Saturday, October 22, 2011

Sekolah.

Assalamualaikum. Dah lama kan aku tak update? Haritu, aku memang nak update pun tapi sebab blogger ni buat masalah. Aku ingat masalah besar sangat lah kan. Sebab dekat tempat new post aku ni dia jadi lain. Sebab tu lah aku tak nak update. So tadi aku mintak tolong dekat kak Anis. And kak anis berjaya betulkan dia. Mwehehehe, thanks kak Anis.

19/10/2011
Aktiviti kiteorang dekat sekolah masakan. Ade dua benda yang cikgu bagi buat. 1: Rojak buah. 2: Lempeng pisang/kelapa. So group nada nak buang lempeng pisang. Ok seriously sedap sangatt!! Dan hari tu memang best. Best tak terkata. Seronok sangat. Budak laki pun semua gempak je en. Hihihi.

Lepas je rehat pagi kiteorang ambik barang ape semua pergi belakang. Dekat tempat wuduk lelaki. Masak kat situ. Ahh, serious best gila. Dengan budak laki semua sempoi. Bekerjasama, memang best ah. Lepastu cikgu Che Azizah suruh budak laki ngan budak perempuan tolong masak lempeng. Pastu aku pun try-try lah masak, hahaha memang best.

Ade sekali tu, uwais nak terbalikkan lempeng. Lepastu habis merecik minyak apa semua kena kiteorang. Gempak ah kau uwais, memang tak pernah masuk dapur. LOL ;p Lepastu anuar pulak yang terbalikkan. Lepastu nasrul. Huaa, memang best haritu. :">

Gambar bawah ni, nada masukkan sikit jeh:







22/10/2011
Semalam pun antara hari yang best dekat sekolah. Boleh kata semua hari dekat sekolah ni sekarang best. Apa yang best pulak harini? Kiteorang dapat main bola jaring. Sebab masa hari khamis tak sempat nak main lama-lama. Sempat main sekejap je. So semalam lawan balik untuk tentukan lah. Sebab tak adil, masa kiteorang main cuma 10 minit je. Ataupun tak sampai 10 minit sebab hari khamis hujan. So cikgu decide nak buat esoknya. Tu pun payah nak pujuk cikgu buat rematch balik.

Tapi keputusan tak menyebelahi kelas nada. Kalah 8-9 dengan kelas 6 Hamzah main bola jaring. Tak puas hati tu memang ada. Sebab beza kiteorang 1 markah je. Yang 1 markah tu pun boleh kata markah nasib je sebab masa tu dah nak habis masa. So bola yang pegang masa tu center 6 Hamzah. So pass sekejap je dah sampai kat tangan GA/GS. Haih, sabo je. Tapi memang best!!!

Lepas habis nada lawan dengan 6 Hamzah. 6 Uthman lawan 6 Abu bakar pulak sebab nak tentukan sape yang masuk final. Keputusan dia 6 Abu bakar menang. Tengok cara dorang main pun dah tau dah 6 Abu bakar akan menang. Dorang main serious gila. Best tengok. Farzanah ngan Nurin ah memang gempak dorg main.

Sementara tu aku pulak tengok budak laki kelas aku lawan dengan kelas 6 Hamzah. Dorang lawan galah panjang. Tengok dorang main memang comels. Siap main kepung lagi tu. Dorang main pelik sikit. Bak kata anuar: "Ni galah panjang senior. Kau ape tahu?" Keputusan dia kau tak tahu lah sape menang.

------

Nanti rindu sekolah. Nanti rindu kawan. Nanti rindu semalam. Nanti rindu minggu lepas. Nanti rindu minggu depan. Nanti rindu awal tahun. Nanti rindu akhir tahun. Nanti rindu jamuan perpisahan. Nanti budak lelaki. Nanti rindu nak tengok dorang main bola. Nanti rindu semuanya. Peritnya nak tinggalkan sekolah ni. kalau boleh:

Nak satu sekolah dengan korang semua tahun depan. HAHHA, tapi mustahil.

I miss this :'>

Counting days...

4 comments:

loser said...

yeah dia dah update :"> ada nama akak pulak tu. hihihi

Nada binti Badrul Hisham said...

@Anis: Hihihi, thank you soo much. <3

IzzatiR. said...

shuweetnye Nada & Izzah ni :3 hihik.

Nada binti Badrul Hisham said...

@Izzati R :): Mwehehe. ;p