Monday, July 4, 2011

Eww eww.

Assalamualaikum. Sekarang ni semua orang sibuk update blog masing2 cakap pasal 1Sukan 1Murid 1Malaysia, ehyeke? Aku tak tahu la ape nama benda yang korang dok kecoh2 tu sebab aku tak sertai. Sebab? Aku sekolah swasta. Jadi tak tahu ape2, orang pertama yang tanya Lisa la. Aku mula2 blur, bila semua orang dah tulis dekat blog masing2 cakap ade larian tu baru aku tahu.

Ade sape2 tak yang rindu suruh kita update blog ni? Eh tapi kan baru berapa hari tak update. Tapi kan kita rasa macam pelik la sebab tak update blog. Sorry ye sebab blog ni banyak sangat penggunaan bahasa macam aku - kau, kita - awak, saya - awak dan sebagainya. Ikut konteks dan penyesuaian ayat la eh? :>

Bila semua orang sibuk update pasal 1Sukan 1Murid 1Malaysia tu, aku pulak sibuk pergi Kem Pengawas yang sangat tidak best. Ye, sangat!! Kalau la kita tahu program tu tak wajib, kita tak datang ok. Tapi ade faedah jugak datang. Ok dah jangan merungut Nada, kau dah pegi dah pun kan. Benda yang sangat tidak best dekat sana?

  • Kawad.
  • Motivasi. boring~
  • Muka jadi hitam sebab kawad lama sangat. 2 hours non-stop, ok tapi berhenti rehat 10 minit macamtu. Kalau boleh nak pengsan dekat situ.

Kawad memang sangat tak best. Dan apa yang paling kelakar sekali adalah saya dan pengawas2 lain wajib berkawad dekat perhimpunan setiap Isnin. Memang sangat kelakar, ok tepuk tangan. Tapi kawad yang macam biasa2 aje la, bukannya kawad formasi ke kawad berirama ke hape. Tapi memalukan.

Disebabkan saya dah datang Kem Pengawas tu jadi harini saya berjaya menjadi pengawas yang berdedikasi. *tepuk dada sendiri. Bangga okehhh. Tadi kan best dekat perhimpunan. Saya berdiri, konon berlagak lettewww jadi pengawas sekolah? Sambil pegang buku tulis kecik dengan pensil tekan warna pink lepastu letak jari telunjuk dekat tangan suruh kawan2 senyap.

Masa habis perhimpunan pun sama, kiteorang sebagai seorang pengawas yang berdedikasi haruslah menjalankan tugas mereka. Eceh. Phewww, menyampah ah tu kitewww type macam tuwww. #Memang saja pun letak www banyak2. Jangan marah yewww.

Ingat tak dulu kita ade kata yang kita da dapat Domo? Alhamdulillah, yey! ;'D Nak tunjuk moleh kan? Hiks, kita tunjuk dompet je ah. Sebab ade gamba dompet. Malas doe nak ambikk gamba lagi. :)


Yang saya pergi Kem Pengawas tu hari Sabtu. Balik tu mesti lah mengantuk, tapi sempat lagi online. Sekejap aje, ehyeke? Dah lupa la. Eh taktak, online lama kot. Lepastu tidur lambat. Esok tu pun bangun lambat. Bangun2 je kak Lyn kata ade kelas/program. Ma kata, sebab ma text kak Lyn. Sebagai seorang pengawas yang berdedikasi ni, haruslah datang program tu sebab ma suruh. Lagipun program tu pakcik kita yang handlekan. Ye la kot. Kita jadi VVIP (very very important Princess) haritu sebab kita datang lambat. Program tu pun tak payah bayar, HAHAHAHAHA. :p

Dapat sijil free pulaks tu. Holamak, memang best la.



Perasan tak kulit kitewww dah hitam? HA! Ni kes sunburn semalam tu lah yang Kem Pengawas sebab nak jadi seorang pengawas yang berdedikasi. #Asyik ulang ayat tu jeh. Gambar atas ni gambar sijil. Best woo, dapat sijil nama tak salah eja dah. Selalu salah eja yang Hisham la, jadi Hisyam. Tak suka okehh.

Ehem. Canon doh, jangan memain. Haha.



Berlagak takpe, jangan riak. -.-

Memang agak panjang, tapi kalau baca leklok dengan penuh khusyuk, tak panjang punggg.

3# Kau buat aku bersemangat untuk datang sekolah. Alhamdulillah ;'D
Assalamualaikum.

2 comments:

Izzahuda said...

Kau memang pengawas yang berdedikasi, hahaha. Nada, takpe. Kulit hitam boleh pakai bedak. Nanti jadi putih. :D *tau la ade canon.

Nada binti Badrul Hisham said...

Saya kan memang seorang pengawas yang berdedikasi, baru tahu ke? :p

Kulit hitamm, pakai bedak kena air sama jehh. Tak pehh, kita pakai losyen. :)

Eh eh.