Kenapa menyampah bila seseorang cuba bermonolog? Salah kah dia. Hahahaha, teruknya bahasa aku. Sebab aku juga cuba untuk bermonolog. Konon . . .
Kalau disebut tentang kawan. Semua punya kawan. Bohonglah kalau kau kata kau tak punya kawan. Mampukah kau hidup tanpa kawan? Jangan buat lawak.
Ya, aku tahu Allah itu maha adil. Dia sudah menetapkan dari 100 ribu tahun dulu lagi apa yang bakal terjadi. Jangan kau sibuk urusan Dia, Dia itu maha mengetahui.
"Jika ilmu pengetahuan mu sudah berakhir dan engkau tidak mengetahui apa yang selanjutnya. Di situlah mulanya ilmu Tuhan. Ilmu dia tidak terbatas. Dia maha mengetahui."
Jangan kau soal kenapa jalan hidup kau begitu. Dia tahu, apa yang baik buat kau. Kelak, kau punya jalan cerita yang lebih indah. Percayalah, Allah itu Maha Adil.
Jangan kau cari aku hanya kerana kau ingin sesuatu dari aku.Aku seperti orang bodoh yang dipermainkan.Ya, aku maksudkan kau.Tidak sedarkah?