Dia cantik. Dia pandai. Dia perempuan. Dia melisa.
Orangnya bertudung labuh. Cantik mata memandang. Putih. Ayu. Sopan pula orangnya. Pendiam. Lemah lembut dalam berkata-kata. Pandai juga orangnya. Cita-citanya tinggi. Ingin menjadi doktor, doktor yang berjaya. Atau lebih tepat, yang hafizah.
Al-quran tidak pernah lekang dari tangan beliau. Cintanya cuma pada Allah dan keluarga. Solatnya tidak pernah tinggal. Solat awal waktu. Iya, dia hebat. Wanita hebat. Perempuan hebat. Yang juga punya cita-cita yang sungguh hebat. Mahu menjadi anak solehah. Mengharap redha Allah. Mendambakan cinta Illahi. Ahh, yang pasti dia orang yang hebat.
Lagi beberapa minggu lagi melisa akan ambik exam, untuk kelayakannya menjadi seorang doktor. Melisa bersungguh-sungguh. Study setiap malam. Kemudian menyambungnya pula selepas solat subuh. Dia tekun. Tak heranlah kalau dia antara murid yang pandai di dalam kolej.
Suatu malam.
“Ya Allah, kau berkatilah ilmu yang akan aku pelajari.”
Bismillahirrahmanirrahim. Tekun. Melisa membaca setiap isi kandungan buku. Terlalu khusyuk, sehinggakan tidak sedar hari sudah lewat malam. Terlalu lewat. Jam menunjukkan pukul 12:54. Ada sesuatu yang terlintas di fikiran melisa. Ada sesuatu kewajipan yang belum ditunaikan lagi.
“Astagfirullahalazim. Aku belum solat isyak lagi. Ya Allah.”
Bergegas dia ke tandas. Menyambil wudhu. Mencapai telekung lalu beliau solat.
Esoknya.
“Lisa! Awak dah siap belum assigment yang Prof. Karim bagi haritu? Saya nak tengok contoh awak punya assigment macam mane. Saya belum siap lagi. Tolong boleh? Hehehe.” kata Ain.
Ain, kawan baik lisa dari semester 1. Yang sentiasa bersama Melisa ke mana. Ibarat adik beradik mereka ni. Akrab sungguh. Ain, kawan yang baik dan setia. Selalu tolong Melisa kalau dia dalam kesusahan. Allah tahu besar mana Melisa sayangkan Ain. Begitu juga dengan Ain.
“Oh ain, saya baru siapkan sikit. Saya pun ade benda nak tanye awak jugak ni. Ada jugak benda yang saya tak faham. Awak boleh tolong kan?” balas melisa.
“Alah, awak pun belum siap lagi ke? Aduh.. camne ni.” gelabah Ain.
Tertawa kecil Melisa melihat telatah Ain.
Senyap.
“Eh lisa, cuba awak tengok lelaki tu. Handsome kan?” sambil ain menunjukkan kepada seseorang.
Melisa diam.
“Lisa.. awak tengok lahtu. Handsome kannn?”
Melisa senyum.
“Awak, jomlah. Dah lambat dah ni. Jom masuk kelas.” sambil menarik tangan Ain.
Habis kelas.
“Lisa, kenapa tadi saya tanye awak pasal lelaki tu. Awak tak nak jawab? Eleh.. awak suka kat dia lahtu. Kannnn.” usik ain
“Ade-ade je lah awak ni ain. Hehehhe. Tapi, siapa nama lelaki tu?”
“Dah agak dahhhhh, awak mesti nak tanye tu.”
“Hehehhe.”
Rancak mereka berborak. Sehinggakan…
“Eh lisa, tu dia lah.”
“Siapa?” tanya melisa tanpa menoleh ke belakang.
“Faris, dengan kawan dia.”
“Oh.” balas melisa ringkas
Malam tu melisa cuba untuk ‘study’ sebab tak lama lagi dia akan ambik exam untuk kelayakan menjadi doktor. Banyak yang melisa kena baca. Bukan senang untuk jadi doktor. Apalagi doktor pakar bedah. Tapi sesuatu mengganggu fikiran melisa. Ye, faris.
“Ya Allah, jangan engkau biarkan aku mencintai yang lain lebih dari engkau.”
Keesokannya. Melisa tunggu ain dekat kantin kolej. Melisa dah janji dengan Ain yang melisa nak tolong ain siapkan assigment yang Prof. Karim bagi. Diorang dah janji nak buat sama-sama.
“Lambatnya ain ni.” rungut melisa sendiri
Lama jugak melisa tunggu ain. Dekat 10 minit macam tu jugak. Sementara tunggu, melisa sempat bukak Al-quran untuk semak bacaannya sendiri.
“Eh, duit siapa ni?” sambil memegang not Rm10
“Maaf, itu duit saya. Terbang tadi masa saya keluarkan dari dompet.”
Terkedu.
“Maaf. Nah, duit awak. Dia terbang ke arah saya tadi.”
“Tak ape. Terima kasih.”
Itu faris. Orangnya tinggi, kacak pula. Ramai yang sukakan dia di kolej. Dia tidaklah sepandai melisa. Tapi faris seorang yang baik. Semua orang pun tahu itu.
“Ain, lamanye awak. Tadi janji pukul 9 dekat kantin. 9.30 baru sampai.”
“Lisa, sorrylah. Saya terbangun lambat lah tadi. Sorry eh.”
“Iye.” jawab melisa ringkas
“Alah lisa, janganlah merajuk. Okay, jom saya belanja sarapan. Nak tak? Eleleleh, jangan merajuk tak manis lah anak dara merajuk. Alalala awak ni.” pujuk ain
Tertawa kedua mereka. Selesai sarapan, melisa cerita apa yang jadi tadi.
“Awak, tadi faris tegur saya. Sebab duit dia terbang dekat saya. Lepastu saya ambik bagi dia.”
“Fuyoooo, mesti awak suka niii. Kannn, hahahhaha.”
“Ade-ade jelah awak. Saya kalau boleh dah tak nak fikir pasal Faris lagi dah. Lagipun, tak lama lagi kita kan nak exam. Awak tak ingat ke cita-cita kita?”
Ain diam. Ain faham, melisa bagaimana. Melisa bukan macam perempuan lain. Melisa lain.
“Saya tahu, awak tak nak suka sesiapa lagi kan? Hehehe. Ok, jom buat assigment.”
2 minggu berlalu.
Melisa semakin cuak. Tarikh exam dah pun dekat. Melisa takut. Bukan takut sebab tak dapat jawab. Melisa takut sebab banyak lagi buku yang belum dia habis baca. Melisa usaha, tidak hanya malam dan selepas subuh sahaja. Dia study bersama ain pada masa lapang. Melisa mahu buat yang terbaik untuk ibu ayah melisa. Melisa nak buktikan yang melisa boleh buat. Melisa nak banggakan ibu ayah. Melisa nak ibu ayah tau, melisa boleh buat.
Sedang melisa khusyuk membaca buku. Ain mencelah.
“Awak tak teringin ke nak Faris jadi kawan awak?”
“Bukan saya tak nak, cumanya saya takut ia akan jadi lebih dari kawan.”
Ain faham. Melisa bagaimana. Melisa memang lain. Sangat lain dari perempuan yang lain. Alah, biarlah. Lagipun, faris bukan kenal siapa melisa. Mungkin, Faris Cuma mengenali melisa sebagai seorang yang pandai di kolej.
Suatu hari.
“Maaf ganggu. Melisa, boleh tak saya tanya macam mana nak buat assigment yang Prof. Karim bagi untuk tajuk ni?” tanya Faris
“Oh, ni macam ni. Blablablablablablabla”
“Terima kasih melisa. Saya harap awak dapat tolong saya buat assigment ni lain kali.”
“Sama-sama. InsyaAllah.”
Sejak dari itu. Faris melisa dan ain rapat. Bukan rapat sebab apa, cuma sebab melisa nak tolong Faris buat assigment. Itu aje, tak lebih.
Hari selasa, 11 february. Cuaca sungguh cerah. Sungguh indah pemandangan ketika itu. Tambahan pula pada waktu fajar. Subhanallah, ciptaan mu Ya Allah.
Pagi itu seperti biasa, melisa dan ain akan berjumpa dengan Faris dan kawan baiknya Syafiq untuk menyiapkan assigment.
“Lisa, err saya ada benda nak cakap dengan awak lah.” tegur faris
“Ada apa-apa yang awak tak faham lagi ke? I-Allah saya boleh tolong.”
“Bukan tu lisa, emm.. saya rasa saya suka dekat awak.”
Diam. Melisa tak tahu nak kata apa. Terkedu sekejap. Ape ni? Ape ni faris? Kenapa awak mesti cakap macamtu? Kenapa awak cakap sekarang? Kenapa mesti sekarang? Ya Allah, minggu depan saya nak exam. Saya kalau boleh tak nak benda ni kacau semuanya. Awak pun tahu kan, saya nak exam minggu depan. Bisik hati kecil melisa.
12 comments:
sambungan? cepatlaa nak tahu woooo
loading.. i have no idea. zzzz
ahhh best gilaaaa :D
terima kasih. tidaklah hebat mana ecehhhh puih sikit hihihihi
NADA LAGIIIIIIIIIIIIII !!
cepatlaaa, nak baca lagi wooo
kak nada, best lah. nak lagi, nak lagi!
@sofiyah: hihihi, okay :*
@anis: i-allah akak.. mencari idea ecehh
@farhanah: terima kasih ;*
Akk, nak lagi ! Best sangaaaaaattt..
insyaallah akak sambung lagi dek.
Post a Comment