Friday, September 30, 2011

Ok dah boleh freedom.


Ni muka yang tak berapa nak excited dah Freedom.

MERDEKAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA​AAAAAA!!!!

Wednesday, September 28, 2011

Cerita anak kecil dalam jamban.

Ini kisah tentang seorang perempuan, seorang gadis yang masa itu masih kecil dan perawan. Pejamkan mata dan bayangkan saja situasinya berada. Di dalam suatu tempat kecil. Terpuruk. Yang kau namakan jamban.

Aku tidak tahu tentang kamu-kamu.
Aku tidak tahu apa cerita kamu.
Tapi ini cerita aku, maka dengarkan.
Ambil mata kamu dan paku.

Dengar cerita aku disuatu masa, ketika dahulu di suatu masa, menangis sendiri di suatu masa, tentang diri sendiri di suatu masa.

Aku dibesarkan dimanja, di sayang. Aku dibesarkan dengan segala rasa. Aku dibesarkan dengan penuh cinta. Aku dibesarkan biasa saja.

Ayahbonda, kenapa bohong? Kenapa engkau hendak bohong? Dulu dikata akulah raja puteri jelita, sekalian rakyat jelata akan mencemburui jiwa aku.

Tapi ayahbonda, dunia tidak mahukan jiwa aku!

Yang dihendakkan cuma, wajah dan rupa saja. Wahai ayahbonda, kenapa engkau bohong saya?

Aku dibesarkan sebagai seorang gadis. Yang gemuk, pendek, busuk, tak cerdik.

Aku dikatakan orang,
"Hey babi, kenapa engkau sangat jelik?"

Wahai ayahbonda, kenapa dibohong? Aku ini bukan di sini. Tempat aku tak sepatutnya dibiarkan di luar pergi.

Aku patut di simpan di suatu tempat, di mana cuma ada ayah ibu. Di mana mereka 'kan sayang aku. Untuk siapa aku. Untuk siapa aku.

Bila aku keluar, aku dikeji. Bila aku di luar, aku dimaki. Kerana yang dimahukan cuma wajah rupa seri.

Ayahbonda, kenapa bohong saya? Ayahbonda, kenapa tak cerita?

Dunia tempat kejam, dunia macam-macam. Depa tak suka saya, depa tak cinta saya.

Kenapa ayah? Kenapa bonda? Tak dikhabarkan tentang mereka-mereka. Yang tak sukakan siapa saya. Yang hendak dari dulu menjadi saya.

Mereka semua hendak saya jadi cantik, badan jelita. Tapi itu memang bukan saya. Bukan saya. Bukan saya.

Maka apakah aku harus pergi, duduk di rumah dan terus mati? Apakah aku tinggal di sini. Tak akan pergi? Tak akan pergi?

Dunia tempat kejam, dunia macam-macam. Tapi jangan sedar dengan semua kata mereka. Dunia memang kejam, dunia macam-macam. Tapi janganlah engkau percaya kata mereka.

Biar kita begini saja. Buruk, gemuk, besar, cantik. Biar saja diri kita. Cantik, molek, hodoh, jelik.

Siapa kita, itu kita. Cinta saja jiwa kita. Kalau mereka tak suka. Pergi mampus! Tak apa.

Tak apa. Tak suka. Tak apa.

Ini sisa-sisa rasa, rasa jiwa yang luka.


Bukan aku punya, bukan aku yang karang.

Saturday, September 24, 2011

Fatina.

Assalamualaikum. So today i'm gonna type about my two cousin. Ops! My two super duper awesome crazy cousin and i love them too much.

Fatina stands for Fa-Fatin Ti-Tihah (Fatihah) Na-Nada.

Nama tu kan aku yg reka and aku suka sgt nama tu even takde maksud. Aku kenal dorg of cos dah lama. Since kecik lagi kan sebab dah nama pun cousin. Kiteorg akan jumpa bila time raya. Kdg2 kalau akhir tahun tak balik kampung, setahun sekali camtu je la kiteorg jumpa. Tapi kalau mcm ada saudara-mara kawin ke dorg balik la. Aku pun balik. Kdg2 tu aku balik dorg tak balik. And yes, Fatin and Fatihah ni kembar. Kembar yg aku rasa tak-berapa-nak-iras tapi pakcik makcik sume keliru. Tak paham..



Kalau balik kampung tu mestilah tidur lambat kalau ade dorg. Mcm2 berborak. Kan baru2 ni raya aku balik kampung and then borak2 ngan dorg, tidur pukul 2 camtu. Haha, cool kot. Pastu bilik sebelah tu bilik makteh, makteh dengar je apa yg kiteorg ckp. Borak sume.

Foreva 'till end, syg. :">

Friday, September 16, 2011

Tak payah nak Freedom sgt.

Periksa Upsr dah habis dah pun. Tapi tak rasa pun Freedom. Keputusan belum keluar lagi. Keputusan tak dpt lagi. Lagipun nak tunggu keputusan lama lagi. Lagipun Nada kan ambik Psra. 26 September ni kalau tak silap. Hmm Psra ni Ujian untuk subjek Agama. Kan Upsr akademik.

Semalam ada Ujian Aptitud. First time buat ujian tu. Bahagian III tu senang sebab dia takde betul atau salah. Kena jawab berdasarkan apa yang kita nak. So senang lah. Yang bahagian I tu sumpah pening kot. Berbelit-belit soalan dia. tapi cool. Periksa kan start pukul 2.30 - 4.00 petang. Dan masa yang dia bagi tu sgt lama. Aku sempat je kot tidur. Dalam 20 minit camtu ah. Ye lah, aku tgk Izzat ngan Uwais tidur.. aku pun ZZZZZZ.

Lepas je habis periksa. Lepas je ketua pengawas periksa tu ckp, "Ok. Calon Upsr, masa menjawab sudah tamat." Beberapa minit lepastu, "MERDEKAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!" Menjatuhkan maruah sekolah doh. Dah ah jerit MERDEKA tu sambil lari satu blok tu. Buat malu je. *tutup muka*

Psra lagi beberapa hari je so korg good luck eh. Sape2 yg ambik Psra tu. Kalau korg ambik sekolah agama (yg sekolah kebangsaan) mesti akan ada punya. InsyaAllah senang je kan? Soalan bocor pun dah berlambak. Hihi, peace :'>

Ok, nak cerita pasal semalam ni. Semalam kan Nada pergi rumah Izzah Huda (buat kali ke berapa tah) sebab mama n abah ambik lambat. Tak boleh nak ambik awal so tumpang lah rumah dia. Lepastu Izzah Huda ajak pegi makan kat mana tah. Peh sedap kot makan kambing. Dua kali tambah weh. Kambing bakar. Mana tak sedap. Ok, bukan tu yg nak cerita...

Kiteorang pegi makan bukan dekat kedai or Rumah Terbuka dan sewaktu dengannya. Tapi dekat macam satu dewan yg sgt besar. Alah, sambutan Hari Raya letuw. Ok lepastu dekat situ kan ada kolam, lepas dah habis makan, dah tgk 'firework' sume.. aku, Izah, dgn adik2 dia pergi kolam yg berhampiran. cewah

Ok lepastu kiteorg duduk dekat satu kerusi tu konon nak ambik gamba la kan. Lepastu aku mintak tolong adik Izah ambik gambar, Anwar. Lepastu Anwar ni settings lama sangat pastu Izah pun kata,

Izzah; "Pahal lu." (kuat kot dia ckp)

dan pada masa yg sama pulak ada sorg mamat lalu kat belakang adik dia. So dia perasan yg Izah cakap ngan dia. Dia pun terkejut terus pandang kiteorg. Pastu Izah pun

Izzah; "Eh eh, bukan kau.. bukan kau. Sorry sorry."

pastu dia senyum je lah. Pastu kiteorg pun borak bla3. Lepastu pergi dekat kolam, main2 kejap. Lepastu kiteorg turun dekat satu tangga ni tau, pastu ayah Izzah panggil. Time kiteorang nak naik tu, ada 'dia' yg tadi tu. Pastu Izzah pun kata

Izzah; "Maaf2." *sambil tunduk*

nak tau lagi? Kalau free aku cerita lah lagi ye. Hihi, peace. :'p


Sorry takde gamba cantik lg dah. Ni je yg ada, :'<

ps. Izzah, kau bg en aku cerita ni? Hewhew ._.

Assalamualaikum, tak jawab dosa
kalau jawab ______________?
SAYANGGG!!!!!

Sunday, September 11, 2011

Ujian Penilaian Sekolah Rendah & Penilaian Sekolah Rendah Agama.

"Kalau Nada tak dapat 5A tu mesti Allah nak tunjuk something tu. Yang penting Nada usaha sungguh2 untuk dapatkan 5A tu. Jangan tak usaha. Solat pun jangan tinggal. Dah lah lambat solat macana nak dapat 5A? Macamana Allah nak tolong? Kita kena jaga hubungan kita dengan Allah dulu baru Allah tolong kita. Tawakkal yang penting. Kalau tiba2 Nada dapat keputusan yang tak memuaskan, redha je. Tu maknanya Allah suruh Nada usaha lebih. Jadi anak yang solehah, dengar cakap. Apa yang cikgu kata semua ikut." -Pesan mama

Tolong doakan saya dan kawan2, calon Upsra tahun 2011. :'>

Hopeless, Nada

Sunday, September 4, 2011

Cerita Raya yg sgt bosan.

Assalamualaikum. So harini Nada nak update psl Raya. Disebabkan dkt byk blog pun dah ckp psl raya so Nada tak nak la ketinggalan. Tp Nada nak bg tau awal2 dlm post ni mmg tak ada gamba langsung. Sebab skrg ni Nada dkt rumah sedara so tak bwk hard disk yg simpan gambar. Lagipun, Nada manada gamba masa dkt kampung. Malas la we nak ambik gamba. Lagipun mood raya manada sgt. Nak Upsr kan. Hmm, lg beberapa hari je lg nak Upsr. Boleh kira pakai jari. Minggu dpn hari Selasa. 13 September. Kalau nak tahu dkt macam mana boleh pi tgk kalendar skrg.

Nada ada mood nak type and tulis post ni pun disebabkan Nada dkt rumah sedara Nada and tak tahu nak buat apa so nak update je lah kan. Ok, cerita raya tak best pun. For those yg mmg seriesly tak larat or sakit mata nak baca tolong jgn baca.. Nada tak nak susahkan korg. So, we start!

Sebelum Raya.
Nada balik kampung masa last puasa. Kiteorang berbuka dkt R&R sebab tak sempat nak sampai rumah tok. Kiteorang buka dalam kereta jeh sebab sesak sgt ramai org and leceh nak beratur bla3.

Masa sampai sana mmg dah biasa akan jumpa Fatin Fatihah dulu. Tp Fatin je yg keluar masa Nada sampai tu. Masuk2 rumah tok tgk sume dah ada. Family kiteorg je yg tak balik lg (family jauh). Oh oh, and i saw Zaim that time. He looking at me and i was like, bapak hensem doh kau. Ok merepek.

Then afta dah salam semua dah kecoh ckp aku tinggi (omagod), haha... aku lg tinggi dari Fatin Fatihah we. Tp kan, Naim bpk tinggi innalilla. Lg tinggi kot dri Zaim. Padahal Naim muda setahun dri Zaim. Kfine Naim kau tinggi. Eleh, tak heran. Ok merepek lg sorry.

Then baru jumpa Fatihah. I tak tahu apa dia buat and kat mana dia time tu. Hihi. So malam tu Nada and Aten && Teha menggila dalam bilik. I mean kiteorg ambik gamba, gossips and others. Mmg byk cerita kiteorg cerita malam tu. Byk tak terkata. Sampai tak igt menda pun kiteorg cite. And I enjoy. Ye la we, dah berapa lama kot aku tak jumpa depa. Tak silap last sekali jumpa raya tahun lps. Kau byg!! 1 tahun we. :'(



Raya Pertama.
Pagi raya tu mmg aku bangun lambat sebab malam tdi tu kan tidur lambat (like I care). Kecoh gak ah aku sebab air takde. Mmg kalau bangun lambat air takde. Sebab habis air. Like srsly, aku nak bocor rahsia kat sini.. pagi raya tu aku tak mandi mmg mcm pft aku benci. Ew. Kenapalah aku cerita. Haha.

So naik kereta pegi masjid, pakteh & makteh tumpang kereta. Oh oh, baju raya pertama aku sama kaler dgn Zaim. Ok peace. First mmg tak nak pun pakai baju tu sebab tahu nanti sama dgn Zaim pastuh nanti org kata apa. Tp dah takde pilihan terpaksa pakai baju tu. (pilihan apa pun tak tahu. -.-)

Lps jeh solat raya family paksu (mine), pakteh & acik pergi kubur tok wan. Abg Amsyar, pakteh, abah, muhammad, me and others tolong bersihkan and buang daun2 yg dah mati dkt kubur tok wan tu. Abg Amsyar siram kubur tok wan. On the way nak pegi kereta Naim dtg kat aku bisik, "EE, baju dia sama dgn org tu la." Aku dah segan doh.. aku pun, "Eh, so what? Tak sengaja kan." Dia bantai gelak. -.-

Lepas tuh beraya dkt rumah saudara mara. Melawat pakNdak sebab pakNdak demam. Sian pakNdak. Kiteorg beraya 3 rumah and tiga2 rumah tu sume melantak je sampai naik lah kan berat badan I. Menyampah tau you. Takpeh, asal dpt duit raya. Oh, duit raya tahun ni tak ade lah byk mcm korg punya en. Duit raya korg bape? Duit raya Nada RM100 lebih jeh. Tak kira pun. Nak kumpul beli lens Dslr. Ok, Dslr pun tak dpt lg ckp je lebih.



Raya kedua
.
Sebenarnya mmg malas dah nak taip ni sebab dah tak igt apa jd dkt raya kedua. Sorry.


So, tu lah cerita raya. Mmg best dkt sana. Aku dgn Zaim && Naim dah mula rpt. Dgn Amsyar and Munir. Ok, i mean abg Munir and abg Amsyar. Anas tak sgt. Lepastuh dah dgr byk cerita dari Aten & Teha tu. Dah menggila ambik gamba dgn dorg pakai Nikon. :> Oh, Nikon dorg k. Depa org kaya. Lepastuh acik laki (bpk dorg) dah beli Samsung Galaxy. Cool. Abg Man pun sama. Abg Syahrul lg advance beli iPad 2 kaler putih.

Tahun ni pulak tak ramai yg balik raya sebab balik rumah menantu. Yg belajar dkt luar negara pun semua tak balik tahun ni sebab tak boleh balik rasanya. Raya tahun lps mmg best sebab semua ada, semua balik. Raya tahun ni and tahun lps mcm biasa celebrate my birthday and cake sama jgk, chocolate indulgence. Cuma tahun ni tak best sikit ah celebrate, even Zaim tgk. Ok gedik lg sekali.

So like I said, mmg tak de gamba pun. Last, rindu Aten, Teha && Zaim. naim pun

Bye.