Friday, June 3, 2011

Tuhan itu adil.

Assalamualaikum. Alhamdulillah aku masih bernafas harini. Terima kasih Allah sebab benarkan aku bernafas, benarkan aku melihat dunia lagi. Kelas berfokus dah habis. Sangat bosan, aku tak tahu nak buat ape duduk rumah ni. Kayy, aku kena siapkan model soalan UPSR ngan Akhlak/Sirah. BANYAK KAYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY. Fine. InsyaAllah ah esok aku buat. Harini aku tak de mood and malas lagi. Mak ayah aku pergi balik kampung sebab ayah aku ada mesyuarat dengan family. Pasal tanah blablabla. Aku nak ikut tapi Fatin Fatiha tak ade, malas ah.

Aku dah mengaku dekat Nasr yang aku suka dia. PUAS? Ergh, korang nak sangat tahu kan sape laki tu. >;p. Tapi agak menyakitkan hati ah. Dia tak suka aku. Lagipungg buat ape dia suka aku? EEE. Tak layak ah. Dia pendek aku tinggi. (agak bangang statement tu). Mesti kau tengah baca kan? HAHAHAHA. Izzah Sofia, suka ah kau dia tak suka aku kan? Kau kan suka dia. Ape aku merepek. -,- Aku nak setia dengan Justin Bieber. Tapi Justin cam pft!!! Dengar cite dari Hasya yang JB nak melamar Selena time birthday dia. Mesti ramai fans JB yang mogok nty. Habis ah kau Selena kena bom lepas ni. Masuk berita. Gempar satu Malaysia. Yang JB ni pun satu, menggatai sangat nak kawin nape? Kau tu muda lagi ah.

Korang mesti tahu an time JB amik anugerah Billboard tu JB kiss Selena. MULUT WEHH. Mak JB tengok je. Ye ah, mak dia tak boleh nak kata apa. Kang mak dia marah JB lari rumah or whatever. Memandai aku je an nak buat andaian sendiri. Melampau ah Nada. Sape2 yang ade add aku kat Facebook, omey tak gambar DP kita yang sekarang? Ye. Aku memang menggedik mengada ngada nak suka sape sape je en. Kisah ape aku. Dah, aku nak senyap2 je. Tak mo kecoh2. Tapi letak jugak gambar dia. EH, SUKA HATI AHH.

Aku ni cepat sangat lah suka orang. Nak tanya lah an, nape belajar tak semudah jatuh cinta? Kalau lah belajar tu senang. Senang nak paham. Senang nak buat latihan. Senang nak score. KALAU je lah kan. Tadi, mama ade cakap sebelum mama nak pi balik kampung.

Mama; "Abah kata kalau Nada dapat 5A abah janji abah bagi DSLR dekat Nada."
Nada; "Ma! Haritu mama kata kalau 1A dapat RM500. Mane aci kalau cam tu. Kan dah janji."
Mama; "Tanya lah abah. Kalau nak bagi 500 tu pun pakai duit abah. Abah yang cakap."
Nada; "Habis ... kalau dapat 4A 1B tak dapat ah?"
Mama; "Ye lah. Abah kata 5A je dapat."
Nada; "TAK ACIIIIIIIIIII!!!!!!!"
Mama; "Kalau dapat 4A 1B dapat yang kecik sikit. DSLR yang lama punya ke. Nada nak yang besar ngan baru punya kan? Kalau nak yang latest dapatkan 5A."
Nada; "YE AH."

Lepastu aku cakap dengan mama yang esok aku nak tengok cite Kung Fu Panda 2. Haritu time aku keluar nak tengok cerita tu, KFP2 penuh gila nak mati. Kalau ade pun sit depan sekali je. Pirates pun sama. Nyampah tahu dopp? Pikir punya pikir, kiteorang (Aku, kak Lynn, Naimie and Tasha) tengok citer Karak. BAPAK SERAMM. Aku siap tarik baju Naimie lagi wehh. Hahahahahaha. K DIAM! Aku mintak dekat mama yang aku nak Polaroid time birthday. EUWWWW. Hehehehe. Mama kata tengok ah dulu. Tanya lah abah kalau nakkk. Abah yang bayar bukan mama. KAY.

Lepastu kan ... (sambung balik pasal dslr) aku ikut mama pegi turun bawah. Mama nak sidai kain kot. Lepastu mama cakap.

Mama; "Kalau Nada dapat 5A. Mama n abah pun puas hati. Yang Micro Lens tu mama belikan untuk Nada. Boleh zoom ambik gambar semut ke"
Nada; "Mama biar betul? Serious ke ni ma? Tak tipu eh. Janji eh?"
Mama; "Tapi kena dapat 5A dulu ah. Kalau boleh Mumtaz sekali. Baru dapat Micro Lens tu ha."
Nada; "Kayy. Nada janji Nada belajar rajin2 bagi dapat 5A ngan Mumtaz. Biar mama n abah menangis nty. Hikhik."

Nak bagi tahu ni. Tangan aku dok menggatal nak update banyak banyak kali. So, post yang akan datang insyaAllah aku nak update pasal diri aku sendiri. Kalau lebih dari sepuluh orang yang nak tahu pasal diri aku. Kasi tahu kat komen tu. Kalau tak, tak payah ah. Hahahahaha. Tapi, aku nak update ape kalau cam tu? xD TAK DE. Korang kena jugak mintak nak tahu. Kalau tak aku nak merajuk. #tipu je.


Aku nak sambung yang challenge Days tu. Sebab dah lama sangat dah aku tak buat. Okayy, start daripada hari 22-25.

Day 22 - A letter to someone who has hurt you recently.

Hai. Kita suka sebab dapat kenal dengan awak. Terima kasih sebab dah sayang kita dan terima kita dalam hidup awak. Tapi kita nak mintak maaf sebab kita tak boleh nak terima awak dah dalam hidup kita. Kita kadang2 tak tahu kenapa kita benci awak. Kita nak cakap terima kasih sebab dah buat kita gelak sebelum ni. Tapi kita nak mintak maaf jugak, sebab kita dah tak nak kenal awak. Awak dah buat kita benci awak. Macamane kita nak gelak macam dulu dulu lagi? Jangan pernah kenal kita lagi tau? Terima kasih. Bye.


Day 23 - Your dream wedding.

Kita nak kawin dekat Paris. Kita nak kawin dengan orang yang kita sayang dan kita cinta. Kalau boleh biar lah mama n abah pun restu hubungan kita dua. Kalau kita nak kawin, kita nak kawin warna pink. Sebab kita suka gila warna pink. Tapi kita tak nak pink macam kaler baju Puteri Islam tu. BUWOKK. Kita nak kaler Soft Pink. Lepastu pelamin dengan sume sume tu mesti macam Inggeris punya tema. Disebabkan kita nak wedding yang grand, kita kena kawin dengan anak orang kaya. Hikhik. :)


Day 24 - A photo of something that means a lot to you.

Kita tak tahu lah nak letak apa. Banyak sangat benda yang terlalu bermakna buat kita. Tapi yang pasti, gambar yang sangat bermakna bagi kita. Gambar yang boleh menceritakan keadaan di dalam gambar tersebut. Gambar yang kalau hanya dipandang, kita dah boleh tahu dah perasaan dan apa yang cuba di sampaikan oleh gambar tersebut. Kita teringin sangat nak ade orang ambik gambar kita time kita tengah gelak. xD


Day 25 - Something you don't leave the house without.

Gambar orang yang kita suka. Kita pegi mana mana, kita tak pernah pun tinggal. #Terima kasih dekat kak Fateen sebab dah bagi kita idea nak cuci gambar dia. Hik hik. Sayang kak Fateen. :*


Terima kasih dekat sesiapa je yang sudi baca blog kita. Stay tuned. Jangan lupe ye komen supaya suruh buat pasal diri kita. HAHAHAHAHAHAHAH. Tak paksa kayy. Kalau tak nak tahu pun tak pe.

Mintak maaf ah. Post ni tak letak gambar satu hape pun. Kalau yang sudi baca sampai habis tu. Nak cakap tahniah ye. Hihihihi. Assalamualaikum.

No comments: