Friday, December 28, 2012

cita-cita

lagi beberapa hari je lagi untuk masuk tahun 2013.

oh, dah tua rupanya aku,
tahun depan dah form 2.

*sigh*

aku perlu semat dalam hati,
aku punya azam yang tersendiri.

tahun depan;
tak boleh main-main dah.
belajar sungguh-sungguh.

membazir betul modal yang mama & abah keluarkan.
untuk aku.
ye, untuk aku sorang je;
pun dah cecah ribuan ringgit.

nanti,
ape yang aku bagi?
kosong.
takde ape.

kau boleh bayang,
kalau kau jadi ibu ayah; nanti.
kau keluarkan modal yang tinggi,
& harapan kau pun setinggi langit;
namun apa yang diberi sebagai balasan?
kosong.

punah. hancur.
perit bukan?

nah, seperti itu jugalah perasaan ibu ayah kita.

*sigh*

cukuplah.
cukuplah setahun yang perit,
setahun yang ajar aku macam-macam.

ajar aku kuat,
ajar aku faham.

hidup ni;
mesti punya matlamat.
ya, mesti.

biarlah aku berlajar sungguh-sungguh dulu macam kakak;
baru boleh pasang angan-angan sampai ke bulan.
kalau keputusan pun warna merah bersepah, ape guna?
takde sape nak.

akan ada pada suatu nanti;
aku mahu jadi kebanggaan ibu ayah.
memegang segulung ijazah.
sebagai bukti, hasil titik peluh mereka;
bukan sia-sia.
itu,
sebagai ganti.

dan nanti,
biar mereka menangis;
gembira.
dan tersenyum sambil berkata;
"ini, anak aku. ini; yang aku mahu."

dan nanti,
aku mahu bawa mereka meronda;
satu dunia.
dari hasil titik peluh aku sendiri.
ya, itu;
sebagai ganti.
dan juga bukti.
bahawa modal yang mereka keluarkan;
dulu.
bukan sia-sia.

insyaAllah.

mungkin,
semua apa yang aku perkatakan disini;
terlihat seperti sebuah angan-angan kosong.

nah.
seorang doktor yang berjaya pun;
semuanya bermula dari angan-angan nya yang kosong.
kan? :)

2:10 AM
28 Dis 2012
Nada.

Monday, December 24, 2012

22 haribulan doblas dua ribu doblas

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Jadi, 2 hari lepas Nada dengan family pergi kenduri kahwin abang Iqbal. Cousin belah mama. Senanye bukan cousin rapat pun, kire macam 2 pupu jugaklah. Pakcik Nada punye saudara mara. Haaa gitu lah~ Tapi disebabkan family Nada & family pakcik Nada ni rapat jadi kitorang pun dijemput sama :) Hehehe (habis rosak program diet gue hahahaha) & kitorang pakai wane sedondon! huu




Monday, December 17, 2012

throwback

Assalamualaikum~




buat kakanda yang jauh disana,
sesungguhnya daku merinduimu. harapnya, kakanda baik2 sahaja disana. nantikanlah ketibaan adinda sekeluarga pada tahun hadapan. semoga kakanda sihat sahaja. meskipun kita sering berperang mulut & sebagainya, ketahuilah; adinda amat merinduimu. kerana, kakanda lah satu2nya kakanda adinda. ahaks

adikmu yang sentiasa comel,
Nada.

*peace*

Wednesday, December 12, 2012

12/12/12

Sebagai seorang remaja yang normal, saya juga punya perasaan seperti remaja-remaja lain yang inginkan seorang lelaki kegemaran dalam hidup. Akan tetapi, risiko untuk mempunyai lelaki kegemaran ini sgtlah tggi. Apa dia? Mungkin, kita akan merinduinya atau mungkin setiap pekerjaan yang kita lakukan asyik teringatkan si 'dia'. Atau mungkin, apa-apa sahaja kemungkinan yang bermungkin.

Saya pun masih tak faham sebab dan musababnya untuk mempunyai lelaki kegemaran sedangkan Allah itu amat cukup bagi kita. Hm, mungkin dulu; saya juga punya lelaki kegemaran seperti yang lain. Ya, dan saya sedang cuba sedaya upaya untuk melupakan. InsyaAllah


Tapi, saat saya ingin melupakan. Ada yang hadir dalam jiwa. Tanpa disuruh, apalagi diundang. Macam mana ni? Allah, bantu aku :'( Aku tak mampu. Perasaan yang sememangnya fitrah hadir dalam jiwa mana2 manusia sekalipun. Perasaan ingin disayangi & menyayangi.

Bila fikir2 balik. Rugi je sayang orang yang belum tentu sayang kita. Walhal, kita masih punya mereka2 yang mampu kita sayang sepenuh hati. Siapa? Semestinya mereka yang halal buat kita. Ibu, ayah, keluarga & lain2. Kita juga punya sahabat2 yang sentiasa di sisi.


Allah, maafkan aku kerana mengharap cinta yang belum pasti itu; sedangkan kasih sayangMu lebih besar dari apa pun. Allah, maafkan aku kerana masih belum mampu istiqamah dalam jalan ini. Allah, maafkan aku kerana belum bisa jadi yang terbaik buat mereka2 yang patut aku sayangi. Allah, terima kasih buat segala nikmat iman & islam yang telah kau berikan; buat segala nikmat yang telah kau curahkan.

Allah, jadikanlah aku seorang manusia yang sentiasa bersyukur. yang selalu istiqamah. yang mampu membahagiakan kedua orang tuanya. yang tidak melukakan hati sesiapa. yang sentiasa tersenyum gembira pabila musibah melanda. kerana aku tahu Ya Rabb; segala musibah & ujian yang kau berikan itu, utk mengajar aku apa erti kehidupan yang sebenar.

Ya Allah, jika benar dia untukku. kau peliharalah hubungan kami. jangan kau cemari. Kau peliharalah dia Ya Allah. perjalanan ini masih jauh. jika kerana dia, aku leka dalam mengingatiMu. kau kikislah perasaan ini dari hatiku. Semoga Engkau selalu redha. Aamin

Friday, December 7, 2012

Trip to Bandung 28 Nov - 2 Dis

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, baru2 ni Nada & adik dapat pergi Indon~ Wohoo. Nada pergi sana pun sebenarnye tujuan asal dia bukan semata-mata untuk Shopim sahaja. Macam ni, mamabah ade join group Kelab Haji Muda (KHM). Lepastu KHM ade sumbang dana untuk pembinaan masjid dekat sana. Jadi kitorang datang Indon sebab nak rasmikan masjid tu. Haa kirenye mcm tu lah. Masjid tu dah siap, alhamdulillah. oh & 5 hari hanya di Bandung sahaja hiks


Hari pertama.
Sampai2 sana, pergi makan dulu lepastu Shopim kejap dekat Factory Outlet Herritage :)






Hari kedua.
Shopim lagi~!! hehehe. Harini pergi Pasar Baru :) yang sangat terkenal dengan tempat yang teramat sibuk & padat dengan orang yang nak shopim! hahhaaha bestttttt sangat shopim sini sebab barang dia murah2 & byk pilihan. Nak tawar? Senang sangat ah cite dia. Tak sah kalau pergi Bandung ni tak pegi Pasar Baru.








Hari ketiga.
Hari perasmian masjid yang KHM ade beri sumbangan tu. Semua pakai pakaian seragam~ Huhuhuhuhuhu conoknyewwwwwww *tibe* semua pakai tudung kaler sama. Hijau & biru muda. Baju? hitam legam


& yang paling teruja (maknyah) kitorang sampai2 dekat perkampungan yang tempat masjid tu dibina, kami sangat dialu-alukan. Well, VIP kan? hahahahahah xD Sampai sana, pergi rumah ketua kampung (rasanye) makan2 dulu baru pergi masjid tempat nak rasmi tu. Sampai masjid pun, duk depan sekali uoolllssss




lepas habis solat jumaat & makan






Hari keempat.
pegi Tangkuban Parahu & shopim siket lagi :p









 

paling selalu beli bende ni dekat Indon

yang ni best hahahahaha satu badan berkilat uollsss



reject shoes hahahahaha


Hari kelima.
ok dah jom balik dah rindu Malaysia dah ni




See ya~
Assalamualaikum.

Loves, me xx