Sepatutnya nak post benda lain, tapi takpelah, tangguh dulu, sebab terasa nak cakap pasal benda lain pulak.
Macam post yang lepas, saya ada tulis, life is about fighting to be a better person than who you are before/yesterday. Dan rasanya ramai antara kita yang selalu dengar ayat, semoga hari ini lebih baik dari semalam, dan esok lebih baik dari hari ini. Hari2 sebenarnya kita kena usaha untuk jadi yang lebih baik dari yang sebelum ni. Apa definisi baik? Baik ialah kalau kita hidup dalam aturan yang dah ditetapkan oleh Allah. Tidak buat perkara maksiat dan sebagainya. dan orang yang baik tak akan cakap dia baik, dan sebab diri kita sendiri pun tak tau sama ada kita dah cukup baik atau belum.
Life is about fighting to be a better person than who you are before.
Saya selalu cakap dekat diri saya, jangan tinggal solat, dengar cakap mama abah, jadi anak yang baik dan dengar kata, istiqamah buat sesuatu perkara, rajin2kan lah diri buat kerja rumah, kerja sekolah, study, dalam kelas beri tumpuan sepenuhnya, belajar tu kerana Allah, hormat cikgu, sayang cikgu, selalu mintak maaf kalau diri sendiri buat salah, jaga percakapan dengan kawan, jangan mencarut, dll. Selalu sangat pesan. Hari2 sebelum pergi sekolah cakap depan cermin sorang2, selalu. Dan saya selalu jatuh.
Sedih sebenarnya tengok diri sendiri, nak berjaya, ye, memang semua orang nak berjaya, termasuk saya. Nak dapat semua A dalam periksa, ye, nak jugak. Nombor tinggi dalam kelas, mestilah nak kan. Tapi, usaha? Selalu marah dekat diri sendiri. Kenapa tak boleh jadi macam kawan2 yang lain? Kenapa pemalas sangat nak belajar ni? Kenapa selalu sangat menghadap internet? Kenapa tak boleh jadi rajin? Cemburu sebenarnya tengok kawan2 yang hebat. Periksa dapat markah tinggi, solat dhuha tak tinggal. Cemburu sebenarnya. Selalu rasa macam, kenapa tak boleh jadi macam dia orang? Kenapa kawan2 yang lain boleh tak online, kenapa saya tak boleh jadi macam tu? Kawan2 yang lain boleh belajar dekat rumah, kenapa saya tak? Kenapa pemalas sangat? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Tapi berjaya, nak.
Dan sungguhlah, life is about fighting to be a better person than who you are before.
Assalamualaikum, x
No comments:
Post a Comment