Sunday, October 16, 2011

Aku bukan sombong.

Assalamualaikum. Long time no see ah bloggers and readers. Saya bukan merajuk dah tak nak post ok. Saya cuma tak berapa nak sibuk dan tak ada cerita yang best pun sebenarnya nak bagi tahu. Cumanya nak kata: Saya dah betul-betul freedom ni. Freedom yang tak terkongkong. Freedom yang sangat best.



Kalau saya dah ada cerita nanti saya update lah, bukan tak nak update. Saya pun memang rindu sebenarnya nak update cerita baru dekat blog. Ye lah, asyik-asyik bukak blog nampak benda sama je kan. Nampak post sama je kan. Dan, saya pun malas nak edit blog. Takpelah, rupa blog yang skrg ni tak huduh pun kan?

Sekarang ni pun kan dah banyak benda jadi. Baru-baru ni dengar macam-macam cerita pasal sekolah. Pasal disiplin, pasal ustaz tu buat cani buat camtu. Pasal kena panggil dengan cikgu disiplin (mualimah asma) dan bla3. Dan aku rasa macam darjah 6 tahun ni ________. #Tak cakap teruk pun.

Tak lama lagi nak buat aktiviti bebas. Tak lama lagi dah ada minggu koko. Tak lama lagi nak ambik keputusan upsr & psra. Tak lama lagi nak naik graduasi dengan form3. Tak lama lagi nak pergi lawatan. Tak lama lagi nak hepy dengan kawan-kawan kat Langkawi. Tak lama lagi nak pindah abim dah..

Tak lama lagi dah. Tak kan lama. Kejap je.



Tak tahu lah nak kata seronok ataupun sedih nak pindah sekolah dah. Memang lah seronok dah nak habis sekolah, tak buat pape. Main je dengan kawan-kawan. Takde exam, takde kertas, takde homework, takde kena bebel dengan cikgu dah. Lepastu boleh holiday akhir tahun. Yang seronok tu lah. Yang tak seronok?

Dah tak jumpa kawan-kawan dah tak lama lagi. Dah tak dapat nak lari satu blok menjerit-jerit main kejar-kejar. Dah tak dapat nak tengok budak laki bising dalam kelas main bola. Dah tak dapat nak tengok budak laki ngan budak perempuan gaduh. Dah tak dapat tengok suasana kecoh yang kita buat selalu tu, :">

Nanti rinduuu.

Rindu dengan kerja sekolah yang cikgu bagi. Rindu bawak beg berat setiap hari. Rindu naik tingkat atas sekali. Rindu perhimpunan panas terik. Rindu kena leter dengan cikgu-cikgu abim. Rindu kawan. Rindu sekolah. Rindu cikgu. Rindu kertas set ramalan yang berpuluh-puluh. Rindu nota yang cikgu bagi. Rindu masuk makmal komputer. Rindu masuk makmal sains. Rindu masuk bengkel k.h. Rindu bising dalam pusat sumber. Rindu berebut nak beli coklat kat pusat sumber. Rindu borak-borak kat kantin. Rindu nangis sama-sama masa ppg. Rindu tusyen sabtu. Rindu ambik gambar masa tusyen sabtu. Rindu jadi sibuk dengan kerja sekolah bertimbun.

Semuanya rindu.

Time never wait for you, go and run,
Go grab the sweetiest moment,
With your dearest friend,
for dis year.

Saya tak kan pernah jumpa kawan seperti anda lagi dalam dunia ni batch tahun 6 2011. Kita tetap hebat, walau apa pun. Cuma satu, jangan pernah lupa kami semua. tau? *nangis*

#Saya belum redy nak berpisah lagi. serious belum
Bye.

6 comments:

Sofiyah said...

Touching :')

Nada binti Badrul Hisham said...

@Sofiyah: :">

fiq said...

Batch 2010 lagi best woot !!! <3

Nada binti Badrul Hisham said...

@N A A: Sebab tu batch akak thats whay akak cakap best.

IzzatiR. said...

*lepas baca post Nada*
akak tiba2 nak nangis rindu tahun enam :'*

Nada binti Badrul Hisham said...

@Izzati R :): Hehehe. Biasalah tu akak, semua orang akan rindu punya. :">