Pelajar: Ustazah, doakan saya ustazah, saya nak dapat 5A dalam Upsr ni. Serius.
Ustazah: Ya, insyaallah saya doakan.
Pelajar: Ustazah kata nak doakan, tapi ustazah tak mintak nama saya pun.
Ustazah: Ya, apa nama awak?
Pelajar: Aiman, ustazah.
Ustazah: Kenapa awak macam beria-ia sangat ni?
Pelajar: Saya kena dapatkan 5A jugak, sebab saya nak tuntut hadiah dari mak saya. Mak saya kata, kalau saya dapat 5A, saya boleh mintak apa aje. Mak saya tak tahu lagi apa saya nak.
Ustazah: Boleh ustazah tahu apa permintaan kamu?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Pelajar: Saya nak mak saya tutup aurat.
No comments:
Post a Comment