Sunday, June 12, 2011

Hai kawan.

hai kawan. jangan kau cepat sangat terpengaruh dengan arus deras dunia. jangan kau cepat sangat percaya dengan kata2 manis lelaki. hai kawan.

hai kawan. sekarang dah malam kenapa kau tak tidur lagi. oh ya aku tak mengantuk sebab tu lah aku tak tidur. kadang manusia mudah percaya dengan kata2 yang dilemparkan. kerana manusia kadang berpegang pada janji, dan mula taat setia. sanjung menyanjung.

kawan. itu hakikat dunia. kau perlu terima. tapi jalan kau yang tentukan sendiri. samada kau mahu yang baik untuk kau, atau jalan yang sebaliknya. hidup mati jangan kau persoal. bukan urusan kau. cuba menjadi yang terbaik sudah cukup.

ingat. jangan kau terlalu mudah percaya dengan kata2. bukan semuanya baik. tapi jangan pula kau sentiasa bersangka buruk. hiduplah seperti biasa, jadi seperti kau yang biasa.

oh, aku tak mintak untuk kau mengikut arus deras peredaran dan perubahan zaman. cuma kau perlu menerima hakikat yang terpampang di depan mata.

hesh. cukup.

ha ha ha. sudah. berhenti bermonolog kawan. aku tahu kau tak boleh lelapkan mata. tu lah sapa suruh tidur lambat, padan muka hang. haktuih,

amacam wa sudah touch-up sikit blog. tak banyak. oh, aku nak lupakan kenangan silam. jangan tanya ah kenapa aku boleh tulis cam tu. idea tetiba muncul dalam pale hotak.

tidur nyenyak, jangan mengigau. jangan lupa bangun awal solat subuh. gosok gigi. mandi. online? oh bukan, kau kena buat kerja sekolah. esok sekolah.

aku rindu sekolah. aku tak nak sekolah. ahh! itu hakikat. terima lah. kau pasti akan rindu kan sekolah tak kira apa. jangan tipu diri sendiri kawan.

selamat malam. aku sayang zizan razak.