Thursday, January 16, 2014

Hlovate

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tadi saya tengok dekat bahagian edit post sebab saja2 lah kan nak tengok dah ada berapa banyak post, ada lah dalam 400 lebih camtu hahaha dan rupa2nya blog ni dah tua gak lah. Bolehlah tahan tua dia, sebab dah 4 tahun camtu lah? Post pertama, 30 Nov 2010 :) Diri sendiri pun tak percaya ui. Dan yang bestnya saya tak pernah tukar lagi link blog ni sejak 4 tahun yang lalu. Proud myself! Hahahah!! Sebab sebelum ni saya ada blog jugak pastu blog dulu tu suka sangat tukar2 link.

Hlovate, kan? Siapa yang tak kenal? Ok mungkin yang tak berapa nak minat baca novel tak kenal lah kot siapa Hlovate? Tapi rasanya ramai je yang kenal dia ehehehe. Setiap orang yang minat baca novel, macam saya, hopkos lah ada penulis kegemaran dia sendiri kan? Kalau saya mestilah Hlovate!! Tapi saya minat jugak Ustazah Fatimah Syarha, Hilal Asyraf dll sebab sangat ramai penulis lain yang sama2 hebat jugak. Cumanya, yang peberetnya Hlovate lah.




Ini antara penulisan ataupun karya daripada Hlovate. Sebenarnya ada beberapa lagi buku yang terbaru, Anthem dan ada buku yang Hlovate kata takde dekat kedai buku, cuma boleh beli online, Hlovatulis. Kalau nak tahu apa2 update ataupun cerita daripada Hlovate, like facebook Hlovate sendiri. Hlovate :) Haritu saya tengok dekat photos Hlovate dekat facebook tu ada lagi beberapa buku Hlovate yang baru!

"Kenapa engko minat sangat ngan Hlovate?"
Kenapa? Sebab kalau ada antara korang yang terfikir atau terlintas dalam fikiran rasa macam tu, ok, sila beli dan baca buku Hlovate dulu. Serious talk! Tak mampu nak bagi tahu kenapa suka sangat dekat dia hahahahah over engkooo. Rasanya pada saya, salah satu benda yang saya suka sangat dekat Hlovate ni sebab cara dia menyampaikan sesuatu perkara tu, mendalam sangat maksud dia ha macam tu. Dah lah kena ayat dia. Um, korang faham tak ni?????

Ok senang cerita camni (ah takdek tak kira aku nak gak korang paham pebende yang aku cuba nak sampaikan) setiap satu buku yang Hlovate tulis, tema cerita dia lain2. Macam saya, saya dah baca semua novel yang dekat dalam gambar tu kecuali Gurindam Jiwa, Versus & Pelangi. Eh tapi Anthem saya dah baca tau. Rooftop Rant, mula2 saya nak mula baca buku ni, rasa macam "Ish, ni mesti tak best, yelah, tengok ah cover dia Masyaallah cantik sangatlah pulak, tajuk buku pun macam tah pape je" tapi ni saya nak bagi tau bila dah mula baca je, hah, setepek! Memang best, sama best macam buku2 yang lain jugak. Dan yang tak sangkanya, Rooftop Rant ni, dia punya tema cerita tentang sebuah keluarga yang berpecah belah. Macam mana watak utama dalam tu survive hidup dalam keluarga yang takde siapa peduli pasal diri dia. Engko boleh bayang? Nak kata best ke tidak Rooftop Rant ni, ada lah dalam 2-3 kali jugak menangis.

Cara penulisan Hlovate. Cara penulisan yang bersahaja, menggunakan perkataan yang sempoi, dan dalam kesempoian sesebuah ayat, ada maksud yang mendalam. Sangat. Saya setiap kali baca penulisan Hlovate, tak sah kalau tak meremang bulu roma. Serious talk. Sebab ayat yang Hlovate karang, memang sampai. Sampai sangat. Alah, macam engko tengah borak2 ngan kawan engko pastu dia tegur engko direct gitu pastu ko macam peh sampai dow ayat kau ha camtu. Ah! Senang cite gi beli ah buku dia -__-

Hlovate misteri. Nak kata dia lelaki, macam perempuan. Sebab kebanyakannya saya baca buku2 karangan Hlovate, watak utama dia perempuan. Perempuan yang sempoi, ayat main aci redah, seorang yang cuba untuk berubah ke arah kebaikan. TAPI! bila saya baca buku Contengan Jalanan, rasa macam Hlovate ni lelaki. Hah, pulak dah?! Iye lah sebab kan, 1st, watak utama dia lelaki lepastu jalan cerita dia memang rasa macam Hlovate ni lelaki tak tahu ngape. Tapi saya memang rasa Hlovate ni perempuan lah hehe :) Lagipun ramai yang cakap camtu. Ha gitu.

Kalau ada sesiapa yang tahu siapa sebenarnya Hlovate ni, kabo2 le ke kita ye yob, kita nak gak jumpa Hlovate ni nak take a selfie kononnnnyyeeerrrrrr bolehla kita apelodeddd dekat Instagram kita gituuuu kan hahahhahahahaha amboi Nada bukan main ye engko mentang2 besok cuti Tahipusam lepastu engko semangat pulak nak update blog lagi harini hek eleh nanti dah lama2 tu mesti dah malas nak update engko tengok lah Nada engko tunggu ye Assalamualaikum, x

No comments: