I'm Nadaa, the one and only Princess in my family. Has a big dream, a wonderful dream. To become a Princess. Yes! Princess Nadlie.
Saya Nadaa, seorang yang mempunyai impian yang tinggi untuk menjadi seorang Princess or Queen. Dan juga seorang yang mempunyai impian yang tinggi untuk berjumpa dengan Justin Drew Bieber. Dan saya betul betul inginkan Canon EOS.
Saya bukan seperti apa yang awak cakap. Saya adalah saya, ingin menjadi siapa diri saya. Saya seorang yang ingin belajar apa itu erti kehidupan.
Saya ade sebuah keluarga yang sangat awesome. Tanpa mereka, saya tak kan kenal apa itu erti kehidupan. Apa itu erti sebuah kasih sayang. Disebabkan mereka lah, saya tau bahawa setiap insan memerlukan kasih sayang lebih dari harta benda.
Tanpa mereka..saya tidak akan tau apa itu erti memerlukan, apa itu erti saling memerlukan. Dan bahkan, tanpa mereka jualah..saya tidak akan tahu siapa diri saya yang sebenarnya.
Saya sayang mereka, mereka adalah segalanya. bagi saya
Saya ingin jadi seorang perempuan yang betul betul tetap pada pendiriannya. Bagi saya, setiap ape yang berlaku dalam hidup saya pasti ada hikmah.
Tersenyumlah kamu saat diuji oleh Allah, kerana kamu antara orang yang terpilih :)
Saya ingin menjadi seorang perempuan yang didambakan syurga, bukan perempuan yang memenuhi pintu pintu api neraka. Saya seorang perempuan yang benar benar ingin menjadi dirinya sendiri. Mengharap supaya Allah tidak membernarkan ia terpengaruh dengan peredaran zaman. Peredaran zaman yang semakin berleluasa.
Saya seorang perempuan yang sentiasa dan tidak akan lepas dari membuat kesilapan, di setiap tingkah laku saya. Seorang perempuan yang ingin merubah semua itu menjadi suatu yang bahagia. Suatu yang kelak bakal menjadi pendorong untuk didambakan bidadari bidadari syurga. Dan bakal menghuni syurga yang kekal abadi.
Saya seorang perempuan yang bakal menjadi seorang gadis, semoga diri ini bakal menjadi seorang gadis yang bakal membanggakan orang tuanya.
Saya ingin merubah segala galanya supaya menjadi diri sendiri. Saya cuba dan cuba dan cuba dan akan terus mencuba.
Ketahuilah bahawa cinta itu indah jika kita bercinta di jalan-NYA.
Saya ingin menjadi seorang perempuan, seorang gadis, seorang wanita, seorang pemudi dan seorang ibu yang benar benar memahami apa itu erti kehidupan dan apa itu erti kasih sayang yang sebenar benarnya.
Saya benar benar ingin menjadi siapa saya, siapa diri saya. Saya benar benar sayang mereka mereka yang sudi hadir untuk mewarnai hari hari saya. Saya sayangkan mereka.
Next post 'bout mereka.
Byee.