Hi.
Ini first contest yang saya masuk, sangat teruja nak buat ni. hahaha
Sebenarnya contest ni dah lama dah saya usha, tapi sebab malas malas malas dan malas. Jadi saya pun tangguh...then baru teringat nak buat contest. So, enjoy ;)
Syarat syarat penyertaan;
1; Tajuk post wajib; Review Paling Kreatif AzzaFirza
2; Ambik gambar RM50 dan nyatakan link awak dekat post [contest] Azza.
3; Buat review tentang blog Azza, Azza sedia menerima kutukan dan pujian.
4; Wajib follow blog Azza dan ade blog sendiri.
5; Sebab kenapa anda ingin join contest.
6; Ucapan untuk Azza. [sempena birthday Azza]
7; Tag lebih kurang 5 blogger, dan tinggalkan link di bawah blog Azza.
Mungkin kebanyakan orang yang nak join contest ni sebab hadiah dia sangat berbaloi. Ye lah, topup RM50 sape tak nak? Bergayut ngan pakwe berjam jam pun tak habis. hehehe
Buat review tentang blog Azza;
1; Header.
Bagi saya, header untuk blog Azza tidaklah terlalu simple dan tidaklah terlalu complicated. Kiranya bersesuaian and tidaklah terlalu serabut bagi saya. And header Azza pun transparent. Nicee, sedap dipandang. [header ni tak boleh dimakan, harap maklum.]
2; Owner.
Azza punye pengenalan diri dia sangat simple. Tak de lah sampai nak buat karangan berderet deret sampai orang pun lari sebab baca about owner sahaja. Bagi saya ia amat mudah untuk dipahami kerana Azza dah letak nama and age dekat situ. Yang lain tu saya rasa tidak penting untuk orang tahu. Bukan? ;)
Psstt; Dia single lagi.
3; Others.
Sila tepuk tangan kuat kuat. Kenapa? Kerana saya sangat tidak percaya...Azza yang umur dia baru form2 dah ada followers seramai itu. Okay, saya tahulah yang blog dia cantik. tsk tsk ;'\
Kira Azza ni famous jugak lah. Dan dia jugak pandai decorate/edit blog dia. Cantik okay, saya pun tidaklah sehebat Azza dalam bab bab edit mengedit blog ni.
4; Others.
Dalam blog Azza ni ade icon yang cute [macam tuan dia] terdapat/sesat didalam blog Azza yang cantik. Ditambah pula dengan icon itu, lagilah cantik. *saya jealous
Biru; Yang saya bulatkan/kotakkan dalam warna biru tu kira macam signature lepas tulis blog. Kira ala ala dia buat note dekat buku lah ni, siap ade signature pula.
Purple; Kata kata untuk mereka mereka yang baca blog Azza supaya LIKE and komen dekat blog dia. Kira macam promote lah tu. *wink wink
Pink; Icon yang comel. Kalau click pada icon tu nanti akan keluarlah tempat komen. Bagus bagus, kretip betullah cik Azza saya ni. Oppss, masa bila dia jadi saya punye? Aww aww.
Coklat; Button yang comel untuk terus ke older post/newer post and home. Ada love love gitu ;)
5; Others.
Jika anda perasan, [kalau tak perasan, silalah check mata] disebelah kanan blog Azza ade icon icon yang berikut. [rujuk gambar] Mudah dan senang untuk kita tekan. Tak perlu lah nak naik atas balik dan cari button fesbuk etc. kerana icon itu akan ikut anda kemana sahaja anda pergi. [di dalam blog itu sahaja.]
6; Others.
Lagu dalam blog Azza ini juga sangat seronok dan sangat best dan sangat tacing dan sangat merdu dan sangat sangat. Jadi bukak bukak blog ni, after dengar lagu dia. Setiap hari asyik nak bukak blog dia ja. Hehehe~
Sebab kenapa saya nak join contest;
Sebab saya nak cari pengalaman macamana nak buat contest ini sebenarnya. Walaupun agak leceh sebab nak kena cari idea untuk review blog beliau. Dan..untuk mensupport contest yang Azza anjurkan.
Ucapan untuk Azza;
Happy upcoming birthday, may Allah bless you.
Jadilah seorang insan yang berjaya di masa akan datang. Jadilah seorang anak yang solehah. Belajar rajin rajin. Tahun depan Azza nak ambik PMR kan? Good luck to you. Semoga apa yang Azza impikan selama ini akan tercapai suatu hari nanti. Ameeeen :)
Nota; Azza patut ambik saya untuk terus ke peringkat akhir sebab saya betul betul semangat nak buat contest untuk Azza ni. Apa yang saya tulis di atas adalah betul dari pandangan saya. Bukan dari mulut, tapi dari hati... Saya harap saya menang ;)
Adalah dalam enam tab yang saya bukak semata-mata nak siapkan post/contest ni.
And empat windows untuk siapkan post/contest ini.
Tag lebih kurang lima blogger;
Azfar, Izzah and others yang berminat. Ingat! Hadiah dia topup RM50 tau ;)
Pemenang akan memenangi;
1; Topup RM50.
2; Review blog khas dari AzzaFirza.
3; Dapat berhubung dengan AzzaFirza. [melalui handphone]
4; Blog pemenang akan dipromote.
Tarikh tutup contest pada; 18 Januari 2011, tepat pada birthday Azza.
Itu sahaja maklumat dan review saya untuk Azza.
Byee.
No comments:
Post a Comment