Kalau diberi pilihan, saya lagi rela duduk dekat darjah 6 sampai bila2. Tapi tu lah....hidup kan hahahha. Mestilah kena jadi tua. Kalau tak sampai bila nak duduk darjah 6? Sampai bila nak jadi budak kecik? Nak jadi budak yang tak matang? Yang suka main2? Tapi tu lah.......
Rindu sekolah rendah. Rindu tahun lepas, ahax~!
Suddenly teringat kenangan kita tahun lepas. 2 tahun lepas. 3 tahun lepas. 4 tahun lepas. 5 tahun lepas. 6 tahun yang lepas. Yang sebenarnye dah tak patut ingat balik, tapi tu lah.. tak salah kan?
Ingat lagi tak masa Tamrin tahun lepas? Kite semua tengok budak2 semi kena simbah air, kena sapu muka dengan ape benda tah. Ingat tak? Lepastu kita semua kena kemas kelas2 yang kita dah sepahkan. Ingat tak? Ingat lagi tak, setiap kali tamrin kita menangis sama2? Lepastu bila lampu dah bukak, mesti kita tengok siapa yang tak menangis. Ingat lagi tak? Ingat lagi tak masa tamrin tahun 5, yang time kita buat satu aktiviti tu. Kita share semua masalah kita dengan ummi/abi kita a.k.a cikgu2 yang jadi fasilitator atau abang2 or kakak2 yang jadi fasi. Ingat lagi tak? Ingat tak tahun lepas kita buat aktiviti lepas habis upsr, psra. Kita seronok gila time tu. Sebab dah freedom!! Takyah nak kena buat latihan banyak2. Ujian ape semua benda tu. Soalan ramalan yang menimbun. Ingat lagi tak masa kita 'bekerjasama' nak sorokkan barang larangan? Hahahah. Ingat lagi tak? Mesti korang tak ingat kan....ok fine.
Eh jap! Jangan nangis doh T__T Tak nak ah tacing2 ni hahahaha. Happy je~
Why? Sebab kita semua dah lalui semua tu dengan jayanya. Yeah! We rock the world ok, guys? Hahaha. Rindu kan. Masa nak ambik ujian upsr tu. Cuak nak mati ah. Psra pun sama jugak. Tapi tu lah, benda dah lepas jangan dikenang. Tapi kadang2 teringat, mesti kita menangis. Bukan sebab kita sedih, tapi sebab kita rindu dan kita tahu semua benda tu dah tak boleh nak ulang balik dah. Aite? I know.
Please! Ape motif letak gambar ni?
Skrg pun semua dah ikut haluan masing2. Aku? Stay dekat Abim aje sebab takde rezeki nak masuk sekolah lain. But its okay, kita kena terima. Rezeki kita dengan orang lain tak sama. Ada yang Allah bagi lebih, ada yang Allah bagi kurang. Ada yang kita ade tapi orang lain takde, ada yang orang lain ade tapi kita takde. Allah tu kan maha Adil :) So, redha.