Friday, January 17, 2014

Tips untuk travel


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Setiap kali nak mula post mesti tak tau nak mula dengan ayat apa dulu, padahal dalam kepala dah siap karang dah nak taip apa, isi apa dalam post blablabla, cumanya bila nak mula post tu je ha tak tau camne nak mula. Cuma yang paling penting, tadi saya tengok gambar2 lama dekat laptop ni ha, terjumpalah gambar2 masa pergi Mesir tahun lepas, bulan 2. Dan saya pulak memang takde cerita lagi pasal trip pergi ke Mesir tu, tambahan pula, memang saya nak share tips kalau nak travel :) Tak adelah tips sangat pun, cuma saja nak share ilmu yang sikit ni.

Mungkin sebab sebelum ni malas nak update blog kan, jadi tak banyak pun gambar yang saya upload dekat blog sepanjang berada di Mesir. Tapi syukur Alhamdulillah, dapat merasa pergi Sinai. Peh, perjalanan nak pergi Sinai dari Kaherah? Memang jauh, lagi jauh dari Selangor nak pergi Kelantan. Adalah dalam separuh hari duduk dalam bas sahaja, dapat pulak kerusi yang memang tak seronok nak duduk, huhuhuhuhu T_T

Dalam post yang ni saya ada cerita sikit lah, sikit aje, gambar pun sekeping je letak hahaha kedekut & malas punya pasal kan masa tu. Jadi harini sebab terlebih-lebih rajin dia, jadi, marilah kita. Sambil2 tu, saya share lah apa yang patut, Insyaallah! Semua gambar yang saya akan upload ni, daripada kamera phone, jadi kualiti gambar tak seberapa lah, dan gambar pun tak banyak (walaupun banyak sebenarnya tapi tak boleh nak lawan gambar dalam kamera la hehehehehehehehheheheheh) oh dan kalau tak ada masalah, saya nak share video jugak!

#1 Berapa helai baju kena bawak ek? Hari2 kena pakai baju lain2 ke?
Berapa helai baju yang nak kena bawak bergantung kepada berapa banyak hari kita ada dekat situ. Contohnya macam saya, saya pergi Mesir 8 hari macam tu jugak rasanya, ataupun tak sampai 8 hari, seminggu jugak lah, sebab lepastu pergi transit ke Oman pulak. Kalau kita pergi ke sesuatu tempat tu, seminggu contohnya, bawaklah dalam 3/4 helai baju sahaja, sebab kalau kita lama dekat situ, mestilah ada basuh baju jugak kan? Ataupun mesti nanti ada beli2 baju dekat sana. Takkanlah tak nak shopping kot? :p

Macam cuaca dekat Mesir masa tu boleh tahan jugak sejuk dia, (paling sejuk yang saya pernah rasa, 14 degree. Yang tu masa dekat Sinai, sejuk dia Masyaallah!) jadi, kalau dah cuaca sejuk, mestilah kurang berpeluh bukan? Kalau kurang berpeluh baju pun mestilah kurang berbau, ha, lagipun kan mesti kita pakai sweater ataupun yang seangkatan dengannya, jadi kalau kita pakai baju sama sepanjang dekat sana pun orang tak perasan punyalah, dalam gambar pun takkan tahu :p




#2 Tudung jenis macam mana yang nak kena bawak?
Hah! Ini soalan femes dikalangan kaum perempuan lah hopkossss! Kalau saya, saya jenis yang pakai tudung bawal & selendang. Tudung sarung ni jarang2 pakai, sebab kalau pakai nampak tombam sangat mak jemah. Jadi, saya ambil langkah selamat untuk pakai bawal lah hahaha. Sepanjang saya dekat Mesir tu saya banyak bawak tudung bawal, sebab rasanya memang tak ada kot bawak selendang. Tapi saya cadangkan, kalau nak travel, mudah bawak selendang & tudung sarung (bagi yang memang pakai tudung sarung) Sebab kenapa kena bawak selendang???????? Bukan ke selendang tu leceh nak pakai?????? Lambat ah saya nak bersiap nanti!!!!!!!!

Hahahaha rilek dulu, camni, sebab kalau bawak selendang, tak perlu nak gosok sangat. Betul tak? Sebab kalau bawak tudung bawal mesti nak gosok punya! Sebab kalau kedut camne nak pakai? Tapi lainlah kalau ada yang pakai tudung bawal tu sebagai selendang, kan? Alah, sekarang kan macam2 trend hahaha. Tapi lebih selamat bawak selendang lah saya rasa. 1st, takyah nak fikir kedut2 bagai. Lagipun, korang bawaklah selendang yang tak mudah kedut. Tapi kalau nak bawak jugak tudung bawal, korang wajib kena beli iron untuk travel tu. Sebab kita tak tau kan samada hotel/rumah sewa yang kita nak duduk nanti ada iron atau tidak. Tapi lainlah kalau korang memang jenis yang lantak haku lah kedut ke tak janji aku pakai tudung kesah ape aku, gitu.




#Bawak kasut yang sesuai
Kasut adalah perkara yang paling penting kalau kita nak travel! Lagi2 kalau nak jalan jauh kan, macam shopping ke? Hahahaha tapi mana ada travelling yang tak jalan jauh -_- sebab mestilah kalau kita travel kita nak tengok tempat orang kan, ye tak? Seksa weh kalau kita bawak kasut yang tak sesuai, sebab kita akan berjalan sepanjang masa. Pastikan kasut tu tak terlalu complicated untuk dipakai dan dibukak. Contohnya macam kasut yang banyak gila tali berbelit-belit dekat betis camtu ke. Hah, memang tak lah! Nanti susah kalau kita nak tanggal kasut tu masa nak ambik wudhu' ke, atau nak masuk kedai yang kena bukak kasut. Betul tak? Hah, jadi konklusinya bawaklah kasut yang sesuai dan selesa.



ni bukan anak orang Mesir ye hahaha


#4 Bawak beg yang sesuai
Maksud beg yang sesuai di sini ialah, beg sandang atau handbag yang kita akan bawak sepanjang kita travel tu, nak2 lagi kalau travel jauh macam pergi overseas. Ini untuk perempuan ye. (Tapi ada jugak kan lelaki yang travel bawak beg? Kalau yang ada anak tu hopkos lah si bapak kena angkut susu anak, pampers dan barang keperluan baby yang lain.) Kalau saya, maksud beg yang sesuai disini ialah yang selesa kita bawak, yang tidak terlalu berat, yang tidak terlalu besar dan terlalu kecil, yang boleh simpan barang2 keperluan. Jangan jakgi ko gi bawak beg yang kecik muat masuk dompet je, memang tak ah. Mana nak campak barang2 lain? Bawak beg yang besar sangat pun tak boleh jugak sebab kalau beg tu terlalu besar, nanti bila terlalu banyak sangat barang ko campak dalam tu, beg akan jadi berat dan tak selesa nak bawak. Saya pakai beg ni masa dekat Mesir, saya pun tak tahu kenapa saya bawak beg ni, beg ni kecik je tapi mungkin sebab kain beg ni lembut lepastu muat masuk barang2 yang saya bawak masa tu kot?



Oh hah! Lepastu kan tips tambahan, kalau kita pergi negara orang kena berhati-hati, lagi2 kalau kita bawak beg sebab takut kena ragut dsb kan. Pastikan sepanjang masa pegang beg kuat2. Kalau bawak beg jenis sling bag, tolong sangat2 silang beg tu dan letak di bahagian depan untuk lebih selamat, sebab kalau silang tapi letak dekat belakang pun tak guna jugak. Sebab kalau silang beg dan letak bahagian depan, kita boleh nampak kan apa yang berlaku kan? Hahahaha lagipun kalau nak ambik barang pun senang ;)


 


#5 Luggage
Kalau korang travel ke sesuatu negara tu tujuan utama untuk shopping, memang dah niat awal2 dah ni memang sampai sana nak shop till you drop kan, bawak baju 2 helai, tudung sehelai, seluar 2/3 helai je. Pastu ko shopping lah sampai lebam. Sebab apa? Yelah, ko bayangkan ek, kalau ko dah bawak baju sampai 5/6 pasang lepastu nak shopping lagi. Mana nak sumbat baju2 tu semua? Mana muat beg kan? Hah, dengan baju kotornya lagi. Mana nak letak? Jadi, bawak je baju sikit. Lepastu ko shopping banyak2, hahahaha :p oh, dan jangan lupa sediakan satu extra luggage! Sebab konpem beg beranak nanti, dan takyah lah nak kena beli beg baru.

#6 Duit
Kalau pasal duit ni, saya rasa saya bukan orang yang sesuai untuk cakap pasal duit ni sebab kalau travel jauh2 pun bukannya saya yang pegang duit. Cumanya, kalau kita pergi negara orang, pastikan kita bawak duit spare, sama ada duit Malaysia atau duit USD. Tapi kalau bawak duit USD lagi mudah nak tukar. Lagi2 kalau pergi Mesir, nak tukar duit Malaysia ke duit Mesir, susah. Jadi, untuk memudahkan urusan kita sendiri, bawaklah duit USD spare. Tukar siap2 dekat Malaysia. Lepastu bawak, kot2 kalau dah kering sangat tak ada duit, boleh tukar nanti :)




Terima kasih sebab baca sampai habis! You did it! Semoga ilmu yang tak seberapa ni, bermanfaat untuk semua yang baca! Nanti kalau rajin, saya update lagi ye esok hahahaha. Assalamualaikum, x

4 comments:

Izz Hazwani said...

pastu bawak buku nota sekali! tak tau kenapa tapi mesti nak jugak bawak buku nota. eh eh tak wajib pun masuk tips travel.

Nada binti Badrul Hisham said...

>Izz Hazwani<
Haha comelnya bawak buku nota, macam nak pegi lawatan sekolah :p

Anonymous said...

thanks ilmu yang sangat3 berguna !! hehe

Nawhytwo said...

comel la beg kamu