Sick of everything.
Macam macam. Macam macam yang buat saya menangis. Hari ni. Minggu ni. Bulan ni. Kenapa? Kenapa mesti saya? Ya Allah. Aku kuat ke ya Allah? Nadaa tak tahan. Sakit....
Cikgu..
Firstly saya nak mintak maaf dekat cikgu kalau saya ade buat salah dekat cikgu. Kalau saya pernah dan ada sakitkan hati cikgu. Saya tahu cikgu benci saya. Saya tahu cikgu tak suka saya.
Saya tahu cikgu.
Cikgu..
Kalau cikgu nak simpan rahsia tu dengan cikgu cikgu lain tak ape. Ni..cikgu bagi tahu kawan kawan saya. Cikgu...cikgu sengaja eh nak saya tahu? Nak saya sakit hati? Hurm..terima kasih cikgu.
......
Kenapa awak semua pura pura? Saya tahu. Saya nampak. Awak semua pura pura sukakan saya. Suka kawan dengan saya. Pura pura gelak gelak dengan saya. Saya tahu. Saya nampak. Awak semua benci saya kan? Saya tak berguna di mata awak semua. Kan? Ye. Saya dengar cerita, cikgu cikgu selalu gosip pasal saya dekat bilik guru kan? Betul tak?
......
Apa salahnya Nadaa pegi konsert tu Ma? Bah. Ape salahnya? Nadaa tahu. Nadaa nangis tak ade guna jugak kan? Sebab mama abah akan tetap pada pendirian mama abah jugak kan? Tak ade sape nak kesiankan Nadaa. Even tegur or ape. Ok. Memang gedik nak suruh orang pujuk ke hape. Tapi tu lah Nadaa. Sukakan perhatian. Semua buat tak layan Nadaa. Kalau layan pun, asyik marah marah je.
......
Buat penah je kan nangis satu hari. Harap mama abah akan ubah fikiran. Bagi tahu yang mama n abah akan bawak Nadaa pegi concert Justin. Tak ade sape pun yang nak peduli pasal Nadaa. Kan?
......
Hari ni semua benda tak kena. Jadi vowdoh sangat. Flush jamban tak boleh nak flush. Pintu tandas rosak. Laptop buat hal. Lampu bilik buat hal. Kaki jadi sakit, cram. Pening kepala. Sakit badan. Sakit hati. Sakit segala-galanya.
......
Lepastu ade pulak yang nak sakitkan hati. Tegur tanya macam macam. Menyibuk. Mengutuk. Menyakitkan hati. Mengeji. Memerli.
------
KALAU LAH HARI NI AWAK SEMUA TAHU. KALAU LAH HARI NI AWAK SEMUA TAK BUAT MACAM NI. KALAU LAH HARI NI AWAK SEMUA TAK SAKITKAN SAYA. KALAU LAH HARI NI SAYA BAHAGIA. KALAU LAH HARI NI SAYA DAPAT APA YANG SAYA NAK. KALAU LAH HARI NI SAYA BETUL BETUL GEMBIRA.
Tapi sayang. Benda dah lepas. Benda dah jadi. Tak boleh nak patah balik. Tak boleh nak pusing balik masa yang berjalan. Semua orang memang betul betul dah tak hiraukan saya.
SEMUA ORANG.
......
Hari ni, saya betul betul sakit. Allah uji saya dengan macam macam benda. Allah betul betul uji saya hari ni. Terima kasih YA ALLAH.
xoxo
Nadlie
No comments:
Post a Comment