Thursday, July 7, 2011

Kawan pengaruh besar.

Aku tak pernah mintak pun untuk ada kawan yang sejahat itu.
Tapi Allah kan kata, Kun Faya Kun. Jadi maka jadilah, jadi.. jadilah.
Kalau Allah dah sebut Nada Badrul Hisham cuma ada 5 orang kawan baik dan boleh dipercayai sahaja. Maka itu lah. Sudah tercatat di luh mahfuz sana.

Cuma kita lah yang kena bijak dalam memilih kawan. Kawan ni ibarat cermin untuk diri kita, kalau kawan kita tu jahat jadi samalah kita dengan kawan kita tu. Kalau kawan kita tu baik, pandai. MasyaAllah, berair-cond perut mak awak kan? Mak mana yang tak nak tengok anak dia berjaya?

Alhamdulillah, semua kawan Nada boleh bawak Nada pergi ke 5A dan Mumtaz insyaAllah. Kan weh? Tu lah korang asyik nak main je, kita sebagai seorang pelajar yang cemerlang tak boleh jadi camnikk. (sambil buat gaya macam Mustapha) menyampah tak? -.-

So kesimpulannya di sini, kita perlu pandai pilih kawan. Jangan main petik je, "Ha, aku nak kawan dengan kau." Kalau kawan kita tu hisap rokok? Kawan kita tu jahat, kita pun akan terikut ikut la dia. Jadi korang sume dah paham kan? Kan kans?

Manusia ni senang sangat berpaling tadah, ecehh. Tapi betul lah kan? Jadi kita kena ada sifat Istiqamah dalam hidup kita jugak. Kan? Untuk jadi seorang yang berjaya di dunia dan akhirat. Siapa nak dunia maka dia dapat dunia, tapi siapa nak akhirat maka dia akan dapat dunia dan akhirat. INGAT! Post yang lepas Nada sebut, jika hubungan kita baik dengan Allah maka baiklah hubungan kita dengan manusia.

"Ya Allah, semoga apa yang aku sebut dan beri nasihat pada orang dapat aku praktikkan dalam diri aku sendiri. Ya Allah, insyaAllah Nada akan cuba buat yang terbuat untuk diri Nada sendiri and untuk semua orang. Ya Allah, bantulah aku daripada godaan2 syaitan. Nauzubillah."

Sama2 muhasabah diri ye?


I've through this long pains,
I know how hard it is,
Sabar,
Allah kan ada.

5# Suara sedap dan pandai baca Al-Qur'an.
Assalamualaikum.