Friday, July 22, 2011

Peace no war.

Aku bukan manusia hebat.
Tapi aku mahu jadi hebat.

Bukanlah sehebat Superman, bukan juga sehebat Ultraman.
Tapi aku mahu jadi seorang yang hebat macam kakak dan abang aku.
Maksud aku, aku nak pandai macam dorang.
Get it?

Periksa besar aku dah tak lama, boleh dihitung pakai jari. 53 hari bukan lama. Lepas campur tolak darab bahagi, tak sampai sebulan. Mana tak nya, sehari tu kau makan kau minum kau berak kau bersin kau menangis kau gelak kau kau kau dan macam2 kau lah. Tak sampai sebulan, dalam 3 minggu ke 2 minggu je. Aku, aku dah ada persediaan? HAMPEHHHH.

Tapi takpeh, sempat jeh lagi aku nak kejar masa. Buat Pecutan Akhir sebelum UPSR. Kalau boleh, aku nak harini hari yang last sekali aku online sampai lah periksa aku habis. InsyaAllah.

Cuba bayangkan kalau aku dapat 5A dan Mumtaz:
  • Aku dapat pilih sekolah mana yang aku nak.
  • Aku dapat dslr.
  • Mama n abah mesti bangga.
  • Bila orang tanya aku dapat bape A? Tak adelah segan nak bagi tahu. Cuba kalau aku dapat 5A, orang tanya kau dapat bape A? Dengan bangga aku jawab, 5A. :)

Dengan 5A dan Mumtaz, semuanya aku dapat. Jangan doa nak dapat keputusan bagus dalam tangan. Konon 5A dalam tangan. Oh, dalam tangan je lah.. dalam slip 5C, camtuh? Hikhik, jk. Mama kata, kalau nak dapat 5A jangan doa; "Ya Allah, aku nak dapat sekian sekian sekian.." Doalah supaya kau jadi rajin, kau jadi budak yang dengar kata, kau hormat orang, kau tak biadap, akhlak kau alhamdulillah. Betul tak? Kalau rajin, semua kerja jalan. Kan kan kan?

Rahsia kejayaan ialah hormat.

Sebelum periksa besar korang sume, mintak maaf dengan semua orang, mintak restu mereka semua supaya korang berjaya. Ingat, mintak maaf dekat semua orang, dekat makcik kantin pakcik kantin, makcik cleaner sume. Mintak restu mereka. InsyaAllah. Lepastuh tolong tolong tolong, jangan biadap, jangan cari pasal, stop main, stop Internet.

GoodLuck kakak2 and abang2 yang nak ambik PMR dan SPM. GoodLuck Muhammad and kakak. Kita semua akan menghadap periksa besar tahun ni. Kalau kita semua berjaya dapat 5A Mumtaz, 9A dan 19A (kan kak?), mesti mama abah bangga. Mesti mama abah suka, mesti mama abah seronok. So akhir tahun kita gi cuti kat mana2 dengan perasaan yang gembira. MasyaAllah, :'>

Tak sabar nak tunggu time ambik slip UPSR, tunjuk dekat mama dan abah, nak tengok mama abah peluk nada, nak nangis dekat bahu kawan, nak cakap terima kasih dekat cikgu, nak cakap terima kasih dekat semua yang dah mendoakan, nak sujud syukur. YA ALLAH, :'>

Bila anda dah jadi hebat, jangan lupa cikgu. Biar anda seorang Perdana Menteri sekalipun, tanpa guru kau siapa? Biar kau seorang doktor, tanpa guru kau siapa?


Panjang sangat berleter. InsyaAllah, tak online dah.
Aku kalau boleh tak nak mengharap sangat, Nada cuba buat yang terbaik untuk semua.

Tunggu 5A,
Tunggu Mumtaz.

-Nada-

2 comments:

Adwa Adwan said...

Akak akan doakan yang terbaik untuk Nada :')
Good luck, dear.

Nada binti Badrul Hisham said...

Thank you, mwah <3