Saturday, March 17, 2012

Menghilang (part 4)

Disebabkan flight kami macam ditunda. Jadi sampai dekat Madinah malam. Masa tu semua dah mengantuk dah. Masing2 penat. Dengan ade masalahnye lagi. Dan malam tu. Nada dapat kepastian. Pasal dua beranak yang dekat Cairo tu. Diorang tak dapat ikut datang Madinah, hm...kesian sangat2. Masa dekat Madinah tu ramai yang risau pasal diorang sebab belum jumpa lagi. Pihak andalusia yang dekat Cairo tak jumpa lagi diorang. Ustz. Iskandar takut diorang kena panggil soal siasat je. Kenapa diorang tak dapat ikut? Saya tak tau lah perkara ni perlu dirahsiakan atau tidak. Tapi kalau nak tahu, tanya saya sendiri aje lah. Kesian dekat dia. Okay? Mintak maaf.

Alhamdulillah dah selamat semuanya beg dah dapat ape semua, lepastu pergi lalu kastam dan tunjuk passport lepastu bagi pada Mutawwif dekat situ dan blablablablabla semuanya. Alhamdulilah, sampai bas. Tapi masuk2 je bas...................

Allahurabbi.....

Takde tempat duduk.....mane nak duduk ni? Kenapa bas sempit ni? Kenapa banyak beg ni? Kenapa takde ruang nak duduk ni? Kenapa bas ni kecik sangat? Kenapa ni...Ya Allah, kami penat ya Allah. Aku penat. Semua orang penat. Tapi knp macam ni?

Dan semua orang dalam bas tu pandang kami dengan pandangan yang begitu awkward. Sebab? Ye, sebab family nada masuk last sekali. Ahh, dah duduk belakang sekali. Keluar lambat sekali lah. Ok nak di jadikan cerita, sebenarnye ade tempat duduk dekat belakang. Tapi dekat tengah2 bas tu penuh dengan beg sebab pemandu bas tu tak bukak bonet bawah bas. Elok lah tu? Hm..ujian Allah.

Naik2 bas, mutawwif yang berucap tu Ustz. Iskandar. Hihi, winduu ustaz :') Alhamdulillah, ade rezeki lagi kita jumpa umrah kali ni. Tapi tak best, sebab Ustz. Iskandar dengan bas Ijn: Bas ustz. Haron Din. Bas nada dgn bas Ustz. Amin. Er...takyah tau lah hahahahaha

And you know what.....dalam bas kan....hahaha malas ah nak cite.

Dah sampai depan hotel, hotel Durrat Fayroz kot kalau tak silap. Tapi ade Fayroz lah. Best hotel tu :3 Hotel dkt Madinah semua besar2 sebab kawasan dia luas. Alhamdulillah. Kami dapat bilik yang sangat best!! Sangat2 best okkk? Alhamdulillah. Kami begitu excited. Hahahaha

Dua bilik, satu pintu. Ohsem kann?!

Mula2 dapat dua kad. Hm ok lah fine, ade dua bilik. Ingatkan bilik asing2, but you know!! Bilik sama. Dalam satu pintu tu ade dua bilik, setiap bilik ade satu pintu. Dan ade 3 tandas. Tapi boleh pakai 2 je. Sebab tandas lagi satu tu takde lampu dan tandas tu macam bukan tandas. Macam tempat mandi sahaja dan macam tempat nak cuci baju. Tapi kitorang tak pakai pun tandas tu. Pakai kadang2 kalau nak ambik wudhu' je.

Bilik nada dan adik beradik :) *katil nada yg ade beg*

Mama abah tidur bilik sebelah. Kan ade 2 bilik kan? Ha, kitorang adik beradik tidur dkt bilik yang betul2 dpn pintu. Kalau bilik abah mama, kena kedepan sikit. Baru jumpa.

Ni bilik mama abah.

Dan kami pun berehat. Baring2 sekejap. Legakan badan ape2 semua tu. Ustz. Iskandar kata buat ziarah dkt Maqam Rasulullah esok harinya tu sebab masa tu dah malam dah. Raudhah pun dah tutup (bagi perempuan), jadi pagi besok tu buat ziarah secara kumpulan. Tapi mama kata, malam tu nak pergi solat dan ziarah sekali. Tapi tak masuk Raudhah sebab tutup. Cuma dari luar je.

Saya rindu nak masuk Raudhah. Saya rindu Rasulullah..sungguh

ZIARAH MAQAM RASULULLAH & BAQI'
Pagi esoknya. Pukul 8 dah kena kumpul dekat bawah. Sampai2 bawah je nak dekat pukul 8. Nada, mama dgn kakak tengok takde pun perempuan dkt situ. Kitorang peliklah, dah lambat ke kitorang? Rupanya perempuan dah pergi dulu. Sebab ade ustazah (indon) yang bawak. Maybe nak cepat sebab takut tak dpt tempat untuk orang2 Malaysia dan Indonesia masuk dalam Raudhah. Takpelah, jalan dgn Ustz. Haron Din :) Tapi tu group lelaki. Bila sampai depan Masjid Nabawi, ustz lepaskan kitorang. Alhamdulillah, mama ingat lagi jalan masuk Raudhah. Takde masalah masuk dalam tu.

Masuk dalam masjid, macam biasa kena tanggal selipar (haha memanglah) pastu masuk dalam beg plastik. Lpstu terus masuk dekat dengan tempat Raudhah. Solat tahyatul masjid. Solat sunat dhuha. Solat sunat hajat, semoga Allah permudahkan segala urusan. Lama kami tunggu. Lama sangat. Masa nak masuk. Usai mama dgn kakak solat. Nak jalan masuk tu, kena marah dengan pengawal

"Ibu, duduk ibu!! Ibu, sana duduk. Sana duduk."

Ha? Kenapa tak boleh masuk pulak ni. Tadi ade je group yang masuk. Dah lambat ke?

"Ma, nape dia tak bagi masuk? Bukan boleh ke. Tadi ade org malaysia masuk."
"Takpe2, jalan je."

Kitorang jalan je. Dia tengok pastu macam "Ha lantak ah kau, jalan je la." Masuk2 dalam tu...dalam tempat menunggu giliran tu. Ramai sangat ya Allah......

"Ma, dapat ke tempat nanti dalam Raudhah? Ramainye..berebut pulak tu orang. Dengan orang arab ni, turki la bangladesh la, india la. Diorang dah la kasar2."
"Jangan cakap macam tu. Shh!! Doa banyak2. Semoga Allah permudahkan semua. Baca ni: Rabbi yassir, wala tu'assir banyak2 kali. Insyaallah dapat."

Senyap.

Lama tunggu. Ya Allah. Semoga kau permudahkan segalanya. Insyaallah ade tempat. Mulut, tak henti2 memuji-Nya. Semoga Dia permudahkan segala urusan. Tiba2, group tempat yang Malaysia dgn Indonesia berkumpul tu. Berebut2 orang bangun.

"Oh, dah kena panggil kot." -bisik hati kecil

Nada cepat2 bangun. Bila dah jalan depan sikit tu, ya allah..........ramainya.

Lama nada dengan mama dengan kakak tunggu. Dekat 1-2 jam. Nak tunggu untuk masuk Raudhah sahaja. Tapi takpe, insyaallah ade tempat. Semoga Allah permudahkan segalanya. Ade rezeki, insyaallah. Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang. Berpeluh-peluh nada tunggu.

Bergerak sikit. Bangun. Duduk. Bangun. Duduk. Ya Allah....penat. Semoga kau permudahkan segalanya ya Allah, semoga dengan kesabaran aku ini kau permudahkan aku untuk solat dalam tu ya Allah...semoga kau mudahkan aku ya Allah. Sesungguhnya kau maha Adil.

Pandang kiri, pandang kanan. Ada yang menangis. Mungkin mereka rindukan Rasulullah. Begitu juga dgn aku. Tapi kenapa...kenapa aku tak menangis? Kenapa aku takde perasaan ni. Ya Allah....

Tak lama lepastu, dia dah panggil. Berebut orang2 Indon dgn Malaysia masuk. Dia nak bagi group kita2 je yang ada dalam tu supaya tak bertolak-tolak dgn orang2 yang kasar macam Turki, India, Bangladesh, Arab dan seangkatan dengannya.

"Nada, istighfar banyak2. Banyakkan selawat. Pegang tangan mama kuat2!"
"Ma! Jangan lepas tangan nada. Ma, pegang kakak, ma!"

Nada pandang kakak. Kakak menangis. Nada pandang mama. Mama menangis.

Nada pandang atas. Nada tengok persekitaran. Nada tengok maqam Nabi. Tiang2 dalam kawasan Raudhah. Tempat ni. Ye, tempat ni. Aku merindui tempat ni. Aku merindui Rasulullah. Aku merindui semua yang ada di sini. Aku merindui tempat ini, sungguh!

Tanpa sedar, sesuatu meluncur laju membasahi pipi. Ya Allah...perasaan ini. Perasaan rindu ini. Perasaan rindu ini Ya Allah.............aku merindui kekasih mu Ya Rabb.

"Ma! Pegang nada. Jangan lepas."

Aku. Dihimpit bagai sardin. Serious. Orang depan tolak kebelakang. Orang belakang tolak kedepan. Seksa. Sakit. Perit. "Ya Rabb, bantu aku. Permudahkan segalanya. Permudahkan aku, mama dan kakak utk solat dalam Raudhah mu, ya Rabb. Bantu aku. Bantu kami. Semoga kau balas dgn berkat kesabaran kami menunggu. Ya rahman, Ya rahim."

Kakak terlepas tangan mama. Ade orang indon tarik kakak. Suruh solat dgn mereka. Allahu...itu rezeki kakak. Alhamdulillah.

"Kakak! Nanti cari mama dekat EXIT bila dah siap. Mama dgn nada tunggu situ." -jerit mama
"Ma! Jangan lepaskan tangan Nada."

Suasana dalam tu sesak. Penuh dengan manusia. Mampat. Sempit. Kawasan Raudhah itu kecil, kecil sekali.

"Ya Allah, permudahkanlah. Permudahkanlah, ya Rabb."

"Nada! Kedepan sikit. Cari ruang, kat depan tu mesti ada. Ke kiri sikit nada. Ke kiri lepastu ke depan. Pegang tangan mama kuat2! Jangan lepas."

Ya Allah....kau permudahkanlah segalanya............................

Ade ruang. Betul2 depan aku. Mama dekat belah kanan. Mama dah angkat takbir.

"Terima kasih ya Allah. Semoga solatku ini khusyu'."

Semasa sujud. Hampir, ada yang memijak aku. Perit. Sakit. Tapi tu lah, ini sudah lebih dari cukup. Allah memberi aku rzeki untuk solat di dalam Raudhah ini. Ini lebih dari cukup. Ujian ini terlalu sedikit. Ahh, peduli. Yang penting aku dapat solat dgn sempurna, insyaallah.

"Ma, kita kedepan sikitlah. Kat sini ramai orang. Berebut-rebut."

Nada tarik tangan mama. Kami ditolak orang Turki....ya Allah. Nada tarik mama kedepan sikit. Dekat dengan tempat EXIT yang mama maksudkan tadi.

"Ma, solat sinilah."

Alhamdulillah, dapat 2 solat sunat. Alhamdulillah, semuanya 6 rakaat dalam ini. Alhamdulillah. Rezeki ini milik mu, ya Allah. Terima kasih, terima kasih ya Allah.

Dah sampai keluar sikit tu, nada tolek belakang. Rindu. Rindu ya Rabb, rindu kekasih Mu. Rindu manusia yang Agung ini. Rindu serindu rindunya. Aku menyayangi baginda, aku inginkan syafaat baginda di akhirat kelak. Ya rabb, kau perkenankanlah.

*Untuk sesiapa yang ade pesan dkt Nada suruh sampaikan salam pada Rasulullah tu, nada dah buat alhamdulillah. Janji tetap janji, Nada mesti tunai :)

Dah keluar tu. Alhamdulillah, lega. Dapat bernafas dgn tenang semula. Alhamdulillah. Pusing kiri kanan cari kakak. Kakak takde. Mana kakak? Pergi kebelakang sikit. Kakak takde. Tengok kiri kanan. Kakak takde. Nada cakap dgn mama,

"Ma, kakak dkt dpn kot. Dia tunggu kat dpn kot. Jomlah."
"Tak, mama suruh kakak tunggu kat sini tadi."
"Takpela, kita tengok kat depan."

Alhamdulillah, nampak kakak :) Usai semuanya. Kami keluar. Alhamdulillah, syukur sangat2. Kakak dah jumpa. Lepastu mama ajak keluar sebab kitorang dah lama sangat. Tapi takpe, berbaloi. Alhamdulillah. Allah bantu kami. Alhamdulillah.

Lebih kurang 3 jam dekat situ. Masa keluar tu nak dekat pukul 11 dah. Keluar2 tu, jumpa Abah dekat tempat yang kitorang janji. Rupanya abah dah lama tunggu dekat situ. Mintak maaf ye bah, hehe. Abah dah hantar adik dengan abang balik dah pun. Lama sangat. Hehe

Sementara kitorang dalam Raudhah, yang lelaki pergi ziarah perkuburan Baqi', bersebelahan dengan Masjid Nabawi. Perempuan rasanya tak boleh masuk dalam tu.









Lepas dah jumpa abah. Nada mintak abah ambik gambar nada depan Masjid Nabawi, hehe. Rindu tempat ni. Hehe. Kalau ade rezeki nak datang lagi, & lagi & lagi. Amin



Lepastu nada ajak abah pergi tukar jam swatch Nada yang dah buruk sangat2. Sebab dah kotor, dah tak lawa dah hehe. Pastu masuk dalam tempat shoppim tu.








Lepas tengok2 sikit jam dia. Hehe, nak beli takde wet. Mama tak bagi beli baru. Sebab nak tukar tali jam aje kan? Lepastu mintak dia tukar :) Hehe.

Before, ya Allah buruk sangat2!!!!

After. Dah comei dah :p Tapi dah kotor balik T__T cedih
*dalam jam tu waktu cairo lagi :p*

Pastu ajak abah beli Baskin Robbin. Hehe

Saya beli ape tah, tak ingat .___.

And kakak beli ni, tak sedap pun :p

Lima riyyyyyyal~~

Dan seterusnya aktiviti kitorang bebas, masing2 buat kerja sendiri. Beribadah ikut masing2. Takde masalah kongkongan. Hehehe. Jadi, takde gambar lah.

ZIARAH MADINAH, MASJID QUBA'
Sesiapa yang solat di masjid Quba' dengan mempunyai wudhu' dari tempat kediamannya. Dia akan mendapat 1 ganjaran pahala umrah. Dan kami semua ziarah ke Masjid tersebut. Masjid pertama yang didirikan oleh dasar Taqwa oleh Rasulullah sebelum masuk ke kota Madinah *refresh otak*

Tunggu lif lama sgt, sampai sempat ambik gambar.
*ust Haron sangat comel okayy :D

Dgn cik Jah, isteri ustz Haron :)

Dah turun bawah semua2 naik bas, lepastu sampai.




Otw nak balik pergi bas. I snap thoze piczurezzz;





I'm not sure within abah or mama take thiz.




Disebabkan kami terlalu awal sampai dekat bas, basnye pun tak bukak lagi. Driver bas pun tak tau katne. Pastukan, sampai2 tu je..ade sorang budak ni dia jual tasbih. Dia merayu-rayu dekat sorang pakcik ni supaya beli tasbih dia. Menangis-nangis pulak tu, siap ikut sampai dalam bas lagi. Pastu geng2 dia sume ikut naik bas jgk. Time bas gerak, dorang tak nak turun. Bagus betul kan? -___- Kesian pakcik tu. Pastu ade pakcik2 lain kata, maybe muka pakcik tu sama dgn muka ayah dia kot. Hahahah tahla~

Jual tasbih tokleh paksa2 dik.

PASAR KURMA
Lepastu kitorang pergi singgah pasar kurma. Mama abah yang borong. Beli kurma nabi dengan kurma sukari ke ape tah satu lagi tu. Yang warna hitam tapi panjang2. Nada suka kurma tu :3 Hehehe.






BUKIT UHUD & BUKIT PEMANAH
Lepastu diorang bawak pergi ziarah Bukit Uhud dan Bukit Pemanah. Bukit pemanah ni depan Bukit Uhud. Ade dalam sirah Islam tentang kisah ni. Masa perang, Nabi Muhammad s.a.w dah tugaskan beberapa orang sahabat supaya duduk dekat Bukit Pemanah dan jangan turun selagi Nabi tak bagi arahan untuk turun. Tapi disebabkan mereka turun jugak, akhirnya Islam tewas di tangan Kafir Quraiys. Nada tak cerita detail sangat, mintak maaf kalau ade yang salah cerita.















PASAR KURMA (2)
Tak tahu lah nak panggil pasar kurma ke ape ke. Tapi tempat ni ade satu tempat tu dia banyak2 kedai yang jual banyak kurma. Kat sini mama abah borong banyak :3 Siap ambik kotak lagi sbb nak pack bawak balik Malaysia *ehem* Ramai okay yang buat cemtu, bukan mama abah aje yg buat hehehehehe.







 Tgh nak pack kurma masuk kotak :)

Dah selesai semua tu, pergi dekat bas. Masukkan kurma dalam bonet bas. Lepastu balik hotel :) Balik2 tu berkejar nak pergi Masjid Nabawi. & seterusnya buat aktiviti sendiri.

keesokan harinya pula

Ah, sambung lain kali la. Mengantuk ni, tak tidur dari malam semalam *skrg dah subuh* hebat tak gua? Haha. Jakgi nak balik kampung. Tidur dalam kereta lah. Ni pun barang tak betul2 kemas lagi. Kamera dgn charger dia belum bawak lagi. Phone belum charge lagi. Tapi suda mengantuk sangat2.

Oh dan kenapa saya rasa macam takde sape pun yang baca post saya ni ha? Macam saya syok sendiri je update sorang2. Penat sorang2 upload gambar sampai beratus-ratus. Tunggu punya penat. Tlg ah epericet even awak tak mintak saya update pun. Komen la sikit untuk bagi kerjasama yang awak dah baca. Haish. Marah ni hahahahahahaha fine.

7 comments:

fashiha radzi said...

akak baca, best gilaa :)

shhh. said...

bertuahnya Nada. Jadi tetamu Allah :0

sarah said...

Hai, akak baca :) comel sangat. Bestnya dapat pergi :) post nada best :)

Nada binti Badrul Hisham said...

@Fshha Rdz: Thank you akak :**

Nada binti Badrul Hisham said...

@Shila Adnan: Alhamdulillah :')

Nada binti Badrul Hisham said...

@sarah: Terima kasih akak :) Hehehehe. Terima kasih lagi.

fifanadz said...

memang seronok dapat jadi tetamu Allah. alhamdulillah :)