Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya, semua!

Assalamualikum. Sorry for not updating thiz blog for a long time. Peh speaking bukan main lah kan. So, Nada tk tau nak type ape. Just nk tunjuk korg video yg Nada baru je buat td.

Sorry sebab video tu terlalu gedik, suara pun bajet cun jeh la kan padahal tak pun, puih. Sorry kalau ada terkasar bahasa, termarah korg, tertampar korg, ter ter ter lah kan. Hope korg maafkan Nada. kita ni kan sama2 manusia ada buat salah.


Actually yg last sekali tu nak cakap "Jangan main mercun nanti putus jari." tp tersalah ckp patah tgn pulak. duyai. and suara mmg mcm rock sikit. sorry

mmg video ni gedik nak mampus and sorry la eyh. mmg bajet pun. nak kutuk? kutuk ah kan. hmmmm, pape je la korg ni kan. tp jgn ah kutuk, sedih tau. nothing to say,

SELAMAT HARI RAYA!

Loves, Nada.

Sunday, August 21, 2011

CONTEST I LOVE DOMOKUN

Assalamualaikum. Even i'm not into Domo Kun ni sgt tapi kalau dah org tag tu tak kan nak jadi hidung tinggi. Ok i mean sombong. And masuk pun suka2 apa salahnya kan? Kan kan? So, utk tahu lebih lanjut boleh tekan sini. Oh, btw yg tag Nada ni si Najwa omey ni. Thank you Najwa. Eh jap, kita sebaya kan? So tak pyh ber'kakak' kan. Haha.

Sebab knp suka Domo Kun?

  1. Even Domo ni mahal sekalipun, dgn harga Domo kecik tu je pun dah mahal dalam RM9.90 ke whatever, tapi comel. Mama kata tak comel sebab gigi dia tajam then ternganga je mulut. Mama panggil monster coklat, so cute kan? So, i called it Monster Coklat. Sebab yg cuba Nada nak sampaikan kat sini is; Domo ni comel. -.-
  2. Domo ni cool sebab kalau dia lapar je dia kentut. Dia marah je dia kentut. So comel doh. Kalau Nada jumpa Domo ni depan2, nak picit2 perut dia. Suka sgt kentut pehal. Igt comel lah tu? Ok, mmg comel. Sebab dia; Dia suka kentut, kan cool tu.

Tag utk;

Tiga org yg pertama baca post ni. Siapa? Ha, korg lah yg tgh baca. Masuk contest ni cpt!

Seriez tak nak harap sgt utk menang. Sbb tak suka mana pun. Kan dah ckp tadi. Kfine. Oh lepastuh, teddy bear ni tak best. Nada tak suka beli teddy bear. Korg bayangkan, korg beli teddy bear dia sampai beratus (even ada yg beribu) tu nak buat apa? Baik beli jersey bola, ok tipu je. Ye lah, mana best sgt pun teddy bear dia tu ha. Setakat harga mahal. Nak peluk? Bukan best pun. Setakat ambik gambar masuk Fb. Sgt ew. Membazir k. Oh, i'm just sayin'. :'<

-Nada-

Kenapa lah sekejap sgt puasa.

Assalamualaikum. Alhamdulillah sempat pun nak update blog ni. Sebenarnya memang tak sempat pun nak update. Saje nak sempatkan diri untuk update blog ni. Sebab tengok blog ni mcm kosong sangat.

Alhamdulillah skrg ni kita semua dah masuk fasa ke-3 dalam bulan Ramadhan. Ya, 10 Malam terakhir. Malam yg penuh dgn keberkatan dan barakah. Malam dimana mempunyai malam yg lebih baik daripada seribu bulan. Igtkan nak kupas (bukan kupas bawang) lebih lanjut pasal 10 malam Terakhir ni. Tapi aku tak de lah teror mana. So boleh tengok blog ni sebab lagi best dia cerita.

Tahun ni puasa 29 hari je eh? #shoo sad. Kenapa lah sekejap sgt puasa. Rasa mcm sgt rugi bagi mereka yg tak nak rebut pahala bulan ni. Hmm, tapi aku sendiri pun malas nak baca Al-Qur'an. Nak kata tahniah dekat sesiapa yg dah hampir nak khatam baca Al-Qur'an. Teruskan eyh?

Tahun ni Nada raya dekat Perak kot insyaAllah. Ada sesiapa ke kampung dia dekat Perak jugak? Ok, nanti kita jumpa insyaAllah. Mama kata balik malam raya. Sgt rindu dkt Fatin and Fatiha. We, lama doh kita tak jumpa. Aku tak tahu apa jadi kat kita bila jumpa nanti. Nah, just kiddin'.

For those kawan2 Nada. Kawan yg sebaya dgn Nada. Selamat berjuang! Kite periksa dah dekat kan? :'> Hope korg semua dpt buat yg terbaik. Kakak2 & Abg2 PMR dan juga SPM, i know you guys can do it! Just believe in yourself. Semua org mampu berjaya.

Man Jadda Wa Jada. Siapa yg berusaha maka dia akan dpt.

Bayangkan;

Skrg ni korg usaha sungguh2 untuk dapat 5A && Mumtaz. Lepastuh semua org tanya korg dpt bape A? Korg ckp syukur Alhamdulillah dpt 5A. Kan yakin je tuh nak jwb. Lepastuh dpt tawaran masuk sekolah asrama penuh yg bagus. Korg belajar rajin2. Ambik PMR korg berjaya dapat 9A or 8A. Lepastuh korg belajar rajin2 lagi untuk dapatkan SPM lulus. Lepas je SPM korg pergi luar negara. Korg belajar rajin2, belajar pandai2 kat sana sebab nak bahagiakan mama n abah. Nak banggakan mama n abah. Nak jadi budak yg kenang jasa mama abah. Balik sini korg dpt ijazah, tunjuk kat mak ayah korg. Lepastuh jadi doktor etc. Dah lah jadi doktor, rajin, pandai, cantik/hensem, mesti dapat kawin dengan org yg berjaya. Org yg insyaAllah dpt bimbing korg. Tak ke bahagia mcm tu? Tak nak ke mcm tu?

Semuanya bermula dri mana? Ya, dari 5A dan Mumtaz tu.


I've lost my idea. Nothing to type. Nothing to be told. Nothing to say.


Oh, haritu 18 Ogos birthday saya. Thank dekat semua yg wish. Igtkan nak update pasal birthday tapi dah malas and malas and malas lah kan. So, Happy Birthday to me. Mwehehe. Terima kasih ye dekat semua. Antara semua wish, yg paling sweet Azfar punya. Ape dia? Shh, secret.

Adios! Bye.

Tuesday, August 16, 2011

Terima kasih.

Assalamualaikum.
Terima kasih semua, terima kasih.

Sebenarnya saya sendiri pun tak tahu apa motif diwujudkan post ni. Mungkin terlalu rindu untuk menaip. Untuk melepaskan stress dengan menaip. Tapi malang, idea lesap. Tak tahu nak taip apa. #Sadis

Tadi aku dgn kawan2 periksa percubaan Upsr. Ha, apa? Aku? Upsr? Ok, aku 12 tahun. Kepada sesiapa yg belum tahu lagi. Ya, aku 12 tahun. Heh

Doakan kami semua ya? Doakan aku dan kawan2 ya? Doakan soalan tahun ni senang ya? Doakan supaya aku dpt jwb semuanya dgn tenang ya? Doakan aku dpt jadi budak baik ya? Doakan aku tak gedik lagi ya? Doakan supaya aku tak dibenci org ya?

Terima kasih.

Aku syg ramai org. Aku syg family aku. Saudara aku. 'Pakwe' aku. Kawan terbaik aku. Kawan baik aku. Kawan2 aku. Kawan facebook. Kawan blog. Kawan twitter. Kawan tumblr. Kan aku dah kata, aku terlalu syg ramai org. Sampaikan kalau kau bagi aku 100% dan kau suruh aku pilih, aku syg yang si A berapa peratus yg si B berapa peratus. Aku tak kan jawab. Sebab aku terlalu syg ramai org. Peace. Tolong jgn ckp aku gedik ya.

Terima kasih.


#foreverloveSafeeSali


p.s post kalini tiada motif, saja je nak update. esok aku cuti, ade sesapa cuti jugak ke? ok sep kita geng.

2 days until 18 August..
-Nada-

Saturday, August 13, 2011

Demam Bola II.

Assalamualaikum, harini sepatutnya Nada pegi kelas tambahan Sabtu cam biasa. Tapi sebab bangun lambat, jd malas ah nak pegi. Zzzzzz, tido je keje afta bangun sahur tadi. Mmg gemok ah kalau hari2 cam tu. Tak boleh, tak boleh.. kena rajin plak ah lepas ni. Nanti pukul 12:30 afta semua dah keluar sekolah Nada ingat nak dtg sekolah nak ajak Izzah Huda study dekat pusat sumber, sebab kalau duduk rumah meme sah sah la Nada dop study. Tpi tak tahu ah nanti kalau kiteorang dah jumpa tu study ke idok. Zzzz.

Atas tu hanya intro sahaja, mari kita sambung pasal bola.. Yey!

Semalam chatting dgn Azfar and I had fun chatting with him. Knp? We, best siotz chat ngn mamat sorg ni. Dah lah banyak tolong aku cari about bola ni. Lagipun dia laki so byk tahu ah kan psl bola. Lepastu dia tolong cari bday Safee, gamba anak Safee. Oh, Safee Sali dah kawin. And his daughter sgt cute y'oulsss. Tgk bapak dia ah kan. Gamba isteri dia masih dalam pencarian dan tak jumpa lagi. -.-

Tinggi Safee? 171 cm.. first2 tahu tu mmg mcm pergh gila betul. Tinggi nak mampos. Ce kalau aku berdiri sebelah dia agak2 paras mana. Alah, tak kesah ok pendek ke tak. Kan comel kalau berdiri sebelah laki yg mcm tiang lampu. Hihi.. gedik siol.

Memperkenalkan, The Legend of Malaya:

Hensem kan? I told y'

Semalam after Azfar dah offline sgtlah boring. Lepastu teringat dgn ex-tunang Apek (Khairul Fahmi Che Mat) penjaga gol Malaysia tu.. and cari2 jumpalah blog tunang dia. Sgt comel cute cantik Apek punya tunang. Hmm, nape dorg putus? Wallaahua'lam. Tu kena tye depa sendiri la. Lagipun kak Elia tak ckp pun sebab apa. Urusan peribadi mereka kan? So jgn kacau. Apa yg cuba Nada nak bg tau ni.. Nada baca semua (tak semua) psl Apek dalam tu. Dorg memang sweet together. Hihi. And i found a video;

http://www.youtube.com/watchv=cL9UWHqyNHY&feature=player_embedded

Mmg nak masukkan video tu dekat dalam post ni pun tapi ada masalah, so korg just tekan dekat link tu eh kalau nak tengok. Kalau nak tengok la, kalau tak nak tak pe... tak paksa pun. Semalam pun Azfar ada cerita, Safee ni mcm ni la cam tu la. And y'knw, Safee tak pernah lupa diri. Kalau tgk status2 dia dekat Fb.. semuanya bersyukur kepada Allah.. Alhamdulillah. :)

One of his status dekat Fb: boleh tekan kalau tak nampak or tak cukup besau.

And masa tgh blogwalking tgk2 blog. Nada ade jumpa satu keratan akhbar yg dimuatkan dalam satu post tu. And nak tunjuk dkt korang ah kan.. Mmg skrg Safee dah terkenal and hope dia tak pernah lupa diri and tahu yg kita berasal dari Malaysia. I levv Malaysia choo muchxxx.

Pengurus Jose Morinho dan Sir ALex Ferguson berebut ingin mendapatkan khidmat Safee Sali bagi menguatkan jantera hadapan pasukan masing - masing. CAN YOU SEE THAT? Hihi.

And i found a picture of Safee and his cute daughter, sgt comel k gamba ni:

Last but not least, levv Malaysia:

Kalau ada benda pasal bola lagi insyaAllah nada update lagi ok? Kalau nak tengok yg part one punya boleh tekan sini. Korang ni kan, penat2 Nada update tau. Komen ah.. tak kesian ke dekat kita ni? *sambil pasang lagu sedih

Ok, bye korang!

Majulah Sukan untuk Negara.

Wednesday, August 10, 2011

Demam Bola.

Assalamualaikum.

Sebelum apa2 nak mintak maaf dulu sebab dah lama sgt tak update. Tu pun kalau ada yg tunggu Nada nak update. Byk sgt benda yg dah jadi dan macam korang semua tahu skrg ni kita tgh berpuasa dan hari ni adalah hari ke-10. Alhamdulillah, tak sabarnya nak sambung puasa sampai habis. Nada mmg tak de masa nak update walaupun byk benda nak update. Bila dah ngadap laptop ni tak de menda pun yg terlintas. Hmm.

Skrg aku gila bola,
gilakan safee Sali.

Jadi jgn terkejut dan mmg dah biasa skrg kalau ada perempuan yg minat bola, tak salah pun? Standard lah tu kan. Since kecoh S'Pore lwn M'sia harituh. Pape je la, tak kisah asal M'sia still the best. Kita kalah pun kalah bermaruah. Drpd S'Pore tu sikit2 berlakon jatuh la ape la. Ok, tutup cerita psl tu.. dah bosan dah nak cerita psl S'Pore yg _____________.

Baru2 ni Nada ade pegi jalan Tar shopping dgn kak Ulin, cari brg yg patut. Muehehe. Sbnrnya nak ajak mama tp mama tak dpt sbb sibuk. Pergi sana pun hari ahad. Mmg sgt penat sebab time tu tgh puasa. Gamba? Tak byk pun, yg ada 1-2 je la.



Lepas balik tu mmg sangatlah penat. Keluar pg balik ptg. And Nada beli poster Justin Bieber dkt Kinokuniya.. Pelik bebeno nama kedai tu. Pape pun still enjoy and penat~~

Nada nak share vid Safee Sali yg sgt lah comel, credits to Azfar.


Part yg paling comel yg mana tau;
"Nama saya Muhammad Safee bin Muhammad Sali. 26 tahun. Bermain posisi penyerang untuk err Pasukan Kebangsaan Malaysia."

Post kalini mmg pendek dan padat, insyaAllah kalau ada peluang lg nanti Nada update lagi. Kalau boleh memang nak taip panjang2 tapi masa tak mengizinkan, mengantuk suda. Esok nak puasa. Good night semua, jgn lupa niat puasa untuk esok.

Selamat Berpuasa!

-Nada-