Thursday, October 6, 2011

bye kawan :'>

Datang sekolah memang bosan.

Eh? Kenapa bosan.. bukan dah habis periksa ke? Upsr & Psra kan dah habis. Kenapa nak bosan pulak? Sepatutnya enjoy lah datang sekolah boleh jumpa kawan, boleh main semua. Boleh ambik gambar sama-sama. Boleh bawak phone, boleh bawak kamera.

Tapi tak untuk saya.

Sekolah saya ada Peperiksaan Akhir Tahun. Sekolah saya tak boleh bawak phone, kamera, mainan dan sewaktu dengannya. Sekolah saya minggu pertama ni tak boleh main lagi, kena hafal surah Al-Insan & surah Al -Mulk sampai habis. Kalau tak hafal sampai habis dua-dua surah tu mungkin tak dapat ikut permainan masa minggu ke-2.

Apa semua ni cikgu?

Kiteorang ingat kiteorang dah bebas. Dah boleh main. Dah boleh borak-borak dalam kelas dengan kawan-kawan. Dah boleh main bola jaring, dah boleh main bola sepak. Kenapa tahun lepas takde Peperiksaan Akhir Tahun? Kenapa tahun ni mesti ada?

Kami tahun 6 dah hadapi lebih dari 10 peperiksaan.

Itu fakta. What? Lebih dari 10. Kau tipu aku ey? Kau cakap biar betul Nada. Ye, buat apa aku tipu. Ok, meh sini nak bagi tau.. percubaan ada 4 en? satu Upsr & satu lagi Psra. So = 8. Campur dengan gerak gempur, campur dengan Upsr & Psra yang betul. Ni nak tambah pulak dengan Peperiksaan Akhir Tahun. Apakah semua ini cikgu? :'<

Muka berminyak tak nak kalah wo.

Lepastu waktu permainan kami dipendekkan. Dari 2 minggu dah jadi 3 hari. Apa semua niiiiiiiiiii? Saya sangat sedih tapi takde sapa kisah. Ye lah markah Al-Qur'an, Tafsir, Hadith dan juga Kemahiran Hidup kan penting untung mohon masuk sekolah lain. -/-

Cikgu cakap camtu sebab nak sedapkan hati kami je kan? kannnnnnn.

Makin hari makin dekat dengan hari cuti kann?

Makin dekat la juga kita semua nak berpisah kan tahun 6 kan? Ingat tak lagi time kita ada PPG 1, 2, 3, 4, 5, & juga 6. Saya akan rindukan awak semua. Rindu bila kita gaduh, bila kita gelak, bila saya kena fitnah, bila saya dapat kenal cikgu baru, bila saya dapat ilmu baru, bila saya dapat kelas baru, bila saya dapat guru kelas baru, bila saya dapat kenal dengan abang-abang semi. Hehehewwww.

Saya akan rindukan semua tu. Seriously.

Bye pakcik kantin, bye makcik kantin, bye wak, bye makcik tukang sapu, bye makcik cleaner, bye kerani sekolah, bye pejabat sekolah, bye pentas, bye perhimpunan hari isnin yang langsung tak best, bye cikgu-cikgu, bye ustaz-ustaz, bye guru besar. Dan yang paling sedih, bye kawan. :'>

Lek ah lambat lagi. Hehe, saje je :x

Saya tak nak fikir semua tu lagi,
Bye.

22 comments:

Adwa Adwan said...

Korang periksa ape sampai ade Peperiksaan Akhir Tahun batch korang? o.o

Unknown said...

yang part hafal quran tu aku like

fz said...

part hafal quran tuaku like jugak

Captain Sofia said...

Esh geramnye! bile nak post pasal budak yang main bole tuh. kat gmbar owner blog nih ^^

Nada binti Badrul Hisham said...

@Hanisah: Cikgu nak suruh periksa Tafsir, Hadith, Alqur'an ngan Kh.

Nada binti Badrul Hisham said...

@JIJI YU: Ye lew ustaz. :>

Raihan Izzati said...

ehh , tahun lepas drjh enam ade ape periksa akhir tahun .

kitorang bukannye buat btol2 pon . banyak tiru @ bincang jawapan . watlekk watcool .

Nada binti Badrul Hisham said...

@fz: Awak ni sama je cam ustaz atas tu. Heheee. :p

Nada binti Badrul Hisham said...

@A N I S S O F I A: Hehe, tu kawan baik je lewww. :p

Nada binti Badrul Hisham said...

@BUDAK ABIM: Oh, akak ade ke? Ingatkan takde. Hewhewhewww. Haha, cool lah tu. Masa periksa sebelum Upsra pun kiteorang camtu gak. 'Bekerjasama' masa periksa.

Cool kann? :>

Raihan Izzati said...

Memang Cool .
tak payah serious sangat . chill laa xD

Nada binti Badrul Hisham said...

@BUDAK ABIM: Tapi kalau tak hafal surah tu en nanti kena gantung tak dapat ikut aktiviti. Seram tak. grr

Adwa Adwan said...

Ade ke peperiksaan tahun lepas? #terlupa o.o

Nada binti Badrul Hisham said...

@Hanisah: Nada rasa takde sebab Nada tanya aziz dia kata takde.

Raihan Izzati said...

adelaa pekse tahun lepas . #rasenyee , sebab kite@akak ade cite dulu kat blog (:

Nada , surah Al Insan dengan Al Mulk kan senang nk hafal .

Nada binti Badrul Hisham said...

@BUDAK ABIM: Ohhhhhhhhhhh. Hehe.

Senang? Hmm, setiap kali nak hafal mesti takde mood atau ada masalah atau nangis.. Haha, nangis? Ok dah..

Raihan Izzati said...

mase nk hafal tuh , tenang kan fikiran , bace bismillah , ingat Allah (:

Nada binti Badrul Hisham said...

@BUDAK ABIM: Nada cuba eh akak? Thank you soo much. :">

Sofiyah said...

Gambar awak terlalu comel (:

Raihan Izzati said...

Nada cuba lah , I.Allah nanti senang Nada nak hafal . Kalau tak boleh jugak , zikir banyak kali . I.Allah , boleh .

Okey , Same same :')

Nada binti Badrul Hisham said...

@Sofiyah: Siti, tu muka marah kot. Omagod, comel? Apakah.

Nada binti Badrul Hisham said...

@BUDAK ABIM: Terima kasih sekali lagi. <3<3<3