Friday, November 18, 2011

Saya baru sedar.

Assalamualaikum. As you guys know yeah, result Psra keluar 16 nov & Upsr 17 nov. Masa hari rabu tu, sebelum nak ambik keputusan nada rilek je. Siap main badminton lagi dengan Humaira. Sebab cikgu kata maybe tak bagi haritu. Maybe, tapi gamaknya.. memang jadi pun bagi haritu. Mula2 tak berdebar mana pun sblm nak ambik tu. Sebab nada ambik remeh hal Psra ni. puih

Alhamdulillah, nada dapat mumtaz :') Nada sendiri pun tak percaya yang nada dapat mumtaz. & haritu pun tak ramai yang menangis. Sebab sume watlek je, hehehehhe. Time cikgu umum nama2 yang dapat mumtaz tu; "Mumtaz yang seterusnya, adik Nada binti Badrul Hisham." Terkelu tiba2. Eh, nama aku kan tu? Cikgu panggil aku kan tu. :'))) Ya Allah, mimpi apa ni? *everyone look at me* o.O

Eh, nama aku tu.

Taktahu nak cakap macam mana perasaan masetu. Lepas ambik sijil Psra daripada Cikgu Ketina. Terus tahan sebak masa nak duduk balik tu. Semua orang pandang macam nada baru lepas bunuh orang. Hahahha. *duduk* Nangis kat peha Samihah, heheheh :') Yang dapat mumtaz 48 orang. Tahniah ye semua? :')

*nak tengok muka comel kami? tekan lah kat gambar. hehe*

"Abah, alhamdulillah nada dapat mumtaz :')"
[send]

"Mama, alhamdulillah nada dapat mumtaz :')"
[send]

Mcm mana pulak dengan result Upsr nada? Argh, many of you have been asking me. And for surely, nada tak dapat 5a. Sorry abah, mama. Nada target 5a untuk upsr and tak target lansung mumtaz for Psra. Tapi apa yang nada dapat tu sebaliknya pula. Ada hikmah, nada tau. And, no dslr for me.

17 November 2011;
Masa haritu ada raptai graduasi. Esok graduasi, last sekali kita jumpa. Siapa yang pergi Langkawi tu, second last lah kita jumpa. Hm, tiba2 rasa sebak yang amat. Harini kita tak rasa pape kan? Hehe :') Will miss you guys, forever. Especially 'dia'. Even dia tak rapat dengan aku dulu. Tapi aku dah tersuka dia. Taktahu lah. Esok semua mesti pakai comel2, cantik2, handsome2, kemas2. Tak sabar nak jumpa korang semua. Last sekali we. LAST

Pagi tu, masa pukul 9 lebih berkumpul dalam surau sebab ingatkan nak buat raptai graduasi time tu tapi tak sempat pulak so cikgu Mazlina bagi nasihat and (macam) amanat terakhir untuk kitorg semua. And cikgu kata result Upsr mungkin keluar pukul 12.30, and we all just like; ok (cuaknya weee!!!).

Habis je makan pagi ade raptai graduasi. Raptai graduasi habis pukul 12.30 lepastu cikgu Mariani suruh berkumpul dalam surau sementara nak tunggu result sampai. Teacher Rahila yang pergi ambik result. Time tu semua orang cikgu suruh zikir. Aku dah menangis dah time tu ;\ Ok.

"Apa pun yang terjadi lepasni, cikgu harap awak terima apa yang awak dapat." -cikgu Mariani.

Seems like something bad gonna happen.

Tunggu punya cuak, lepastu adik2 darjah 1 dah masuk untuk solat zohor. And cikgu kata lepas dorang habis solat, keputusan akan keluar. So just get ready and boleh jumpa parents dekat luar. Nada dengan Samihah ikut Izzahuda jumpa mak dia sebab time tu nada tak jumpa lagi mana abah.

Bila dah tunggu kat luar tu, macam2 cerita dengar. Semuanya cerita buruk, cerita sedih. Khabar angin kan? Mana boleh percaya. Tapi takpe, tunggu pukul 2 nanti. Result keluar. Kesian kitorg, sekolah lain dah tau, kitorg je belum. Hehe

2.00pm;
Semua berdebar. Tunggu result punyalah lama nak keluar. Sabar... ok sekarang cikgu nak sebutkan nama orang yang dapat 5a. Time tu hati nada bercampur baur. Eh, aku dapat 5a ke? Ada ke nama aku dalam senarai 5a sekolah aku ni? Ade ke tak ni. Em, mesti aku dapat 5a punyalah. Aku dah buat yang terbaik. Its okay, tunggu je...

Sorang demi sorang. Takde nama aku. ok

Ramai mula menangis. Sangat ramai, sungguh. Sebaknya hati ya Allah. Tak tersenarai. Apa? Mereka kata graf naik. Mereka kata 15 orang je yang dapat 5a. Mereka kata tak ramai yang dapat 5a tahun ni. Mereka kata keseluruhan yang dapat 5a 2 ribu orang je. Benar rupanya kata mereka, orang kata.. khabar angin jangan percaya sangat. Tapi memang betul...........

And i'm waited teacher to call my name untuk org yang dapat 4a 1b. Done. My name? Takde. Kosong. Sedih. Hampa. Allah je tahu. Sungguh, saya terlalu sedih. Betul ke ada hikmah saya takdapat 5a? Saya takdapat 4a 1b. Saya malu, semua orang taruhkan harapan tinggi untuk aku. Tapi ni yang aku bagi? Huh.

"Tahniah bagi yang dapat 5a & yang dapat 4a 1b. Tahniah juga yang tak dapat. Ok sekarang cikgu akan panggil nama2 lain. Cikgu takkan sebut dia dapat berapa." -cikgu Mazlina

Cikgu, takpayah sebut nama saya. Saya dpt teruk kan cikgu? Takpelah. Nangis, semahu saya. Ah, tapi buat ape. Oh ya, saya tak sehebat kakak dan abang saya. Saya teruk daripada mereka. Saya tak mampu nak buat mama abah bangga. Minta maaf sangat2. Nada dah buat yang terbaik.

"Nur Ain Munirah binti Ahmad Nor. Nasrul Aiman bin Zulkifli. Nada binti Badrul Hisham." -cikgu Mazlina.

Bangun. Bergegas ambik slip, apa yang aku dapat agaknya. Harapnya tak teruk mana. Duduk. *tengok slip*, oh.. ini yang aku dapat. Ini keputusan upsr aku. Ini keputusan periksa yang aku takut selama ni. Ini keputusan yang bukan aku mahu. Bukan sama sekali. Tapi ini yang aku dapat. Alhamdulillah, sekurang kurangnya ada a. Takpe, ada hikmah.. insyaAllah.

Bersurai. Nada keluar, nak cari abah. Nak bgtahu abah, nada tak dapat 5a. Nak mintak maaf dekat abah, nada tak dapat 5a. Mana abah? Tak nampak abah pun.

Nada: "Abah dekat mana? Tak nampak abah pun. Nada baru dpt keputusan ni."
Abah: "Oh, abah dekat dalam kereta. Kereta menghadap kantin, carilah."
Nada: "Ok bah, assalamualaikum."
Abah: "Waalaikumussalam."

Hehehe, dah nampak abah. *lega*

Bukak pintu. Pandang abah. Geleng kepala. Masuk kereta. Tunjuk slip. Sedih. Nangis. Tunduk bawah. Nangis semahunya atas peha abah. Abah, nada mintak maaf....

Abah: "Takpe, nada dah buat yang terbaik kan?"

6 tahun, 6 tahun abah sekolahkan nada. 6 tahun abah bayar yuran sekolah yang mahal tu. 6 tahun abah harapkan nada dapat yang terbaik. 6 tahun abah tunggu 5a. Nada mintak maaf sangat2 abah. Ini yang nada bagi abah, nada betul2 mintak maaf.........


Nada mengaku, nada betul2 fed up dengan keputusan nada. Semua orang target nada dapat 5a, tapi nada tak dapat. InsyaAllah, bila2 nanti abah nak buat semakan semula. Tengoklah macam mana, nada tak harap sangat. Penat dah harap untuk sesuatu perkara.

Saya belajar untuk tidak terlalu mengharap.

Tahniah hasya dapat 5a & mumtaz. Tahniah maisarah tahniah rajwa tahniah haziq tahniah asma tahniah shahida tahniah farhan sidqi tahniah lisa tahniah semua yang dapat 5a.

Harini hari last kita semua. Harini hari last sekolah. Esok kita graduasi, pastikan semua datang. Nanti rindu, rindu serindunya. Tak sangka, sesedih ini. Tak sangka, sesukar ini. Tak sangka, semua ni jadi. Eh, saya baru sedar.. its over. Kita semua nak naik form1 dah. Semua nak pindah dah. Semua dah takkan jumpa dah. Satu hari nanti, nada nak jumpa korang semua dah berjaya insyaallah. Dah kawin, dah ada suami isteri. heheh xD

Thankyou facebookers, thankyou kak huda.. for make me feel better than yesterday. Let by gone be by gone. Dah lepas dah pun kan? Hmm.. sedih jugak lah. Hmm

Thankyou n.a.z for today even kau sendiri pun tak tahu yang kau dah buat aku happy. Aku nak mintak maaf kalau kau ade cemburu dekat aku ke apa. Aku suka kau, heheheheh xD Jumpa esok.

Enough say.

No comments: