangat. Saya setiap kali baca penulisan Hlovate, tak sah kalau tak meremang bulu roma. Serious talk. Sebab ayat yang Hlovate karang, memang sampai. Sampai sangat. Alah, macam engko tengah borak2 ngan kawan engko pastu dia tegur engko direct gitu pastu ko macam peh sampai dow ayat kau ha camtu. Ah! Senang cite gi beli ah buku dia -__-

Hlovate misteri. Nak kata dia lelaki, macam perempuan. Sebab kebanyakannya saya baca buku2 karangan Hlovate, watak utama dia perempuan. Perempuan yang sempoi, ayat main aci redah, seorang yang cuba untuk berubah ke arah kebaikan. TAPI! bila saya baca buku Contengan Jalanan, rasa macam Hlovate ni lelaki. Hah, pulak dah?! Iye lah sebab kan, 1st, watak utama dia lelaki lepastu jalan cerita dia memang rasa macam Hlovate ni lelaki tak tahu ngape. Tapi saya memang rasa Hlovate ni perempuan lah hehe :) Lagipun ramai yang cakap camtu. Ha gitu.

Kalau ada sesiapa yang tahu siapa sebenarnya Hlovate ni, kabo2 le ke kita ye yob, kita nak gak jumpa Hlovate ni nak take a selfie kononnnnyyeeerrrrrr bolehla kita apelodeddd dekat Instagram kita gituuuu kan hahahhahahahaha amboi Nada bukan main ye engko mentang2 besok cuti Tahipusam lepastu engko semangat pulak nak update blog lagi harini hek eleh nanti dah lama2 tu mesti dah malas nak update engko tengok lah Nada engko tunggu ye Assalamualaikum, x

Wednesday, January 15, 2014

After a long hiatus, i'm finally back!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh.

Bila last saya update? Bulan 5 tahun lepas. Aha, adalah dalam 8 bulan kan? Baru terbukak hati nak update blog balik. Padahal dulu bukan main lagi kalau boleh setiap hari rasa nak update blog, semua benda nak cerita dekat blog >.< Inilah padahnya bila Instagram wujud ahaha, salahkan Instagram pulak. Adoi.

Apa yang buat saya cenderung untuk kembali aktif (lah sangat))))))))) dalam dunia blogging? Entahlah. Rasa seronok kot tengok orang lain update blog. Walaupun sebenarnya takde apa pun dalam ni. Dan rasanya, tak ada siapa pun yang baca ;) But well, at least my craving fullfilled, nak kembali menaip!

Sekarang ni pukul 7.20, kejap lagi masuk maghrib rasanya. Atau dah masuk maghrib? Ok sekejap nak habiskan sikit je lagi ehehehe!




1. Usaha sungguh2, istiqamah buat sesuatu perkara.
2. Ingat mak ayah yang dah susah payah cari duit untuk bagi kita sekolah, nak pastikan apa semua yang kita nak tu dapat ditunaikan. Ingat tu, sampai bila2.
3. Woi, takkan tak nak berjaya kot? Takkan tak nak ada kerja kot bila dah besar nanti?

*ok azan jap lepas solat sambung...*

Ok done.

4. Tak pernah terfikir ke untuk berjaya? Dunia & akhirat. Hah, kalau untuk perkara ni, kenalah dua2 tu jalan seiringan. Ok?
5. Kalau ko takde keje camne ko nak kawen???????? (ni pemikiran saya la sebab perempuan kan) ;)

Aha, yelah. Mana ada lelaki yang nak kahwin dengan perempuan yang takde hala tuju dalam hidup. Betul tak? Lelaki pun mesti lah nak cari isteri yang ada cita2 & masa depan hahaha. Dan, ingat, paling penting, belajar elok2. Kalau tak nak belajar kat rumah pun, at least, beri tumpuan yang sepenuhnya masa cikgu mengajar dekat depan. Ehehehe, okay, tu jelah! Nanti saya update lagi, Insyaallah. Assalamualaikum, x