Cepatnya masa berlalu...................................
Rasa macam baru semalam je masuk sekolah Abim tu. hahahah tak sangka sekarang dah masuk Semi. Sebab pernah dulu, terlintas dalam kotak fikiran yang belum matang ni "Aku teringin nak jadi Semi dekat sekolah Abim ni, aku nak jugak rasa macam mane jadi Semi dekat sekolah Abim ni." Ah, kau tengok sekarang. Aku jadi Semi dekat sini. Aku tak pernah sangka pun. Kalau boleh, aku nak pindah sekolah sebenarnye. Aku nak jugak tengok dunia luar macam mane. Tapi rezeki aku dekat sini. Nak buat cemane? Seronok ape sekolah Abim. Jadi semi dekat sini. Ye, sekarang aku merasa. Rezeki Allah kita mane tahu kan?
Dulu masa aku jadi Seri, aku seram gila nak naik bangunan Semi. Tak tahu kenapa hahahahha. Tapi sekarang, tu lah tempat aku hidup dalam sekolah tu. Tempat aku belajar, tempat aku lalu lalang haha. Kalau boleh aku nak pindah sekolah tahun depan, tu pun kalau boleh ah. Aku nak pindah masuk Samten. Tapi Samihah kata kalau nak pindah masuk Samten tahun depan tak dapat kot sebab Abim tak ambik subjek Al-Azhar. Jadi susah kalau nak masuk dekat Samten. Baru2 ni nada ade jugak mohon untuk masuk Samten sekali lagi. Mane tahu kot2 dapat. Tapi takde ape2 panggilan pun. Takde rezeki.
Lagipun kalau nak pindah tahun ni masuk Samten mesti rasa berat sangat. Tapi nada kesian jugak dekat Samihah sebab dia takde kawan dari sekolah Abim. Tapi, mesti sekarang dia dah selesa dekat Samten dan dah jumpa ramai kawan. Takpelah Samihah, kita takde rezeki. Aku rindu nak jumpa kau, nak cerita macam2 dekat kau dengan Izzah Huda. Aku rindu masa kita dulu2. Masa darjah 6 dulu. Masa kita gaduh dulu2. Hahahha. Tapi sekarang, masa dah berlalu. Cepatnya.
Orang yang selalu ada dengan aku, masa aku jatuh. Masa aku tak tahu macam mana nak bangun. Masa aku tak boleh nak bangun lagi. Orang yang tolong aku bangun. Dulu. Sekarang diorang dah takde. Dulu, aku jatuh diorang yang angkat. Sekarang, aku belajar bangun sendiri :') Ingat lagi tak dulu? Kita dah janji, kita nak masuk Samten sama2. Kita dah janji kita nak belajar sama2 sampai besar. Kita dah janji nak jadi doktor yang berjaya sama2. Cita2 kita sama.
Korang!! Ingat lagi tak dulu? Masa kak Eda fitnah aku. Dia marah aku depan surau, dia marah2 aku depan ramai orang. Dia marah aku depan budak2 darjah 4 dengan 5. Ingat lagi tak tahun lepas? Dia bawak geng dia, dia bawak kak Aisyah. Dia marah2 aku. Aku tak tahan. Aku sedih. Dia cakap aku panggil dia BOHSIA. Kalau aku berani bersuara masa tu, nak je aku bagi tau dia. Kalau ade pun aku cakap kau Bohsia, memang betul pun. Hipokrit punya perempuan. Urgh.
Aku jatuh. Waktu tu. Aku tak larat nak bangun dah.........................
Masa kita ambik result Psra. Aku tak sangka, result aku macam tu. Aku nangis. Masa kita ambik result Upsr. Aku pun tak sangka result aku seteruk itu. Aku mengharapkan 5A, ye lah siapa yang tak nak 5A. Semua org pun mesti nak 5A. Tapi dah bukan rezeki. Rezeki aku mungkin dekat tempat lain. Urgh. Korang selalu ade dgn aku masa aku jatuh. Yang selalu tolong aku bangun. Korang dua.
Sekarang? Kita lain sekolah. Konon dulu nak masuk sekolah Samten sama2. Result kita semua tak memberangsangkan. Result Upsr aku paling teruk. Korang dua dapat pindah. Aku? Stay abim. Mula2 dapat tahu hakikat tu, aku sedih. Kenapa aku tak boleh nak pindah? Kenapa aku tak boleh nak keluar dari sekolah ni? Aku malu. Aku sorang je yang stay sini.
Sesuatu. Yang aku perlu sedar sekarang. Aku kena bangun. Aku kena balas dendam dengan result Upsr aku yang teruk sangat2 tu. Aku nak berjaya. Aku nak dapatkan yang terbaik untuk mama dengan Abah. Aku nak banggakan mama dengan abah. Aku nak buktikan dekat mama dengan abah aku mampu berjaya. Lagipun, banyak lagi yang aku kena belajar. Ugh, susahnya jadi dewasa ni. Macam2 yang kita fikir. Kita kena fikirkan masa depan kita. Masa depan kita untuk 10 tahun akan datang. Masa depan untuk berjaya. Untuk jadi orang yang berguna. Semua tu kita kena fikir. Dan kena mulakan dari sekarang. Ye, perkara yang aku perlu sedar mulai sekarang.
Ahh. Perjalanan aku jauh lagi. Aku baru budak yang umur 13 tahun. Yang baru mula nak kenal ape tu Matematik yang sangat susah. Ape tu geografi yang kena faham dan tahu macam2. Apa tu sejarah melayu melaka. Banyak lagi yang aku kena belajar!! Semua ni susah...........tapi takpe. Kalau kita usaha apa pun tak mustahil kan? Tapi kadang2 aku jatuh. Dan bila aku jatuh, aku susah nak bangun balik. Aku tak reti, takde sape ke nak tolong aku bangun? Dan masa tu, aku sedar. Aku insan lemah. Allah itu Maha Kuasa. Aku mintak dan mintak dan mintak macam2 dengan Allah.
Sesuatu yang aku mahu.
April, kamu datang dengan perlahan. Dan baru aku sedar, mac dah lama meninggalkan aku. Begitu juga dengan Februari dan Januari. Baru aku sedar. 2011 dah lama pergi, tinggalkan aku.
AKU MAHU JADI SEORANG YANG MENJADI KEBANGGAAN IBU AYAH NYA!!! AKU MAHU JADI SEORANG YANG BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT!!!!! AKU MAHU JADI SEORANG YANG MAMPU MEMIMPIN IBU AYAHNYA MENUJU SYURGA ILAHI. AKU MAHU MENJADI SEORANG YANG IBU AYAHNYA AKAN BERKATA
"Itu anak saya :)"
Doakan aku berjaya.
9 comments:
Insyaallah, akak akan ada bila nada jatuh. akak akan cuba untuk tolong nada bangun balik. Nada kena kuat!
hehehe, teruskan usaha, jangan pernah putus asa x)
*kalau lain sekolah takpe, janji kawan selamanye :D
Terima kasih banyak2 akak!!!! <3
Sama2. Akak sayang nada!!! <3 hahah
AAAAAAA!!! Nape sweet sangat ni?!! :')
Sebab akak memang sayang Nada sangat!!! xD
Gambar yang aku dgn samihah tu mmg tak leh bla. haha
@Raihan Izzati: Sayang akak jugak!! :')
@Izzahuda: Kau ingat lagi tak tu time bila? INGAT LAGI TAK!!!??
Haha ingat sangat.
Post a Comment