Tahun lepas. Masa dalam bas. Aku duduk sebaris dengan sorang budak laki ni. Pastu masa tu aku tengah panas so aku 'senseng' lah lengan baju sekolah aku dengan inner dekat dalam tu sekali sebab aku pakai baju sekolah tu dengan inner. Lepastu tiba2 budak lelaki tu tegur,
"Kenapa kau angkat lengan baju kau? Kau kan pakai stongan kat dalam tu."
Demi Allah, aku malu sangat orang tegur aku macam tu. Ni kan pulak, lelaki. Ya Allah.........malu sangat2. Allah je tahu perasaan aku time tu. Lepastu aku senyap, untuk cover malu. Aku cakap,
"Ni bukan stongan ah, ni inner. Hape ah kau ni -_____-"
Aku terus paling muka tengok je luar. Lepastu aku turunkan lengan baju sekolah aku yang aku 'senseng' tadi. Serious malu. Sedangkan kawan2 aku pun tak tegur aku buat cemtu. Inikan budak lelaki yang tegur weh. Phew, tapi tu cerita tahun lepas punye. Aku bukan nak bangga atau apa. Cumanya harini aku nak cerita pasal Aurat perempuan :) Aku takdelah hebat mana dalam berkata kata ni. Cumanya, kita boleh kongsi apa yang kita tahu kan? Tak salah.
Saya perempuan. Kita perempuan. Perempuan ade maruah. Maruah perempuan tinggi sangat. Perempuan ni adalah secantik-cantik makhluk yang Allah cipta atas muka bumi ni. Kan? :) Perempuan kan perhiasan dunia. Dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah. Bukankah yang tertutup itu indah? Comel je perempuan yang menutup aurat dengan sempurna ni. Serious, tak tipu.
Kat sini bukan saya nak cakap berfesyen tu salah. Tidak, sama sekali tidak. Islam pun menggalakkan kita bercantik-cantik dan bersih dalam berpakaian. Tapi kalau nak berfesyen, aurat kita kena utamakan dulu. Ok? Memanglah bukan senang kita nak ubah cara penampilan kita yang sekarang ni. Dengan cara kita berpakaian, dengan zaman sekarang ni pulak; pashmina macam2 jenis ade. Macam2 warna, macam2 bentuk dan corak dan sebagainya.
Aurat perempuan seluruh anggota badan kecuali muka dengan kedua belah tapak tangan. Ingat! Sampai bila2. Jadi maknanye dekat sini, kaki pun aurat jugak :) Kalau boleh, kita pakailah stoking. Bukan mahal pun, banyak dah jual dekat kedai2. Cuma tunggu kita je yang kena cari. Kalau nak nampak lagi comel, tak nak pakai stoking yang warna hitam je. Beli lah yang ade gambar2 kartun ke, winnie the pooh ke. Nampak comel kan? Dan kita pun seronok nak pakai. Banyak je jual dekat kedai2 sekarang ni.
Seboleh-bolehnya, kita tutuplah dan jagalah aurat kita yang satu ni. Sebab yang satu (kaki) ni lah yang selalu kita lupa. Macam tu jugak dengan saya, kadang2 lepas ambik wudhu' (dekat tandas) masa dekat sekolah tu, saya keluar tandas kena lalu depan lelaki. Ha!? Kalau cemtu, cane nak buat? Ape yang saya buat, saya jln cepat2 supaya diorang tak pandang kaki saya. Hehe. Patuh pergi surau cepat2. Cubalah. Kita boleh ubah kalau kita betul2 nak ubah. Yang penting, niat kerana Allah.
Kalau korang dapat luangkan masa sikit, bacalah blog Dr. Cinta ni. Dalam post yang ni > Alkisah Stokin. Saya mane reti sangat nak bahas2 pasal ni. Alah, saya baru budak yang nak masuk 13 tahun. Saya mane tau pape lagi. Saya pun banyak buat salah dengan silap. Jadi, tegur lah saya kalau saya terlupa. Kita sama2 perempuan, sama2 nak masuk syurga. Kan??!!! Sape yang tak nak masuk syurga? Tipulah kalau takde sorang pun yang nak masuk syurga.
Tiba2 jumpa gambar ni, hahahaha. Ok dah jgn gelak
And gurlzss, please covered what need to be covered. Kalau boleh pakai tudung atau pashmina atau shawl atau what ever yang kita pakai, please labuhkan bahagian depan. Kita kena tutup apa yang patut kita tutup. Takkan lah kita senang2 je nak tunjuk dekat orang macam tu? Ei, jatuhlah harga diri kita. Kita dah jadi murah lah kalau macam tu. Nak ke? Nanti takde sape nak kahwin dengan kita. Eh? :p
Bukan susah pun nak tutup kan? Sekarang ni pun banyak je jual pashmina yang labuh2 yang boleh tutup ape yang perlu kita tutup. Betul takkk? :) Sekarang ni kan trend tudung bawal. Ha! Lagilah, lagi senang untuk kita tutup ape yang perlu. Sebab tudung bawal tu memang dah boleh menutupi lah. Hahahha
Saya nak ajak korang tengok video ni, kalau ade masa; tengok tau!! :)
Oh, tadikan dalam kelas Usamah ade tegur kawan nada. Dia cakap straight kot, dia ckp
"Kenapa kau tak pakai sarung tangan macam Nada? Kan cantik kalau kau pakai."
Gua sentap. Serious. Ya Allah :') Nak cakap terharu tu ade jugak tapi kesianlah dekat kawan aku ni sebab Usamah tegur direct kot. Hm...tapi betul lah ape yang Usamah cakap tu. Lagipun Ustaz Nazzil dah wajibkan Semi perempuan untuk pakai sarung tangan. Mungkin kawan aku tu lupa kot nak pakai time tu. Takpe2, husnuzzon. Pastu kawan aku tu terus ambik sarung tangan dia pakai. Alhamdulillah
Semoga kita dapat sama2 ubah ape yang perlu. Perbaiki ape yang patut. Kita sama2 perempuan ;) Kita tak nak lah jadi yang murah. Mestilah nak jadi yang mahal. Yang bukan senang2 je orang nak dapat kita. Sebagai contoh;
Kita nakkan jam yang mahal yang ade dekat dalam sebuah kaca gelas yang berada dalam sebuah Shopping Mall atau kita nak jam yang murah yang harga dia RM10 yang kita boleh dapat dan jumpa dekat mana2 je. Kita nak jadi yang mana satu? Mestilah kita nak jam yang mahal tu. Sebab ape? Sebab jam yang mahal tu tak ramai pun orang pegang. Sebab dia tersimpan rapi dalam sebuah kaca gelas. Kalau boleh kita tak nak jam yang dah dipegang pegang oleh ramai orang. Yang mudah2 orang pegang macam tu. Yang kalau kita tengok, kita pegang. Kalau kita tak nak, kita letak balik. Kalau kita nak, kita beli.
Faham tak ape yang cuba aku sampaikan ni? Er..
Saya cuma sampaikan apa yang saya rasa sahaja. Saya pun bukanlah tahu menahu lagi dalam bab2 ni. Tolong tegur saya kalau saya lupa kalau saya buat salah kalau saya buat silap. Mohon, janganlah ungkit saya yang lama. Saya yang dulu dengan saya yang sekarang lain. Insyaallah, saya nak ubah. Saya nak jadi saya yang baru. Mungkin dulu saya takdelah macam ni. Saya tutup aurat pun tidak sempurna. Sekarang ni saya tengah cuba. Jadi, sama2 lah kita ye? Insyaallah :)
Bertudung jugak bukan sahaja kita menutupi rambut kita. Bertudung ni, kita kenalah tutup semua. Labuhkan apa yang patut. Comel ke kalau pakai tudung tapi lengan pendek? Comel ke kalau pakai tudung tapi baju ketat? Comel ke? Bagi saya, tak comel lansung. Serious. Lelaki, kalau nak kahwin pun mesti nak cari yang comel dan tutup aurat dengan sempurna. Jadi, kita nak ikut yang mana satu? Awak pilih.
Dress to please Allah, not to please His creation :)
Sebenarnye saya takut nak publish ni.
Takut nanti orang kata macam2.
Ah, kisah pulak? Ghasak ah.
Saya rindu Muhammad Farhan bin Azman
4 comments:
Nice entry! Sentap sekali ;')
BTW, jgn kesah apa org nk kata, this is pengajaran 4 kita..We'll ambik pengajangan k :D thnx 4 sharing, teruslah berbelog!
@Qaireen Erlysa: Terima kasih awak :') Insyaallah, sama2 lah kita ye? Amin ya rabbal alamin.
Nada, dah siap ke tudung labuh kita? :P lepas ni, kita nak pakai tudung labuh je. :) people change
Betul2, kita kena berubah mwehehe :3 Kakak kita kate kan, paling awal dapat awal bulan May. Boleh ke tak zah?
Post a Comment