Thursday, February 25, 2016

in one month

I did tried my best to keep this blog updated.

harini hari khamis. tadi masa b.i, pn jamuna ajar poem. The Poison Tree. didn't know today i really take serious about the poem yang pn jamuna ajar. it suits me somehow. terasa jugaklah tadi, hehe. the writer of The Poison Tree, William Brake trying to tell us through his poem about hatred. wrath. it is best to forgive and forget things so that we will have peace of mind. yelah, cuba bayangkan kalau kita asyik rasa tak suka, menyampah je dengan orang tu. it will becomes worst kalau kita tak cuba rawat? no i mean.... kalau kita biar je perasaan tu dalam hati, then, diri sendiri jugak yang rugi. sebab apa2 je orang yang kita tak suka tu buat, kita mesti rasa menyampah. our life full of hatred. tak seronok. i've been there. penat sebenarnya asyik rasa tak puas hati dengan orang ni. nobody perfect. lagipun, bila kita asyik nampak silap orang, nanti kita dah tak nampak mana silap sendiri. bahaya kan camtu? keeping our anger bottled up is harmful for us and those around us because hatred breeds hatred.

since i've mentioning about, "i've been there" just now, so yea. just wanna share with those who read. kalau kita ada rasa menyampah dengan someone kan, you'll be hating every single things yang he/she did. every-single-things. i got this problem with this someone before. so my daily life keep on hating whatever he/she have been doing. teruk kan? then this one day, i realize yang tak perlu kot semua benda ni. tak perlu asyik nak rasa tak suka ape benda yang dia buat and such. sebab afterall, diri sendiri jugak yang rasa sakit. living your life with hatred buat diri kita sendiri rasa tak seronok. me, myself cuba positifkan diri then fikir, maybe it's just me yang ada problem and not him/her. it's me. accepted the fact yang it is me, makes me feel better. rasa nak perbetulkan silap sendiri. perbaiki diri. stop hating and keep on spreading love, makes me feel waaaayyyyyy more better than before. sebab when you keep on telling yourself untuk benci orang, you akan benci orang tu and all you get is nothing. rugi, kan?

so people, keep on spreading love. reflect yourself. maybe it is actually you. not he/she.

talking about reflecting ourselves. tadi masa teman aishah jaga pss, duduk bersembang dengan aishah, nurin and this 2 guys. yang sorang tu Nada kenal dia memang okay (as in perangai) tapi yang lagi sorang tu i've known him as geng2 budak nakal dekat sekolah??? sembang punya sembang dengan dorang, sebenarnya dia nak berubah. dia jadi camtu sebab dia kawan dengan geng2 yang macam tu tapi dia bukan macam tu? kadang2 kita cepat sangat menghukum orang kan? padahal dia sendiri ada rasa nak berubah tapi sebab tak diberi peluang dan ruang je. and mungkin jugak sebab takde orang nak support dia? sebab dia rasa yang semua orang dah fikir dia ni as budak yang nakal, tak beradab and such. but i feel good for him sebab dia ada niat untuk berubah. tak tau lah sebab tahun ni dah nak spm or what tapi bila Allah dah letakkan dalam hati dia niat untuk berubah jadi someone better, buat Nada rasa terharu. mudahnya Allah boleh letakkan rasa dalam hati seseorang kan? sungguh, Dia Maha Membolakbalikkan Hati2.

sigh.

semoga Allah masih beri ruang dan peluang untuk kita semua jadi yang terbaik dari kita yang sebelumnya. dari siapa kita yang semalam dan hari2 sebelum semalam. moga Allah nampak usaha tiap seorang dari kita. dan moga kita semua terus istiqamah dalam tiap2 perkara. everyone have their own struggle. semua orang fight for something. dan moga kita semua diberi kekuatan dan kemudahan. hiks.

--

semalam.
lepas balik dari sekolah dengan aishah, on the way dalam kereta, ibu slowkan kereta bila nampak ada sorang nenek ni dengan anak dia dekat luar rumah tengah bakar sampah. pastu ibu tegur. nenek tu comel je gelak, senyum. ibu kata nenek tu dah tak ingat sangat, dah nyanyuk. dulu2 masa nenek sihat lagi, nenek selalu datang kedai ibu untuk makan. sampailah sekarang nenek dah tak ingat.

:-(. terus teringat dekat nenek. Nada rindu nenek. dulu masa nenek sihat nenek selalu masakkan Nada ape2 bila balik sekolah. tapi sekarang nenek dah tak berapa sihat. nenek dah tak macam dulu. sekarang kalau ziarah nenek pun nenek ingat tak ingat je. kita selalu appreciate something bila benda tu dah takde dengan kita kan? kita selalu take things for granted. even on the smallest. on the simplest things pun. tapi bila benda tu dah takde baru kita terasa.

,,,

6.50pm, 13/1/2016 -Rabu

notification whatsapp masuk.
"tok jah baru meninggal tadi."

but i read it few hours later. terpempan jugaklah. Nada tak berapa rapat dengan tok jah kalau nak dibandingkan dengan tok. tok is mak abah, which is nenek Nada. tok jah, adik kepada tok. beberapa hari sebelum tok jah meninggal memang kak Shima ada bagitau dalam group whatsapp family belah abah kata tok jah sakit, masuk hospital dll. tapi takde siapa tau bila tok jah nak pergi, kan?

Nada baca whatsapp kak Shima tu before pergi tuisyen. masa tu abah takde dekat rumah. abah outstation pergi Sitiawan ke Lumut, tak ingat. turun bawah tanya mama,

"ma, betul ke?"

mama diam je. lepastu mama kata nak balik kampung. tapi mama tak tau lagi macam mana sebab abah kan outstation. bincang punya bincang dengan abah. Nada balik tuisyen mama cakap nak balik kampung jugak esok pagi. nasib baik abang ada. sebab mama memang jarang sangat kalau nak drive jauh. oh, kampung Nada dekat Perak.

sampai rumah anak tok jah, masa tu tengah mandikan jenazah. alhamdulillah sempat. sampai2 jumpa pak Ngah, salam. dari belakang, pak Ngah macam abah. pak Ngah toleh, sebijik muka macam arwah tok wan. rindu. salam ayong. lepastu masuk dalam rumah, Nada nampak tok. tok diam je tak cakap apa. Nada salam tok. tangan tok sejuk.

Fatihah pun ada sama sebab dia tengah cuti sem masa tu, rasanya lah.

rupanya tok dengan tok jah dua beradik je & tok dengan tok jah saaaaaangat rapat. Fatihah cerita, ayong perempuan call rumah tok sebelum maghrib, semalam. Fatihah angkat. ayong bagitau nak cakap dengan acik. bila pass pada acik, ayong menangis. acik tanya kenapa? tok jah dah tak ada. baru tadi.

diam.

Fatihah cerita,
tok nampak acik diam je. bila tanya kenapa acik tak nak jawab sebab takut tok terkejut. bila acik bagitau tok, tok terduduk.

:-(

malam tu tok tak lalu nak makan. badan tok lemah, tak larat.

Nada tengok tok. tok diam je.

sebaknya rasa. orang yang paling rapat dengan kita dah pergi untuk selamanya. mama cerita, dulu kalau apa2 mesti tok dengan tok jah selalu berdua. kalau ada masalah apa2 mesti tok share dengan tok jah. tok jah pun macam tu. masa dulu2, masa zaman mama abah baru kahwin. mama cerita; tok jah memang rapat sangat dengan tok. saaaaangat sangat.

nak cerita lagi tapi macam not in the mood la heee. cumanya, teringat dekat arwah maklong masa jenazah tok jah dikapankan. rindunya dekat arwah maklong. dulu masa maklong sihat, Nada selalu cakap dengan maklong yang Nada nak belajar masak dengan maklong. maklong masak sedap sangat. everytime kalau balik kampung, singgah rumah maklong. tak sah kalau maklong tak masak. mesti mak long akan masak walau tak sempat macam mana sekalipun. ramai cakap Nada punya perangai sama macam arwah maklong.

rindunya.

this was last year.

mama tiba2 kejut Nada dari tidur. terkejut jugak.

"cepat kemas beg, siap. kita balik kampung."
"uh?"
"Nada bangun kemas beg lepastu mandi, kita balik kampung."
"kenapa ma?"
"maklong baru meninggal tadi. kak jena call mama."
"uh???"

3 pagi.

diam.

khamis. lepas balik dari tuisyen tadi memang mama ade bagitau kata nak balik kampung. cadangnya nak balik petang Jumaat. nak ziarah maklong. tapi tu lah.

it was hard. Nada rapat dengan maklong.

entahla. speechless.

Al-Fatihah, buat arwah maklong, arwah tok jah, arwah tokwan dll.


i was actually planning to continue another story but nah, nevermind. next time.

No comments: