Ah! Semua kebahagiaan yang diberi, nikmat yang melimpah, rasa bahagia yang tak sudah, bisa saja direntap dalam sekelip mata! Jika kamu lansung tidak mensyukuri apa yang kamu peroleh dari tuhan kamu. Betul kan?
Dan mungkin juga kerana kita tidak prihatin dengan keadaan sekeliling. Orang di persekitaran kita. Samada mereka minum atau tidak, bagaiman kondisi dan keadaan kesihatan mereka. Bagaimana pakai mereka? Mungkin itu juga salah satu faktor yang menyebabkan nikmat bahagia bisa direntap begitu sahaja. Bahagia bukanlah milik kita selamanya. Cumanya, harus pandai mensyukuri. Itu sahaja.
Nikmat bahagia yang diberi semalam, ditarik hari ini.
Kerana diri sendiri, yang tak reti mensyukuri, pemberian Illahi.
Kawan yang disisi pun, perlu disyukuri, kerana hadirnya dia, mendengar luahan dan isi hati. Dan segalanya, yang diperolehi, dari dulu; hingga kini.
Hakikat yang perlu aku terima; bahagia yang dulu aku sangka aku mampu pertahankan selamanya bisa ditarik nikmatnya begitu saja. Kerana Tuhan itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Tahu mana yang baik dan tidak utk kita. Dan disebabkan itu, dalam apa jua situasi kamu-kamu. Jangan pernah lupa untuk mensyukuri. Tak kira apa.
Sebenarnye aku masih keliru, dengan apa yang aku cuba sampaikan dan apa yang cuba aku perkatakan disini. Ah! Ayat pun semua tunggang terbalik. Seperti akalku, yang ligat berfikir.
Dan aku terus melayan perasaan. Di suatu sudut, di dalam rumah; sepi tanpa suara. Aku bermonolog, "Knp tak boleh jadi macam kakak?" Huh. Keluhan berat aku lepaskan.
Nada, semuanya salah kau! Kalau kau tak mulakan, semuanya tak akan terjadi. Nada! Sekarang, kau tak boleh nak salahkan sesiapa lagi.
*sigh*
Ape2 pun, kamu-kamu perlu juga untuk mempersiap diri; untuk menghadapi, sesuatu yang belum pasti, suatu hari nanti. Supaya kamu tidaklah kecewa nanti. Mengerti?
Buat kamu-kamu yang selalu berada dalam kotak cinta saya,
terima kasih untuk segalanya,
Buat kamu-kamu yang lain,
diri ini yang sentiasa hina disisi-Nya apa lagi sering melakukan salah dan silap, ingin meminta maaf, dari hujung tudung hingga ke hujung benang stoking. Maafkan segala kelancangan dalam pertuturan, pandangan, sindiran, perbuatan dan banyak lagi. Maafkan lah ye?
Dan buat A,
terima kasih terima kasih dan terima kasih! Walaupun aku tau tak lama lagi kau akan lupakan aku tapi jangan harap aku nak lupakan kau! ;) Mana mungkin aku nak lupakan kau. betul tak? Maaf sekali lagi ye. Semoga kamu, A; terus berbahagia selamanya! Aku doakan kau selalu. Insyaallah.
Nada.
12:00.