Monday, April 23, 2012

Menghilang (part 6)

Terima kasih Ya Allah. Kau berikan aku peluang sekali lagi; untuk menjejakkan kaki di sini. Di tanah suci Kota Makkah. Allahurabbi...aku rindu tempat ini :') Rindu teramat. Dan masih....

----

Tahun ni tak sama macam tahun2 lepas. Hotel jauh daripada Masjidil Haram. Lebih kurang 450 meter. Rasanye. Sebab hotel yang pernah duduk dekat2 dengan Masjidil Haram tu dah nak roboh. Kerajaan Saudi tengah nak buat pembesaran Masjidil Haram. Ahh, takpe.

"Semoga dengan setiap langkahku ke Masjidil Haram kali ni, di lipat kali gandakan pahalanya. Lagi2, di tanah haram ini.  Di tanah suci ini. Amin"

Perjalanan kali ni terasa jauh. Sebelum tidur, aku masih ingat. Kami bertarbiyyah berama-ramai di dalam bas. Disebabkan kami semua dalam Ihram. Perjalanan yang jauh. 9 jam mungkin. Dari Madinah ke Makkah. Aku sedar dari tidur. Kelihatan perkarangan Masjidil Haram dari dalam bas. Sebak. Ya Allah :'( Tempat ini, aku merindui tempat ini Ya Allah.....Alhamdulillah

Kelihatan jalan sibuk. Tapi, sekarang kan jam 10.30 malam. Oh lupa..di sini orang tak kenal waktu. Pagi2 ke, malam ke, tengahari ke. Sarat dengan manusia; yang ingin mengerjakan ibadah. Lagi2 di tempat ini. Tempat yang di mana dilipat kali gandakan pahalanya kepada 100 ribu kali ganda. Ya, begitu juga dengan dosa. Nauzubillah. Minta di jauhkan.

Jauh juga bas bergerak. Menuju ke tempat yang aku tak pernah kenal. Maksudnya, ke hotel yang aku tak pernah tahu sebelum ni. Ya, hotel kalini jauh. Tempat kalini asing bagi aku. Tapi takpelah, sekurang-kurangnye aku dapat menjejakkan kaki ke sini sekali lagi.

Letih. Badan penat. Sampai depan hotel, semua turun. Aku? Terkial-kial. Ahh, letihlah T__T Lepastu nada turun dari bas. Tengok pekerja hotel cepat2 angkat beg kitorang dari dalam bas. Banyak. Aku turun bas. Terus pergi terik beg, duduk satu tempat. Cantik hotel ni. Tapi, banyak tiang. Dan..kecik. Takpelah :) Rezeki hihi. Tapi lawaaaa!! Abah dengan muhammad pergi tarik beg besar.

HOTEL BURJ Al-HARAM
Blablablabla. Lepastu dapatlah kunci.

Yes, 703.

Uish, tingginye. Terkejut jugak masa dapat ni. Dan terkejut jugak. 1 kunci je? 1 je? Means; 1 bilik? Eh, ade ke bilik yang boleh muatkan 6 orang sekaligus? Fuyohh. Ini sudah baik :p Hehehe. Lepas semua beg besar dah dapat dan dah kumpul satu tempat. Masa nak naik lif tu. Ramai pulak dah yang tunggu lif. Lif cuma ade 4 jeh. 2 dekat depan 2 dekat belakang. Yang dekat depan tu lif jenis lama. Tapi boleh sumbat ramai orang. Lif 2 dekat belakang ni sensitif sangat. Kalau lebih muatan dia bunyi dan merajuk tak nak tutup. Hadoi..cane ni? Pukul 11.30 nanti kena turun bawah pulak. Sebab nak selesaikan umrah. Kalau nak sekali dengan mutawwif la. Tapi kalau nak buat sendiri pun boleh.

"Takpe. Kita buat sendiri2 je. Lambat pun takpe." -Abah

Fed up ah tunggu lif lama sangat. Ramai orang pulak tu. Mama bersuara,

"Kita naik tangga je lah."

"Ape ma?! Ha. Naik tangga? Tingkat 7? Dengan beg besar yang banyak ni? Serious ma?!! Nada tak sanggup. Nada penat. Badan letih. Lepasni nak tawaf lagi nak sai'e lagi..."

"Kalau macam tu Muhammad dengan abah dengan adik lah naik dulu."

"Ma...penat lah. Muhammad pun tak larat."

Blablabla, dan buat keputusan. Naik tangga jugak. Tapi beg besar tinggal dekat bawah. Tinggal dekat lobi dulu. Naik dengan beg2 kecik aje. Beg sandang ape semua. Sebab nak cepat tawaf dan sai'e dan selesaikan semua. Berlumba aku, muhammad dengan Yusuf naik tangga. Excited weh :p Sampai2 atas tu, cari2 bilik tak jumpa. Rupanya, hujung sekali. Yeah man

Bilik ku uhuxx~!! Akhirnya setelah penat mendaki tangga~

Masuk2 ape lagi. Cop katil masing2!

Dalam bilik ni ade 7 katil. Alhamdulillah, lebih dari cukup. Lagi 1 katil tu nada punye. Eh? Hahahha. Tak ceni, nada punye katil dekat dengan tandas. Sebelah katril nada tu katil yang takde sape tidur tu. Jadi katil tu gabung dengan katil nada patu letak barang2 dekat situ. hahhaha, pun boleh

Gua excited nampak benda ni. Sirius .__.

Aircond ni betul2 atas katil nada. Aircond lama yang sejuk!!

Malam tu lepas dah selesaikan semuanya. Dah siap sedih semua. Dah kemas katil dan cop tempat masing2. Dah cakap dengan pekerja hotel suruh bawak naik beg besar kitorang semua letak depan pintu bilik. Barulah pergi selesaikan Umrah :)

Masa turun lobi tu. Abah tanye abang yang duduk dekat Lobi tu. Haha, nasib baik orang Malaysia :) Cakap pun takdenye macam orang indon. ABah tanye mane jalan nak pergi Masjidil Haram. Dia kata keluar dari pintu hotel tu belok kiri terus je sampai jumpa Masjidil Haram. Ok lah en. Keluar2 tu, pheww~ Memang jauh ah :) Tapi takpelah. Exercise. Boleh lah kurus hahahah

Sampai sana. Masuk pintu utama, pintu no 1. King Abdul Aziz. Sebab senang. Masuk2 pintu tu terus boleh nampak Ka'abah, niat dan boleh mulakan tawaf. Ya Allah..masa mula2 nampak Ka'abah. Hati sayu. Tenang, tak terkata. MasyaAllah. Terima kasih Ya Allah. Kau berikan aku rezeki untuk melihat rumah-Mu sekali lagi. Sesungguhnya rezeki ini milik-Mu :') Menangis.

Lepas habis tawaf dengan Sai'e. Balik hotel. Tahalul.

MASJIDIL HARAM
Besoknya aku buat benda yang berani mati (kot). Nada bawak kamera masuk Masjidil Haram masa solat subuh, kalau tak silap. Sebab nak ambik gambar dalam tu, hehehe :p Lek luuu. Pandai bawak, pandai cover, pandai tanggung ah hehehe~

Chandilier dalam masjidil haram. (sorry tak reti eja chandilier)

Tengah tunggu azan subuh.



Pemandangan dari luar Masjidil Haram. Boleh nampak dari gambar
ni pintu King Abdul Aziz (1).


Sebelum balik hotel tu singgah dekat Bin Dawood (macam shopping mall tesco la, carrefour blablabla) patu Muhammad beli donut. Sedap weh. Comel2 je donut dia.

Sebelum ditelan.

Selepas.

And guess what??!!!!! Jeng jeng jeng.... *drumroll*




Aku famous ok dekat sana~ *flips telekung*
HAHHAHAHA, bajet kuasa 10 betul

*shopping time* (kot)
Bin Dawood tu dekat bangunan Hilton. Patuh mama singgah kedai elektronik sebab Yusuf gaduh nak mintak Tab or iPad. Teruk betul budak zaman sekarang ni -_________- Hahahahhaa.

Polaroid (versi besar) i guess.

Muhammad minat benda ni. ceng

Patuh mama ajak singgah dekat kedai jubah yang mama selalu beli macam tahun2 lepas. Kat sini, kena tempah atau boleh beli terus. Tapi biasanya mama beli tempah la. 3 hari macam tu siap :) Hehehe. Lawa2 weh jubah dekat sini. Sirius...









besoknya~

JABAL RAHMAH
Lepas solat subuh (waktu dhuha) ade ziarah luar. Kitorang pergi Jabal Rahmah dulu. Tempat yang mana Nabi Adam dan isterinya Hawa berjumpa setelah lama terpisah. Lepas Allah campakkan mereka dekat dunia. Diorang jumpa dekat sini. Jadi, bagi sesiap yang datang kat sini tak sah kalau tak doa' pasal jodoh. Hehehe. Termasuk saya *ehem* EH!! Kakak kata tak salah doa' dari sekarang :) Doa' supaya dapat suami yang soleh yang mampu bimbing kita jadi seorang yang solehah. Yang mampu jaga kite dan anak2 kita. Ops! Melalut sudah~







Sekumpulan (atau segerombolan [sebab ramai sangat]) orang Turki.






Ini taik unta ya kawan2.






Lembu yang datang dari mana tah. Sesat kot~

Cool en? Dia asyik cakap "Inni, inni." Padahal inai.

Ini juga taik unta ya kawan2. Ini baru dinamakan, 'Tompok2 taik unta :D'

Kat sini bersepah taik unta. Tak tahu nak pijak mane. Banyak sangat weh. Serious. Takde tempat nak pijak dah. Nak kata betapa banyaknye taik unta kat sini T__T


Tembamnya hakoooOOOoooOoOo00o0oo

MINA





Hotel atau tempat menginap untuk kerabat2 diraja atau VVVVIP.




TAK INGAT NAMA MASJID NI
Anyone yang tau? Tell me. Thank you.

Datang masjid ni sebab nak Solat Sunat Ihram (sebab nak buat Umrah) dan niat.



Tembam. I know.

Solat sunat Ihram.



Nak balik dah.


BILIK HOTEL

Ready before umrah.

Ready before umrah (2).

MASJIDIL HARAM








Sai'e place :)

MASJIDIL HARAM
Lepas habis sai'e terus balik. Duduk dekat hotel lama sangat. Orang dah azan baru nak keluar hotel. Dan hotel sangatlah jauh nak ke Masjidil Haram. Sampai2 sana orang dah raka'at ke-2. Sempat solat dekat luar masjid sebab ramai sangat orang.

Lepas habis solat. Ramainye umat.

Menara jam, Zam Zam Tower.




Lepas ramai yang dah habis keluar. Kitorang masuk dalam. Masuk dekat dalam dan dalam lagi. Masuk dekat tempat yang boleh nampak Ka'abah. Iktikaf dalam masjid sampai lepas Isya'. Alhamdulillah, dapat tempat. Tapi ramai jugak ye orang. Oh, mungkin semuanya Iktikaf kot. Malam ni. Nada berhajat nak doakan dan tunaikan semua doa2 yang kawan2 kirim.

Nada tinggalkan kakak. Sebab dia nak baca Al-Qur'an. Nada cakap dengan dia. Nanti nada datang balik. Sebab nada nak cari tempat yang boleh bertenggek dekat tepi tu. Boleh tengok Ka'abah sambil doa. Sebab ramai sangat orang. Pusing. Nada pusing dan cari tempat lebih kurang 10 minit jugak. Ahh, isya' lambat lagi. Takpe :) Alhamdulillah dapat tempat.






Malam2 macam ni pun ramai. Ingat ape? Ni makkah la :) Makin malam, makin sejuk, makin ramai orang yang memenuhi Masjidil Haram. Makin ramai yang berpusu-pusu kerjakan amal ibadah. Ya Allah, tenang sungguh suasana malam ni. Cukup tenang hati ini dengan hanya melihat rumah-Mu. Kiblat semua umat Islam di seluruh dunia.


"Ya Allah. Dengan umat Islam seramai ini di tanah haram-Mu ini. Adakah engkau akan menunaikan segala hajat ku? Adakah engkau akan mendengarkan semua apa yang aku pinta? Ya Allah..aku insan lemah. Insan yang hina lagi banyak berbuat maksiat kepada-Mu. Kau ampunkanlah segala dosa2ku. Segala dosa kedua ibu bapaku. Seluruh ahli keluargaku. Guru2 ku, teman2 aku..dan seluruh umat Islam di muka bumi ini Ya Allah. Kami lemah. Kami hina. Kami tak punya apa2 melainkan engkau. Ya Allah, tuhan sekalian alam. Kau dengarkan doa ini. Kau makbulkan doa hamba-Mu yang hina ini. Ya Allah, perkenankanlah. Perkenankanlah. Sesungguhnya engkau Maha Mendengar lagi Maha Pemurah."


Dan berjuta doa naik ke langit. Memohon kasih sayang dari-Mu. Mendamba kasih dari-Mu. Memohon keampunan dari-Mu. Tuhan sekalian alam.


Berjuta orang di sini.





Mata yusuf merah sepanjang dekat sana. Tak cukup tidur, mungkin.


Bye nak balik hotel dah :) Lapar ni~~

Nanti sambung lagi. Banyak cerita yang belum ditype lagi ni.
Farhan, cepat sembuh ya? :)
Salam.

No comments: